PEMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO

| | Comments (641) | TrackBacks (0)
Bookmark and Share

1. Perhatian rakyat Malaysia terutama orang Melayu ialah kepada peristiwa-peristiwa yang sedang berlaku dalam UMNO. Samada mereka ahli atau bukan ahli mereka tahu UMNO memainkan peranan yang besar dalam kehidupan mereka, dalam maju mundurnya Negara mereka.

2. Apa yang mereka lihat sehingga kini tidak menyenangkan hati mereka akan keupayaan UMNO dikekalkan.

3. UMNO yang telah perintah Negara ini dengan baik selama 50 tahun sekarang dilihat sebagai parti yang tidak bermaya.

 

4. Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring dengan kelemahan parti, Kerajaan juga menjadi lemah dan kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna.

5. Sekarang Abdullah berjanji akan letak jawatan pada hujung bulan ini dan Dato Seri Najib Razak akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri. Apakah Najib akan dapat memulihkan UMNO sehingga jadi kuat semula? Ini menjadi satu tanda tanya.

6. Apa yang berlaku dalam proses pemilihan kepimpinan tidak menjadi petanda yang baik. Parti UMNO sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri.

7. Sepatutnya pemilihan pemimpin yang baru akan meyakinkan rakyat yang UMNO bersedia untuk membasmi gejala rasuah. Tetapi yang berlaku menunjuk yang UMNO tidak mempedulikan pemulihan parti dan pencapaian kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13. Yang diutamakan ialah untuk menjadi pemimpin UMNO dengan apa cara sekalipun. Harapan mereka jika jadi pemimpin UMNO akan dapat jadi Menteri dan dapat kontrak dan lain-lain nikmat untuk diri sendiri.

8. Ternampak jelas yang pencalonan ahli-ahli Majlis Tertinggi yang dibuat oleh bahagian adalah hasil sogokan. Ramai yang dicalon diketahui umum telah beli undi. Dengan itu peluang pertama untuk memulih imej parti dikalangan rakyat sudah gagal kerana bahagian-bahagian utamakan sogokan. Peluang kedua untuk memulih imej parti juga tidak direbut. Sebenarnya Lembaga Disiplin dan Tribunal yang ditugas untuk membicara dan menghukum calon-calon yang dituduh terlibat dengan rasuah telah tidak menggunakan tugas mereka untuk memperbaiki imej parti. Sebaliknya Tribunal membuat keputusan yang menunjuk ia tidak bersungguh untuk menghukum mereka yang diketahui terlibat dengan rasuah. Dengan itu imej parti tidak terpulih dan menjadi lebih buruk.

9. Sekarang datang pula peranan para wakil untuk memulih imej parti dengan menolak calon yang dikenali mengguna wang untuk undi calon. Jika mereka tolak calon-calon ini, mereka akan sedikit sebanyak memulih imej parti dan kemungkinan parti akan menang dalam Pilihanraya Umum ke-13.

10. Tetapi oleh kerana keputusan Tribunal membolehkan calon-calon yang diketahui korup bertanding, perwakilan mungkin akan pilih mereka ini untuk menganggotai Majlis Tertinggi. Apabila ini berlaku imej parti akan jadi lebih buruk dan besar kemungkinan parti akan dikalahkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

11. Tetapi terdapat satu lagi peluang untuk imej parti dipulih. Apabila Kerajaan baru dibentuk oleh Dato Seri Najib, beliau boleh menolak pemimpin-pemimpin yang menang kerana rasuah daripada menganggotai Kabinet dan lain-lain jawatan Kerajaan pimpinannya. Jika sebaliknya Najib melantik orang yang diketahui menang kerana rasuah ke dalam Kerajaannya maka akan termusnahlah kepercayaan rakyat kepada Najib dan Kerajaannya. Tidak syak lagi yang UMNO dan Barisan Nasional akan kalah teruk dalam Pilihanraya Umum ke-13.

12. Saya percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda. Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam Kerajaan.

13. Jika Dato Seri Najib memilih perasuah dan orang tertentu dalam Kerajaan pimpinannya, UMNO akan kalah dan terus hancur. Najib akan tinggal legasi sebagai pembunuh UMNO yang dihidupkan oleh ayahnya.

14. Ahli-ahli UMNO harus ingat tidak ada gunanya menjadi pemimpin UMNO, menjadi Presiden UMNO pun jika BN kalah dan tidak dapat tubuh Kerajaan.

15. Orang Melayu akan kutuk mereka yang telah hancurkan UMNO kerana mereka tamak dan mengkhianati bangsa dan negara.

 



641 Comments

Pemilihan UMNO perlu telus, kalau ikut kata tun hari tu, undi tak sampai 1k tp ambil masa dekat 10 jam..apa cerita ni..

Regards Bokbong
Do The Best For The Future . . . . .

Assalamualaikum Tun,

1. Syabas dan selamat kembali diucapkan kepada Tun, isteri dan Mokhzani diatas kemasukan semula ke dalam UMNO.

2. Perjuangan kita semua masih panjang...untuk itu adalah menjadi harapan semua rakyat untuk terus melihat dan mendengar tindakan yang proaktif dan positif di semua pihak tidak mengira agama,bangsa,parti atau fahaman ideologi.

3. Ayuh!! Sudah sampai waktunya kita semua terutamanya MELAYU agar bersatu padu dan bermuafakat semula selamanya untuk kepentingan semangat kenegaraan dan silaturahim sesama agama.

4. Hentikanlah segala provokasi serta perangai kebudak-budakan didalam apa jua yang kita lakukan didunia ini. Ingatlah Allah melihat, mendengar dan para malaikat mencatit segala perbuatan dan tingkah laku kita. Ianya dicatit tidak kurang, tidak lewat dan tidak berat sebelah. Seluruh anggota badan akan menjadi saksi termasuk alam semesta ini turut menjadi saksi...untuk selamanya-lamanya.

5. Padamkan fahaman-fahaman fanatik, bodoh sombong, ujub, taksub di dalam diri...bertindaklah secara waras,beriman dan terpimpin...jangan kerna taksub kepada parti dan pemimpin, kita lupa diri yang kita ini semua adalah sama. Diciptakan dari tanah dan akhirnya kita semua akan kembali menjadi tanah...

6. Sentiasa ingatkan diri kita pada kematian...kerna kematian itu adalah benar dan pasti. Adakah semuanya telah lengkap?, bersedialah kita semua untuk menghadapinya...insyaallah...

7. Akhir sekali marilah kita semua sentiasa dan tidak putus untuk bermuhasabah, tenang, beramal dan berdoa kepada Allah Yang Maha Besar lagi Maha Pengampun agar kita semua dipanjang umur, sihat akal dan fizikal, murah rezeki untuk dapat kita terus melakukan kebaikan didunia ini, bermunajat dan merebut pahala untuk dijadikan bekalan penting di akhirat nanti...Amin Ya Raba'allamin..

