RAPID KL

By
Dr. Mahathir Mohamad
on June 10, 2008 10:34 AM
| Permalink | Comments (5) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share
Yang Berhormat Dato' Bung Mokhtar Radin (Ahli Parlimen Kinabatangan) telah bertanya dalam Dewan Rakyat berkenaan 1000 lebih bas milik Rapid KL yang tersadai dan tidak diguna.

Bas-bas ini dikatakan asalnya milik Intrakota dan City Liner yang telah diambilalih oleh Rapid KL yang dipercayai adalah milik Khazanah. Bas-bas ini masih boleh diguna atau boleh diperbaiki dan dijual oleh Rapid KL. 

Tetapi Rapid KL tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat balik sedikit pun daripada kos pembelian syarikat-syarikat ini. 

Kenapa?
Kenapa?

Apakah Rapid KL begitu untung dan boleh tanggung rugi yang tidak kecil daripada menjadikan bas-bas yang dibeli olehnya sebagai besi buruk? 

Rapid KL terkenal dengan jumlah besar bas baru yang dimilikinya. Umum tahu yang bas-bas ini kerap kosong. Oleh kerana ia adalah GLC dan melibatkan wang rakyat sepatutnya untung-ruginya diumumkan kepada orang ramai. Tetapi kita tidak pernah melihat kira-kira untung ruginya. Untung besarkah RapidKL dan Khazanah?

Kita bangga dengan design bas-bas yang dimiliki oleh Rapid KL. Ia amat moden. Saya ingin tahu siapakah yang membekal bas-bas ini. Saya percaya pembekal bas-bas ini meraih keuntungan yang besar kerana begitu banyak bas yang jelas dibeli oleh Rapid KL. Mungkinkah pelupusan dan write-off begitu banyak bas-bas lama adalah supaya bas baru dapat dibeli daripada pembekal tertentu? Jika ya, nampaknya Rapid KL diadakan untuk menguntungkan pembekal. Apakah adanya Rapid-Penang juga tidak mempunyai tujuan yang sama?

Apakah benar pembekal bas Rapid KL dan Rapid Penang ialah M-Trans yang dimiliki 100% oleh Scomi yang dimiliki oleh sipolan-sipolan yang mempunyai talian kekeluargaan dengan pemimpin besar negara? 

Katanya pesanan untuk bas baru oleh Rapid KL adalah begitu banyak sehingga Scomi tidak dapat membinanya. Oleh itu Scomi dibenar import bas dari China. Apakah harga import dan harga jualan kepada Rapid KL? Apakah syarikat lain dibenar import bas baru dari luar negeri? Apakah duti import yang dibayar?

Disiarkan gambar-gambar Scomi Coach Sdn Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Sdn Bhd) yang berada di tempat yang sama dengan Scomi Rail Bhd (dahulu dikenali sebagai M-Trans Technology Sdn Bhd)


Penceroboh boleh ditembak
Bas-bas Rapid KL yang tersadai

Bas-bas baru Rapid KL yang sedang dibina di kilang Scomi

Kita juga dengar khabar angin bahawa Scomi juga dapat kontrak membekal unit-unit monorel untuk projek monorel di Pulau Pinang. Sekali lagi Scomi hanya akan membekal unit monorel sahaja dan tidak akan terlibat dengan pembangunan dan pengurusan sistem monorel di Pulau Pinang. Umum tahu pembangunan dan pengurusan tidak memberi keuntungan. Menjual unit monorel tetap untung terutama jika tidak ada tender atau tender di buat dengan spesifikasi yang hanya jenis unit monorel Scomi sahaja yang boleh menepatinya.

(Disiarkan dibawah gambar yang menunjuk rel untuk percubaan unit monorel yang terdapat di kilang Scomi Rail Bhd)

Rel untuk test unit. Dibelakang terlihat satu unit monorel di atas test-rail


Papan kenyataan Scomi Coach Sdn Bhd dan Scomi Rail Bhd

5 Comments

By RozyAuthor Profile Page on September 23, 2008 11:25 AM

Yang Dikasihi Ayahanda Tun...terima kasih diatas keterangan berkenaan RAPID....memang teruk pembaziran wang rakyat. Pak Lah kata anaknya kerja Luar Negeri KONON! TAPI PENYAGAK KEBANGSAAN! SENANG LENANG KAYA DENGAN WANG RAKYAT! Dah teruk sangat keadaan negara ni...Tambah dengan 'Peralihan kuasa" Tak pernah terjadi dalam UMNO begini TUN! Pemimpin no. 1 n 2 ni petingkan diri masing2....Walaupun.PM NI CUCU ULAMAK BELUM TENTU BAIK...DAN DIUJI DGN KUASA N HARTA DUNIA...SANGGUP HANCURKAN BANGSA! SEMUA AHLI UMNO TUNDUK PADA KEDUA2NYA....HARAP TUN N RAKAN-RAKAN YANG BERPENGARUH JUMPA RAJA2 N BERUNDINGLAH CARI JALAN TERBAIK....DAH LAH ANUAR IBRAHIM TU ...PATUT MASUKAN DALAM ISA...PUCA EKONOMI JATUH N PELABUR TAK YAKAN MELABUR SPT ZAMAN YG DIKASIHI TUN!