Assalamualaikum Tun,

1. Syabas dan selamat kembali diucapkan kepada Tun, isteri dan Mokhzani diatas kemasukan semula ke dalam UMNO.

2. Perjuangan kita semua masih panjang...untuk itu adalah menjadi harapan semua rakyat untuk terus melihat dan mendengar tindakan yang proaktif dan positif di semua pihak tidak mengira agama,bangsa,parti atau fahaman ideologi.

3. Ayuh!! Sudah sampai waktunya kita semua terutamanya MELAYU agar bersatu padu dan bermuafakat semula selamanya untuk kepentingan semangat kenegaraan dan silaturahim sesama agama.

4. Hentikanlah segala provokasi serta perangai kebudak-budakan didalam apa jua yang kita lakukan didunia ini. Ingatlah Allah melihat, mendengar dan para malaikat mencatit segala perbuatan dan tingkah laku kita. Ianya dicatit tidak kurang, tidak lewat dan tidak berat sebelah. Seluruh anggota badan akan menjadi saksi termasuk alam semesta ini turut menjadi saksi...untuk selamanya-lamanya.

5. Padamkan fahaman-fahaman fanatik, bodoh sombong, ujub, taksub di dalam diri...bertindaklah secara waras,beriman dan terpimpin...jangan kerna taksub kepada parti dan pemimpin, kita lupa diri yang kita ini semua adalah sama. Diciptakan dari tanah dan akhirnya kita semua akan kembali menjadi tanah...

6. Sentiasa ingatkan diri kita pada kematian...kerna kematian itu adalah benar dan pasti. Adakah semuanya telah lengkap?, bersedialah kita semua untuk menghadapinya...insyaallah...

7. Akhir sekali marilah kita semua sentiasa dan tidak putus untuk bermuhasabah, tenang, beramal dan berdoa kepada Allah Yang Maha Besar lagi Maha Pengampun agar kita semua dipanjang umur, sihat akal dan fizikal, murah rezeki untuk dapat kita terus melakukan kebaikan didunia ini, bermunajat dan merebut pahala untuk dijadikan bekalan penting di akhirat nanti...Amin Ya Raba'allamin..

Assalamualaikum...

Saya sangat2 berharap tun akan membantu Najib dalam mentadbir Malaysia. Bukan kerana tidak mempercayai atau sangsi dengan perdana menteri sendiri tetapi tidak mahu perkara2 yg melibatkan rasuah, sogok dan yang sewaktunya berleluasa

Assalamualaikum wbt. Yg Bhg Tun,
Pemilihan UMNO telah selesai dengan jayanya tetapi ada meninggalkan sedikit kesan negatif dengan telantiknya peneraju pergerakan pemuda UMNO Malaysia yang telah diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin UMNO kerana amalan politik wang/rasuah politik dengan hanya diberi amaran dan dibolehkan bertanding. Amat mendukacitan ada dikalangan perwakilan pergerakan pemuda UMNO masih lagi belum membuka minda seluas-luasnya, bermuhasabah diri, lupa kepada tuntutan agama dan amanah rakyat terhadap kepimpinan negara dengan terus membuat pilihan yang salah. Rata-rata orang ramai dan rakyat khususnya sangat terkejut dengan keputusan pemilihan kepimpinan pergerakan pemuda UMNO khususnya bagi jawatan teraju utama. Masih ada lagi titik-titik hitam dalam UMNO pada keseluruhannya.
YAB Dato' Seri Mohd Najib b. Tun Hj. Abdul Razak dengan izin Allah swt. telah pun berjaya dinobatkan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6, syukur alhamdulillah. Saya berdoa kehadhrat Allah swt. mudah-mudahan Dato' Seri Najib diberikan taufik dan hidayah, kekuatan iman, fizikal dan mental oleh Allah swt. bagi menerajui kepimpinan negara. Yg Bhg Tun Dr. Mahathir bersama isteri Yg Bhg Tun Dr. Siti Hasmah dan anakanda Datuk Mokhzani telahpun menyertai semula UMNO. Dengan izin Allah swt. suasana kegawatan politik yang berlaku sekarang ini dan sedikit sebanyak mengganggu keharmonian kehidupan rakyat akan dapat dipulihkan dengan adanya sokongan dari mantan Perdana Menteri (Tun Dr. Mahathir). Pengalaman Tun Dr. Mahathir yang telah mentadbir urus negara selama 22 tahun dengan amat cemerlang haruslah boleh diaplikasikan bagi membantu YAB Dato' Seri Najib dan barisan kabinet baru yang akan ditubuhkan. Saya percaya jika Tun Dr. Mahathir tidak dipinggirkan semasa pemerintahan terdahulu suasana politik UMNO dan Barisan Nasional tidak akan menjadi seperti yang ada sekarang. Apa yang telah berlaku harsulah dijadikan iktibar dan pengajaran yang amat berguna bagi kepimpinan baru yang ada hari ini. Dato' Seri Najib mewarisi kepimpinan ayahandanya Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak Hussein Perdana Menteri Ke 2 dan anak didik Tun Dr, Mahathir Mohammad. Rakyat dengan izin Allah menaruh keyakinan yang tinggi terhadap keupayaan Dato' Seri Najib agar dapat menerajui negara dengan beberapa transformasi/perubahan yang akan dilakukan bersesuaian dengan keperluan semasa dan aspirasi rakyat pada keseluruhannya.
Rakyat Malaysia dari berbagai kaum, etnik, budaya dan agama haruslah mengorak langkah mengukuhkan perpaduan merialisasikan aspirasi YAB Dato' Seri Najib emnjadikan Satu Malaysia yang dipercayai mempunyai matlamat yang luas dan sangat bermakna.
Anggota kabinet baru yang akan dilantik haruslah dipilih dari kalangan pemimpin yang berintegriti tinggi bersih dari amalan rasuah, ikhlas dalam menjalankan tugas, kukuh dalam pegangan agama khusunya dari kalangan pemimpin beragama Islam, boleh dipercayai dan amanah pada perjuangan parti yang dianuti. Pemimpin UMNO dan Barisan Nasional mesti ada kekuatan dan keyakinan diri yang tinggi menangkis segala dakyah dan tindak tanduk parti pembangkang yang bersifat negatif. UMNO dan Barisan Nasional mestilah ditransformasikan dengan keseluruhannya dan dengan jayanya demi mengembalikan keyakian rakyat yang sedikit terjejas teruk selama ini. Sebagai rakyat Malaysia yang ingin melihat negara tercinta ini maju dalam segala bidang kehidupan mengharapkan Yg Bhg Tun dapat diberi ruang sebaik mungkin oleh kepimpinan baru negara menyumbang khidmat bakti bagi merialisasikan Wawasan 2020.
Sekian serba sedikit ulasan dan pandangan saya terhadap pandangan Yg Bhg Tun dan mendoakan semoga Tun dan ahli keluarga sentiasa dicucuri rahmat keafiatan dan kesejahteraan sepanjang hayat dan terus menyumbang kepada kebaikan negara, bangsa dan agama.
Terima kasih dan salam hormat dari saya untuk Tun dan kepada rakan peminat bloger Tun. Berjumpa lagi dilain ketika.

Salam Tun,
Amat lah terkejut perwakilan UMNO memilih pemimpin yang dilabel sebagai perasuah,saya juga khuartir Najib akan memilih orang orang ini dalam barisan kabinetnya. Disamping itu saya pun kurang yakin dengan pemimpinan Najib, beliau juga dituduh perasuah olih parti pembangkang, kes perempuan mongolian, jet sukhoi dan Eurocopter masih menjadi isu nasional dan Najib hanya menafikan tuduhan parti pemgbangkang tapi selama ini tidak ada tindakan terhadap orang yang membuat tuduhan tersebut. Hari pertama menjadi PM, Najib sudah membebaskan dua tahanan HNDRAF dan kaji semula ISA, adakah ini tindakan yang baik untuk keselamatan negara ini atau hanya untuk gimik politik untuk menarik balik bukan Melayu pada kerajaan BN. Entahlah.. kita lihat sajalah cara kepemimpinan belau, adakah sama macam Pak LAh.

Harapan agar Tun memjadi Senior Minister dalam kabinet Najib.

assalamualaikum Tun...

1. seperti biasa keputusan pemilihan UMNO kali ini berlaku dengan penuh tragedi...akibat wang, ramai telah buta hati dan jiwa...sekali lagi tangan-tangan yang menerimanya akan menjadi saksi di akhirat nanti...

2. kepada abangku Mukhriz bersabarlah...niatmu untuk membantu bangsa Melayu secara jitu dan ikhlas akan menjadi pegangan dan pedoman kepada kami semua...masih ada hari esok...teruskan niat sucimu itu dan terus berdoa agar dibukakan hati mereka yang telah buta itu...sabar itu adalah segala ubat pada jiwa kita...

3. kepada dato' seri najib...teruskan perjuangan dan harapan Negara berlandaskan keimanan yang betul dan segala janji mestilah ditepati...ingatlah bahawasanya Allah tidak pernah lupa dan Allah itu Maha Pemurah...

4. kepada bloggers yang dihormati.. teruskan amalan membaca dan lontarkanlah idea, cadangan dan pendapat anda dengan sewarasnya dan membina...

5. kepada mereka yang masih buta...teruskanlah mencari sinar dan kebenaran...dunia ini hanya sementara...apa yang telah kamu lakukan selama ini adakah ia cukup untuk dijadikan bekalan di akhirat nanti...renung dan bertanyalah pada diri sendiri...

6. kepada Tun, jangan padamkan semangat kami semua...bersama kita teruskan pandangan dan harapan...

wassalam

YABhg Tun,

LET'S FORGIVE AND FORGET....AND START A NEW..
THAT'S THE ISLAMIC WAY.

Salam Ayahnda Tun,
Wowww!!! siapa HBT tu ayahnda? bernas, jujur, berterus terang dan tiada prejudis dalam memberikan pandangan dan buah fikiran. 'Congratulation Mr HBT, Country need someone like you, Our beloved Dr M should be 'respected' not to be humiliate by stuborn, narrow minded and brainless 'LIEW'
If someone like HBT were appointed as a Minister in Najib posible cabinet, barulah negara boleh aman, makmur dan majuuu.....

Salam untuk Bonda Asmah.

Please allow me Tun

To HBT,

One thing for sure, I am not a supporter of DAP or PKR and not a racist or against any particular race and I also think MCA is loss and without any agenda party. I am a firm believer of Tun Dr. M. and I support his originality, vision and thinking and I think Tun is the a good and best PM but what I don’t understand is how he can let people like Daim (Minister) and Tajuddin (Businessman) run away with all their fraud and money. How come with his vision, smartness and power he did not prevent or stop them earlier?

From your comments about businesses and cheating the Govt. you seem to be a very experience man but do you know how much Daim profit from Malaysia and the Banks (Danaharta scheme) and how come Tajuddin after conducting a fail business can still collect money/compensation from Govt.?

My question to Tun is that is he trying to prevent Najib from doing the same mistakes he did by trusting or giving absolute power to dishonest ministers and businessman or any other reasons. I am just trying to tap Tun ideas and opinion.

Before you call others katak di bawah tempurung, do you question yourself are you same as them?. What do you know about globalization and is it really good for Malaysia? The term “globalization” is created by Americans to open-up market for their businesses and to colonise or control countries and is it 100% good for Malaysia? I think you are aware that conducting business internationally or working overseas is not globalization and globalization to Americans is borderless and one rule (American law or rules only)

Thank you for sharing your opinion in this wonderful blog and we should all be thankful to Tun for creating it.

Salam Tun,

Perwakilan UMNO dan PEMUDA pilih perasuah. Terus terusan begitu maka PRU13 UMNO kalah.

Lalu melayu nak kemana? Sempit pandangan ni! Tapi itu realiti. Berhenti jadi idealis. Get real.

PKR nak bawak melayu? Mimpi!!! PKR nak bawak Anwar!!! Anwar nak bawak siapa? Melayu? Mimpi!!! Habis siapa ???

PAS nak bawak melayu? Mimpi!!!! Dia orang harap melayu!!! Bukan nak bawak melayu!!

Saya berbau racist? Abis DAP dan MCA punya cendikiawan dan pemimpin nya tak racist? Academician dan businessman dia orang tak racist? Get real la.....taik kuching tak racist. Melayu bodoh jer mudah lu

...and Datuk Seri Najib is seen as a 'clean' person by the Malaysian public, I presume.