By isAuthor Profile Page on September 7, 2008 12:25 AM

terima kasih Tun,
Pendedahan yang di buat ini merupakan masalah yang tak sepatutnya berlaku kerana masyarakat / rakyat sesungguhnya memerlukan pembelaan setelah undi yang diberikan kepada kerajaan dalam pilihanraya. Mungkin kos bagi memyelenggara bas yang terbengkalai tu memakan jutaan ringgit, kenapa ini semua harus berlaku? Sesungguhnya kemusnahan bangsa melayu akhirnya di tangan orang melayu sendiri....

By Marhain SepiAuthor Profile Page on July 17, 2008 6:03 AM

Tun,
Tahniah kerana mendedahkan satu lagi pembaziran nyata! Saya menganggar nilai bas-bas yang tersadai ini sekurang2nya RM100 juta. Kalau Rapid KL mendapati tidak sesuai lagi menggunakan perkhidmatan bas-bas ini, sepatutnya ianya dilelong secara tender terbuka dengan SEGERA bagi menampung kos pembelian bas-bas "Gas" yang akan dibeli dari China itu. Sekurang2nya langkah ini dapat juga mengurangkan beban yang akhirnya terpaksa ditanggung oleh golongan marhain.
Wassalam.

By moliAuthor Profile Page on July 10, 2008 2:10 PM

Tun, Harap sihat dan selesa.

Tun mengapa KJ dapat keutaman, adakah AAB tidak yakin dgn dirinya dan terpaksa memegang tanggan KJ untuk terus memimpin Malaysia dan tidak ada yg bertauliah & berkaliber utk menguruskan perniagaan selain dari KJ.

Rapid,Monorail dll jadi milik satu manusia yg baru muncul tanpa sebarang usaha,Indahnya Malaysia syurga KJ.Rakyat perlu bertindak dgn pantas utk menghapuskan Virus KJ jika tidak ingin menderita selama-lamnya.

Teruskan Tun perjuang demi rakyat.

By IIAPLAuthor Profile Page on June 24, 2008 12:38 PM

Thank you for the information Tun, I am quoting your post in my blog with due credit. Thank you.

Leave a comment

About Me

Dr. Mahathir Mohamad
Putrajaya, Malaysia
Prime Minister of Malaysia
1981 - 2003

Preface

Welcome to my Weblog. This site is dedicated to publishing my writings as and when I am able to pen my thoughts and opinions.

Interested parties, including the Press, may reproduce or quote materials published with the condition that they are credited to CHEDET.CC . Comments must be accompanied by names or pseudonyms.

Anonymous postings and those containing profanities and obscenities will be rejected.

admin@chedet.cc

- Che Det

Recent Entries

  • PLANTING TREES
  • THE RINGGIT AND THE DOLLAR
  • THE FOREST OF KUALA LUMPUR
  • NO FLY ZONE
  • VICTORY IN SARAWAK 2
  • VICTORY IN SARAWAK
  • POLITICAL LITIGATION
  • GLOBALISATION
  • PROTECTIONISM
  • UNIVERSITY TOWNS

Monthly Archives

  • May 2011 (3)
  • April 2011 (5)
  • March 2011 (6)
  • February 2011 (6)
  • January 2011 (12)
  • December 2010 (6)
  • November 2010 (11)
  • October 2010 (4)
  • September 2010 (8)
  • August 2010 (9)
  • July 2010 (12)
  • June 2010 (10)
  • May 2010 (8)
  • April 2010 (10)
  • March 2010 (9)
  • February 2010 (8)
  • January 2010 (13)
  • December 2009 (11)
  • November 2009 (10)
  • October 2009 (9)
  • September 2009 (13)
  • August 2009 (11)
  • July 2009 (7)
  • June 2009 (12)
  • May 2009 (13)
  • April 2009 (11)
  • March 2009 (11)
  • February 2009 (10)
  • January 2009 (17)
  • December 2008 (15)
  • November 2008 (12)
  • October 2008 (16)
  • September 2008 (22)
  • August 2008 (21)
  • July 2008 (25)
  • June 2008 (24)
  • May 2008 (20)

Sign In

  • Subscribe to feed Subscribe to this blog's feed

Search

Visitors

Powered by Movable Type 4.23-en
Powered by Movable Type - Salman,2009