Come to think of it, the fault is entirely that of the newspapers that have abused the freedom given by Datuk Seri Abdullah Badawi. :)

By Nazirul on March 27, 2009 3:58 PM

Salam Tun

apa salahnya khairy sehingga byk yg melabelnya perasuah? bermain politik wang?... saya tak faham, kalau betul la perasuah, dah tentu kena ban dr pertandingan merebut jawatan ketua pemuda..

saya baca gak aktiviti2 dia sepanjang kempen, sampai ke sabah sarawak.. perwakilan lain? ... harapkan pengalaman dan pengaruh orang terdekat sahaja...

biarla dia buktikan kemampuan beliau.. walaupun kemenangannya diragui disebabkan faktor umur yg terlalu muda memenangi ketua pemuda berbanding pencabarnya, tapi tu bukan satu kesalahan..

kalau x puas hati, buat je laporan kat SPRM kalau ada bukti kukuh..

aku bukan penyokong khairy, tapi aku x sanggup nak tgok bumiputera ni berpecah belah lagi.. Tun minta pendapat tentang isu ni..

terima kasih

:)

nak komen sket ye...: bukan kehendak kita org melayu nak berpecah belah awak.awak baca n selidik la betul2 tentang si graduan oxford ni. actually dia la sebenarnya yang sedang memecahbelahkan kaum bumiputera.semuanyapun sebb duit (ada yang saya dgar asalnya dia nak kawin dgan izzah anak DSAI, tapi disebbkan DSAI x dapt jadi PM tu yang beralih dekat anak Pak Lah,awak timbang2la cerita ni,tengok minded dia camno)kerakusan dia mengejar harta yang terlampau tu. kalau ikutkan saya pun.saya tak banyak tau pun pasal budak ni. tpi melihatkan feedback - feedback dari org2 len n pembaca chedet ni.saya rasalah kan n yakin bahawa budak ni memmmmang pincang sepincang - pincangnya. kalau x tak kan lah sampai di boo dek majority 2/3 perwakilan masa dia menang. fikir logik awak. kalau dia menang bersih aritu x kan lah majority perwakilan hangin satu bdan ngan budak ni.awak pk2 la..n lagi satu pendapat saya, sejahat - jahat manusia tu,walau selama mana dia berjaya sorokkan perangai jahat dia,selama manapun org menjunjung dia.kalau tiba saat Allah nak bukak pekung dia dan itulah hasilnya..setinggi manapun kedudukan dia sekarang tapi di hati org ramai tpatnya hanya layak di kaki.. bukan x nak beri peluang masalahnya budak ni dah terlebih di beri ruang oleh bapak mentuanya,sampai mcam - mcam masalah yang timbul.tiba masanya dia belajar wang bukan segalanya dan hati yang rosak mmg x kekal lama...
maaf la ye dengan pendapat sya yang x seberapa ni..apa - apa pun saya puji awak sebb x guna kata - kata kesat eventhough awak x berapa berkenan dengan orang yg dok kondem dia.wassalam.
cik yat.11.34am.30 March 09

Tun,
saya amat bersetuju dengan pendapat Tun yang mengatakan Pak lah akan memaksa Najib utk memilih orang yg akan berada dalam kabinet.Saya amat berharap yang Najib tidak akn mendengar ap yg dikatakan oleh Pak lah. Khairy mrupakan orang yang akan merosakkan parti UMNO. Saya amt bimbang akn ms depan rakyat Malaysia sekiranya parti UMNO berterusan begini. Sya amt berharap yang Tun dapat melakukan sesuatu, mungkin dengan menyertai semula UMNO. Ini kerana, Tun merupakan satu2 nya pemimpin yang saya rasa tepat utk memulihkan semula parti UMNO kepada yg asal...
last sekali, semoga Tun sihat dan dapat menyumbang lebih banyak utk pembangunan Malaysia....Wassalam

Dear Tun,salam mesra moga sihat sejahtera. Dgn izin..

Sdr HBT, inilah landasan perjuangan Umno yg kita benci bukan tujuan dan matlamatnya. Impiannya betul tapi laluannya salah. Jgn keliru mcm mrk tentang bantahan kita.


..................PETIK BUNGA MEROSAK DAHAN


Tun pernah beri alasan menentang dasar US bukan membenci rakyat US. Nampak tak bezanya! Samalah tu bila orang membenci Umno bukan menentang Melayu. Menentang dasar Umno bukan menentang hak orang Melayu. Umno yg melaung laung begitu untuk mengabadikan kuasa mrk.


Ditentang ialah tidak adil, penyelewengan, salah laku Umno bukan hak Melayu. Jgn termakan sajian politik murah pemilihan. Ia minyak masak kegemaran orang berumur.


.................INI MAKSUD KETUANAN?


>Anak naib canselor (mustahil dia golongan sederhana, perlu bantuan) menuntut di IPTA yg dibiaya krjn
>Anak pegawai rendah sektor swasta bertungkus lumus bayar sendiri di IPTS yg mahal


>Anak keluarga ada dua tiga biji kereta (antaranya Mercedes) dapat biasiswa krjn di IPTA
>Anak keluarga hanya satu kereta Proton bersusah payah bayar sendiri di IPTS


>Orang beli banglo, kondo dapat potongan (miskin kah dia?) Kenapa tak simpan potongan ini untuk rakyat miskin.
>Orang miskin beli rumah pangsa murah tak ada bantuan mcm ini. Potongan itu boleh beli sebuah rumah untuk mrk.


>Dah dapat ijazah dan ilmu luas (konon) mengeluh tak ada kerja. Guna ilmu dan otaklah! Tak cukup kah dah dibantu dapat pelajaran? Nak makan buah mengeluh saja pokok berdahan tinggi.
>Orang lain yg tak ada kerja tanpa ijazah (krn tiada bantuan) dapat apa?


>Orang jual vcd nak ditangkap dgn pistol.
>Orang merempit nak ditahan dgn badan sampai terkorban beberapa polis. Jual vcd cari makan (dilarang undang undang), merempit cari apa? Mana dia dapat duit sebanyak itu dibazir begitu?


...............ANCAMAN KARUT


Ancaman pada Melayu bukan dari kaum lain. Semua Cina (25%) tak sokong pun kuasa Melayu tak akan tergugat. Tetapi 25% Melayu tentang Umno goncanglah dia. Jadi jgn guna kaum lain meraih sokongan dgn karut mrk mengancam kedudukkan Melayu. Melayu meluat dgn golongan Melayu berada dan berupaya masih meleser dgn krjn minta bantuan, sedangkan mrk sepatutnya contohi kaum lain, lepaskan bantuan dan bantu orang miskin.


Lagu DEB dulu merdu krn pendengarnya semua berbasikal tua dan sama miskin. Tapi skrg lagu ini dinyanyikan orang kereta Mercedes, rumah banglo berkolam renang, mahligai bertingkat melepasi pokok kelapa (tak payah takut dihempap pokok kelapa mcm dulu), berduit melancung keluar Negara, beristeri dua tiga, umrah berkala.


Siapa lebih upaya tanggung beban membantu Melayu. Orang yg terpaksa hentikan sekolah anaknya krn miskin, berhutang bayar di IPTS atau Melayu DEB yg saya sebut tadi. Mrk sepatutnya lepaskan Mercedes, banglo, mahligai, isteri, makan angin dan bantu bangsa mrk yg malang.

Siapa buat bising DEB tak adil akan diancam oleh golongan diatas ini dgn tuduhan menyentuh hak Melayu.


...............DENGKI


Kaum lain tak iri hati Melayu berjaya atau memimpin semua bidang. Mrk khuatir apa jadi pada Negara dgn sikap Melayu DEB dah disuap, minta kunyah. Kalau boleh dia minta kita telan untuk dia! Melayu berjaya membawa tuah pada semua. Melayu (dan apa bangsa pun) yg tamak hak, harap hujan emas akan membinasakan negara.


Lihat sejarah Rome dgn bangsa sombong, megah akhirnya runtuh dari gejala dalam, bukan ancaman luar. Enggan cermin diri tunggu makan diri.

Izinkan Ayahanda Tun,

//By Liew on March 28, 2009 4:28 PM //

Mr Liew,

Before you point your fingers at Tun Dr Mahathir Mohamad, ask yourself why DAP became so racists to the Malays and UMNO, it was because of our own race leading party MCA has "taruh" and make sure them remain as minority group like licensed gangsters dressed in Man In Black!

Liew, human beings are selfish including our race. So, before you comment, please read Tun Mahathir's comment on Isu Perkauman in chedet.cc if not, we chinese will be labeled as "Pot calling the kettle black" by the malays. Jangan lah asyik kata orang jahat, padahal perwakilan kaum kita sendiri pun sama kotor macam perwakilan UMNO!

Wake up brother, we are living in the globalize world, don't be the slaves to these crooked and not sincere politicians, be the goal-getter for our country to develop further to feed our rakyat. I have gone through the 1997 speculation attack and I have seen our race "pakat" with the bumiputra to cheat duit kerajaan and our most respected Ex-PM. Janganlah jadi katak di bawah tempurung yang masih berada dalam era perkauman yang memang menjijik. Please lah don't be like S..Tan who is so stubborn, makan gaji kerajaan kata kerajaan tidak baik. Janganlah jadi cina lolot kata melayu bodoh macam babi, tapi makan duit babi, very disgusting lah..... If MCA and DAP don't change, they will ended up like UMNO, nothing new. So, please stop being a fool in chedet.cc!

Good day Ayahanda Tun.

Tun,

I think you are the best PM Malaysia ever had and I agree with many of your comments and opinions. What I don’t understand is that you go into details about the possible cabinet and ministers that Najib might be selecting. What I want to know or your opinion is why you did not do those things you when your were the PM but now you are advising Najib to do?

You appointed many corrupted people into your cabinet when you were the PM and you even protected and supported them and told the world that they are good and honest ministers. You even give a lot of money and projects to crooks. Why you can appoint bad and dishonest ministers and Najib cannot? Are you above everyone or are you just lately become aware or awaken about bad leaders make bad country?

Are you trying to become a saint now and preach what is good and bad to the new leaders now? Your two sons are no saint either and they practice “snatch and force to get projects” too and they also “jaga diri” like everyone else in Malaysia. So your advises to the new UMNO is nothing new.

Pot calling the kettle black

SALAM AYAHANDA RAKYAT TUN
IZINKAN,

By BayanganAuthor Profile Page on March 26, 2009 11:00 PM
Salam Tun,
Syukur Alhamdulillah KJ menang ketua pemuda UMNO.
SYABAS kepada perwakilan Pemuda yang memilih KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
SEKARANG BARU PADAN MUKA TUN,...

MAKA KITA BAYANGKAN KEMBALI AKAN KEANGKUHAN KJ(KORAP JAHANAM) SAJA YANG BERANI BERSUARA LANTANG MENEMPIS DAN MEMPERTAHANKAN UMNO SEMASA UMNO DISERANG BERTALU2 DI PERMATANG PAUH DAN K.TRENGGANU OLEH HIPOKRIT2 UMNO YANG BERSEKONKONG DENGAN PIHAK PEMBANGKANG HINGGA TERSUNGKURNYA CALON2 UMNO/BN.

DAN KAMI AKAN MELIHAT KETUA PEMUDA YANG DIDAPATI BERSALAH ATAS TUDUHAN POLITIK WANG(LDU ANGGAP KURANG JUJUR SAHAJA..HE HE) MENJAHANAMKAN PELUANG UMNO/BN DI BUKIT DAN SUNGAI..KEHADIRANNYA AKAN MENJADI SEBAB UTAMA CALON BN DIHUMBANKAN KEDALAM GAUNG DAN DIBENAMKAN KEDASAR SUNGAI JIKA SIKAP ANGKUHNYA MASIH KELIHATAN BERKEMPEN DI PILIHANRAYA KECIL NANTI.

KITA LIHAT NANTI SIAPA YANG AKAN PADAN MUKA.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. Jauhkan KJ(Ketua Jahanam) ini dari BERKEMPEN diketiga2 pilihanraya kecil bulan April jika UMNO/BN mahu menang. Ucapan penggulungan Presiden UMNO dan kehadiran Ayahanda Tun dihari penangguhan PAU telah membuka kembali hati kami yang telah bertaup setelah 'musang2' transformasikan kepimpinan Pemuda UMNO kepada UNITED MUSANG NATIONAL ORGANISATION).

Salam Tun

Jika BN tewas PRU13 nanti, Rithaudin & co. dari Lembaga Disiplin dan Tribunal (LDT) mesti dipersalahkan kerana merelakan rasuah UMNO berleluasa. Konon2 bebas dan berkecuali, tapi bila menghukum hanya setakat nak 'tunjuk syarat' sedangkan raja segala malaun yang bau busuk beraknya teramat kuat sehingga boleh dihidu & dikenalpasti usulnya disetiap perusuk negara tak dihukum.

Mungkin juga LDT takut pada PM 'no quality' Pak Dol, tak sangka taringnya berbisa sekali dan boleh menjangkau jauh, terutama bila melibatkan menantu kesayangannya. Atau mungkin juga LDT pun dah sama2 masuk serta bergelumang sebagai ulat2 didalam 'tong tahi' yang di cop/kenali sebagai 'rasuah UMNO'. Maklumlah menantu PM Dol tu bukan calang2 dan terkenal sebagai 'richest unemployed in Malaysia', jadi tentulah 'money no problem'.

Dulu saya ada beritau Tun sajalah satu2nya yang berupaya menjatuhkan tingkat 4, tapi Tun tak cuba bersungguh2 (maaf Tun, terlalu emosi terutama bila memikirkan PKR laknat tu yang akan meraih untung pada PRU 13 nanti)

Tun,

Sudah lama saya tidak beri komen di blog tun,kira-kira sudah ada 3 bulan. Saya berpendapat bahawa politik di negara kita semakin merosot tidak kira sama ada di pihak pembakang atau Barisan Nasional.

Sitituasi kini makin jelas, banyak daripada YB negara kita telah menjadi katak yang sering 'lompat' ke arah yang mana mereka rasa akan membawa banyak faedah dengan adanya tawaran lumayan yang ditawar oleh pihak tertentu.

Kemenangan KJ dalam pemuda UMNO pada 25/3/09 1115pm memang membangkitkan kehairanan saya kerana baru-baru ini beliau telah medapat amaran terhadap wang politik dan juga beberapa kes rasuah yang belum dapat dijelaskan oleh beliau.

Memang hairan-lah!

Adakah ini menunjukkan bahawa kroni atau 'nothing is impossible'?!

Topik terhadap pengajaran dalam bahasa Inggeris bagi subjek penting juga makin hangat dibangkit oleh banyak pihak. Bagi saya, seorang anak Malaysia yang menamatkan pembelajaran sekolah rendah hingga tingkatan lima di Negara Brunei Darussalam; saya berpendapat bahawa menuntut pelajaran seperti Matematik, Sains, geografi, sejarah dan lain-lain dalam bahasa Inggeris merupakan salah satu langkah yang wajar dan baik untuk membina lantar belakang pelajaran/ilmu yang baik kepada generasi kita. Ini disebabkan kita kini berada di zaman atom yang amat bersaing,ilmu pengetahuan merupakan salah satu kunci untuk kita melanjutkan kehidupan dan masa depan kita kepada cahaya yang cerah. Menuntut pelajaran yang tertentu dalam Bahasa Inggeris tidak menandakan yang kita tinggalkan Bahasa negara dan bahasa ibu kita. Menuntut dalam Bahasa Inggeris memberi peluang kepada generasi kita untuk mendalami ilmu dalam aspek yang mereka minat dengan luas dan secara global dimana kita boleh berkongsi pendapat dan informasi dengan pemahir, pihak berkuasa dan orang yang berminat dalam bidang tersebut.

Saya merupakan seorang bangsa cina Malaysia yang pernah menuntut di sekolah rendah cina Brunei Darussalam, sekolah menengah kerajaan Brunei Darussalam dan kini sedang menlanjutkan pembelajaran saya di Kemayan ATC Penang Kampus.

Saya mempunyai latar belakangseperti itu telah menerangkan diri saya bahawa :-
1. Negara seperti Brunei Darussalam yang mengamalkan sistem MIB (Melayu Islam Beraja) dan mempunyai majoriti/bilangan penduduk Melayu yang besar mempunyai sistem pengajaran yang baik dan dimana semua pelajaran adalah berunsus dalam Bahasa Inggeris.
Sebagai contoh;

Bagi PSR,
Pernilian Sekolah Rendah , mereka mempunyai 3 subjek ( Sains, Matematik, G.P (georafi+ Sejarah) ) dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Inggeris dan 1 Bahasa Melayu.
Jumlah 5 subjek, 4 berunusus dalam Bahasa Inggeris dan 1 Bahasa Melayu.


Bagi PMB,
Pernilian Menengah Bawah (Seperti PMR Malaysia) ,
Mereka mempunyai 8 subjek, 7 subjek dalam bahasa Inggeris dan 1 Bahasa Melayu.


Cambridge University Broad O'level:
8 subjek minimum ,
7 dalam Bahasa Inggeris dan 1 Bahasa Melayu.

Ini jelas bahawa negara yang mengamalkan sistem MIB pula boleh ada sistem pengajaran Inggeris yang begitu kuat ,mengapa negara kita yang kononnya 'uniti, 3 kumpulan bangsa besar' pula tidak dapat menerima sistem pengajaran Inggeris?!


---------------------------------------------

Dear hisham76 and adamjohari
“The fact is, take a good look around, everyone adores Dr.M. Everyone from my parents generation to even my generation knows the sacrifices that he has made to create our great nation. Do you know of the personal contributions that Dr.M has given to Palestine? Do you know that he 'pushed' YB Mukhriz to go to Japan to study for his undergraduate because he had just created the "look East" policy? Have you read his letters to the leaders of the world? Do you know how he fought tirelessly to fix the economy during the late 1990s? Need I mention KLCC, Putrajaya, KLIA etc?
People like you have only hate inside. You don't investigate. You don't seek out reason. “
“The fact is, take a good look around, everyone adores Dr.M. Everyone from my parents generation to even my generation knows the sacrifices that he has made to create our great nation. Do you know of the personal contributions that Dr.M has given to Palestine? Do you know that he 'pushed' YB Mukhriz to go to Japan to study for his undergraduate because he had just created the "look East" policy? Have you read his letters to the leaders of the world? Do you know how he fought tirelessly to fix the economy during the late 1990s? Need I mention KLCC, Putrajaya, KLIA etc? “
My response,

TDM was appointed as PM and thus it was his sworn duty to lead Malaysia forward. He was given the freedom & blank cheque to do as he pleased for 22 long years when he was PM. In fact he was fortunate to be appointed as Tun Hussein Onn’s Deputy in the first place and later took over as PM when the former retired. Nobody forced him to become PM and nobody forced him to stay as PM for 22 years. It was his own choice to stay on and also his choice to retire in 2003.

I do not deny his contributions as PM for Malaysia but I will not glorify and praise him to the extent of worshipping him as the greatest PM on earth!!! Don’t tell me he did not enjoy the perks and power that came with his position? Don’t tell me he did not enjoy being the centre of attention when he was PM ? He always felt that whatever he did was right and everybody else who did not support him was wrong!!! Yes he built monuments like KLCC,KLIA and Putrajaya….but he built all that with taxpayers money and not his personal money !!! So it was no great personal sacrifice…despite what you may all say!!! Enough of all these feudalistic mentality of some of you to praise a person sky-high for his “contributions” and neglecting/refusing to see the mistakes and abuses that happened along his 22 years of his Premiership. He is responsible for all the rot that has happened in the Judiciary, Police ,ACA, Civil Service…etc during his 22 years as PM. The buck stops with him. He certainly will not be proud of this part of his legacy.

And hisham76, stop being blinded with extreme hatred towards the Non-Malays and blame them for all the weaknesses of the Malays.(Are you from UMNO..because you sound like you are from UMNO with your filthy mouth & mind!!!You'll make a good UMNO Leader with your mentality!!)

Also stop blaming the British for all the ills of the Malays like some academicians & politicians still do. The British were in Malaya for only about 133 years so they alone cannot carry all the blame for the poverty and weaknesses of the Malays. The Malays were ruled by their own Rulers since the 15th century. They should start to blame their own race and leaders for their weaknesses. Please grow up all of you and stop pointing fingers at everybody else but yourselves. We are the only country in the world to have affirmative action for the majority of the population as opposed to helping poor minorities. And yet your guys still complain & complain like spoilt brats!!

UMNO has ruled this country for 52 years and still has failed to eradicate poverty among the Malays and Non-Malays despite having the NEP for over 30 years!!! Instead the NEP was hijacked by its own politicians to create “instant Millionaires” who today are sadly no longer around to help the poor Malays. It seems to be a deliberate policy by UMNO to keep large segments of the Malay/Bumi population poor so that they can continue to justify the NEP policies forever and hoodwink everybody by creating more & more “instant millionaires” at the expense of the real poor. If all Malays/Bumis were rich today, then there won’t be a need for the NEP and UMNO will have no reasons to exist anymore.!!!

That is the SAD but UNFORTUNATE TRUTH. The Malays themselves are betraying their own race and the Non-Malays conveniently become the scapegoats by the UMNO politicians without fail!!!It is certainly time to WAKE UP!!!


Assalamualaikum Tun,

Saya bukan ahli UMNO tetapi mengharap sesuatu perkembangan yang baik akan berlaku dalam pemilihan UMNO baru-baru ini. Ternyata RASUAH politik terus menjadi-jadi malah di"ENDORSE" oleh perwakilan pemuda. Bapa Mertua yang secara besar-besaran mempromosikan anti-rasuah WALAUPUN CAKAP SAHAJA, tetapi menyalah-gunakan kuasa mempengaruhi Jawatankuasa Disiplin parti supaya MENANTU dibenarkan terus bertanding manakala ahli lain dengan kesalahan yang sama diLARANG bertanding malah ada yang diGANTUNG terus keahliannya. Itu menunjukkan UMNO tidak akan pulih dan akan hancur.

Perwakilan juga "ENDORSE" RASUAH untuk pemilihan MT, saya tahu salah seorang calon dari Sabah telah diundi menduduki kerusi MT belanja duit RM3 Juta untuk kekal di sana, waktu pemilihan Ketua Bahagian dia menang kerana Rasuah. SEKARANG dia cakap untuk hapus politik wang.. MENYAMPAH!!!!

Saya cadangkan PAS mengambil alih tugas menjadi tunggak perjuangan Melayu (termasuk bumiputera) dan agama Islam. Oleh itu PAS kena menjauhi DAP dan PKR serta merta dan menyatakan pendirian sebenarnya dalam persekongkolannya dengan mereka. Ketara sangat perbezaan PAS dengan DAP tapi kenapa PAS mau diperbodoh. Sementara PKR, saya tak hairan kerana pemimpinnya PETUALANG bangsa.

Salam kepada YBhg. Tun, para pembaca serta para penyumbang komen.

Sebagai seorang yang tidak ketinggalan meneliti perkembangan isu dan politik tanahair apatah lagi pada laman blog YBhg. Tun yang popular ini, lantas saya amat tertarik dengan salah satu komen (dari ratusan komen) yang agak ringkas tapi padat, dibuat pada ruangan/artikel ini oleh seorang insan bergelar:-

‘zulomar’…,

… yang telah memberi komen beliau pada Mac 27, 2009 jam 2:48 p.m.

Buat saya, pada halaman blog ‘chedet’ ini, saya lebih gemar memberi komen-komen kepada isu-isu antarabangsa, terutamanya komen-komen saya yang seringkali membalas dan mematahkah hujah-hujah yang dibuat oleh si ‘Hanan’ (dan juga mereka yang bersependapat dan bersekongkol dengan beliau), pada ruangan artikel ‘Hanan’ dan juga ‘Hanan-2’.

Namun demikian, buat kali ini saya rasa terpanggil untuk memberi sedikit komen pada ruangan/artikel ini pula.

Pada hemat saya, pendapat dan komen oleh ‘zulomar’ itu sebenarnya amat jelas mencerminkan perasaan dan persepsi sebilangan besar orang-orang Melayu yang tidak berpihak kepada mana-mana parti siasah dalam negara kita Malaysia sekian lama ini.

Petikan dari kata-kata ‘zulomar’ itu yang sebagaimana berikut:-

“ Being the average Malay Malaysian, I doubt that i will fully support UMNO anymore and unfortunately for UMNO and Barisan for that matter, they stand to lose a few more votes as family members and close friends around me have the same general feeling about the UMNO General Election outcome. There were some good results that we were hoping for but for the bad ones, they are really bad and damaging in the eyes of the common people. ”

… tidak boleh dipandang ringan lagi oleh para-pemimpin UMNO yang sepatutnya menjadi pejuang, jaguh serta pembela buat umat Islam serta bangsa Melayu di bumi bertuah Malaysia ini.

Rata-rata, walaupun ramai yang pada keseluruhannya boleh berasa sedikit lega terhadap keputusan-keputusan semasa pemilihan para-para pemimpin UMNO baru-baru ini, namun demikian masih terdapat juga beberapa cacat-cela yang agak begitu menonjol terutamanya pada keputusan pemilihan untuk pucuk pimpinan dan Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Nescaya begitu, maka orang-orang Melayu terutamanya semacam ‘zulomar’ itu pastinya tidak yakin bahawa UMNO telah ‘bersih’ dari amalan dan gejala kotor iaitu rasuah dan politik wang. Apatah lagi, apabila amalan kotor itu masih bergelumang dikalangan mereka yang masih muda-remaja yang bakal pula mengambil-alih pucuk pimpinan parti UMNO pada suatu hari kelak.

Pastinya, amalan sedemikian akan mereka terbawa-bawa sehinggalah ke zaman tua, seandainya mereka tidak segera bertaubat, insaf dan berubah dari amalan yang amat jijik itu.

Maka, apakah rakyat jelata dan para-pengundi akan terus tertipu dan menaruh harapan kepada para-pemimpin UMNO yang rakus, mementingkan diri lagi tamakkan kuasa?

Meminjam dari kata-kata Dato’ Seri Najib, maka berani saya katakan bahawa UMNO haruslah bersiap-sedia untuk REBAH seandainya tidak BERUBAH..!!

Buat masa ini, UMNO masih tidak dilihat sudah banyak berubah cara. Maka, jika keadaan dan cara ini berterusan, maka orang-orang Melayu sendiri (yang diluar UMNO) terutamanya yang semacam ‘zulomar’ itu, pastinya akan ‘menghukum’ UMNO dalam setiap pilihanraya besar mahupun pilihanraya kecil.

Apakah para-pemimpin UMNO sudah merasakan bahawa bilangan ahli-ahli UMNO yang melebihi 3 juta itu sudah begitu kuat & mencukupi untuk memenangi mana-mana kerusi DUN ataupun Parlimen diatas kekuatan semata-mata dari bilangan ahli-ahlinya sendiri? Fikir-fikirkanlah persoalan ini.

Nescaya, demi menegakkan agama, membela bangsa serta untuk mempertahankan negara, maka eloklah para pucuk pimpinan dan aktivis UMNO segera berubah cara dan sikap, sebelum ramai lagi rakyat jelata semakin naik meluat dengan UMNO, lantaran wadah UMNO itu sendiri berkemungkinan besar menjadi penyumbang kepada negara Malaysia kita pula turut rebah…!!

Maka, ahli-ahli UMNO haruslah bertekad, usaha dan doakan semoga disimpang dari perkara yang sebegitu dari berlaku kelak.

Namun demikian, komen daripada ‘zulomar’ (di atas) itu merakamkan bagi pihak beliau, seolah:-

‘UMNO bolehlah menghitung hari…’

…ataupun buat UMNO…,

‘The Writing is on The Wall’

Apakah perkara ini tidak boleh berlaku..!?

Wassalam.

Dearest Tun,

With your permission,

By emgbrlAuthor Profile Page on March 26, 2009 3:21 PM

"Stop making the Non-Malays your convenient Punching bag/bogeyman when you wish to drum up support among the UMNO Malays!! Have you ever wondered what Malaysia would be without the sacrifices and contributions of the Non-Malays?Probably we might have become another Cambodia,Pakistan or even Zimbabwe!!!"

comment:
Dude, Tun do not have to make the Non-Malays as a punching bag to drum up support from the UMNO Malays for unlike you, we know our history. You may wonder how do we know? Well our former colonial master told us and this is what they think of you lot -

“ For your own personal attendance, you have the choice of engaging a Malay, Chinese or Kling boy – locally so called, although the said boy may be 40 years of age. Having tried each class, I would unhesitatingly recommend a Malay. Though perhaps not so smart, he is not such a thief as a Chinese, or such a liar as a Kling boy. Moreover, being a Muhammadan, he does not drink as they do.." .........................(source: from Lt. H.E. McCallum, “Hints to Officers Ordered to Singapore’, appended to Intelligence Division, War Office, Precis of Information concerning the Straits Settlements and the Native States of the Malay Peninsula (revised ed. HMSO, 1891)

As for your assumption "what Malaysia would be without the sacrifices and contributions of the Non-Malays?Probably we might have become another Cambodia,Pakistan or even Zimbabwe!!!",

Why dont you refer back to you ancestor's history when they first came to Malaya and then check with the status of non natives in the Asean countries and tell me in the face that you are worse off under Tun Mahathir's leadership you ingrates.



SALAM AYAHANDA TUN..

'BAPAK BOREK ANAK RINTEK'

OH RUPANYA ADA PEMIMPIN YG BERSIH & ADA YG KOTOR ?
TUN ADA SENARAINYA TAK? BULEH TULUNG HABAQ MAI KAT KAMI ?
KALAU PEMIMPIN YG TAK JUJUR BAGAIMANA PULA ? KIRA KOTOQ KA ATAU BAGAIMANA ?
TUN PULA DALAM KATEGORI APA ?

WALAU BAGAIMANAPUN,DOA SAYA AGAR TUN SENANTIASA DIRAHMATI ALLAH HENDAKNYA,JUGA DI KESIBUKAN INI DIHARAP TUN MEMPUNYAI MASA MENGINGATINYA..

salam hormat buat tun dan para pembaca
saya yakin para penyokong yang inginkan kebersihan wujud di umno berdukacita dan sedih dengan keputusan di perhimpunan agung.saya tidak menyokong mana mana pihak akan tapi saya menyokong sesiapa saja yang benar benar bersih jujur dan berjuang demi nasib bangsa dan negara juga rakyat.tidak kira mana parti seksli pun pemimpin itu mewakili andaikata dia benar benar jujur dan bersih di dalam perjuangan rakyat perlu menyokong nya.
apa gunanya menyokong parti umno sekiranya pemimpin nya bergelumang rasuah dan memperjuangkan poket sendiri?haruskah kita menyokong pemimpin seperti ini hanya semata mata dia orang umno?umno sekarang kelihatan bukan lagi sebuah parti orang melayu kerana orang melayu jati tidak akan menjual maruah bangsa dan menggadai nasib rakyat jelata.umno sekarang kelihatan lebih condong memperjuangkan poket sendiri.lihat saja apa yang berlaku sekarang ini.
namun begitu saya pasti di kalangan pemimpin umno ada yang benar benar ingin memperjuangkan nasib bangsa dan negara.hanya cuma kesempatan di tenggelami oleh wakil wakil yang bermurah hati menabur wang.
maka bagi yang kalah dan benar benar jujur dalam perjuangan tak ush berkecil hati.bangun dan siapkan strategi.allah bersama orang orang yang jujur.
harus ada tekad dan semangat yang kuat sebagaimana yang di tunjukkan oleh tun sendiri.tun bangun dari kejatuhan di singkir kan dari parti dan seterusnya menerajui negara malaysia with flying colors.saya yakin andaikata tun tak di singkirkan dulu saya besar kemungkinan sekarang ini berkerakyatan malaysia.namun walau apa pun jua saya tetap merasakan diri saya saorang bumiputera dan bersyukur dengan apa ada nya.tapi dukacita bangsa saya di seberang sana saya turut berkongsi sama.
dari itu saya menyeru bagi yang kalah dan yang benar benar ingin memperjuangkan nasib bangsa saya dan rakyat malaysia ambil lah contoh tauladan yang telah di tunjukkan oleh tun.
GOOD GUY ALWAYS COME LAST.....tapi jangan lupa diri lobang kubur kecik aja nak muatkan harta dunia..TAPI CUKUP BESAR MEMUATKAN PERJUANGAN DAN SUMBANGAN YANG DI BERI.JUGA TERMASUK PENGHORMATAN BANGSA DAN RAKYAT JELATA.THERE WILL BE ENOUGH SPACE FOR THAT DONT WORRY....

SALAM AYAHANDA RAKYAT TUN
IZINKAN,

By BayanganAuthor Profile Page on March 26, 2009 11:00 PM

Salam Tun,
Syukur Alhamdulillah KJ menang ketua pemuda UMNO.
SYABAS kepada perwakilan Pemuda yang memilih KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
SEKARANG BARU PADAN MUKA TUN,...

MAKA KITA BAYANGKAN KEMBALI HANYA KJ(KORAP JAHANAM) SAJA YANG BERANI BERSUARA LANTANG MENEMPIS DAN MEMPERTAHANKAN UMNO SEMASA UMNO DISERANG BERTALU2 DI PERMATANG PAUH DAN K.TRENGGANU OLEH HIPOKRIT2 UMNO YANG BERSEKONKONG DENGAN PIHAK PEMBANGKANG HINGGA TERSUNGKUR CALON2 UMNO/BN.
DAN KAMI AKAN MELIHAT KETUA PEMUDA YANG DIDAPATI BERSALAH ATAS TUDUHAN POLITIK WANG(LDU ANGGAP KURANG JUJUR SAHAJA..HE HE)MENJAHANAMKAN PELUANG UMNO/BN DI BUKIT DAN SUNGAI..KEHADIRANNYA AKAN MENJADI SEBAB UTAMA CALON BN DIHUMPAN KEDALAM GAUNG DAN SUNGAI.

KITA LIHAT NANT SIAPA YANG PADAN MUKA.


ALFATIHAH, AMIN.

Bayangan..

Hiduplah di alam nyata..

Dengan Izin Tun...Terimakasih..

lipanx

//yes ! khairy menang !..... yesssssss! mukhriz kalah....syukur alhamdulillah//

Aku tak sampai hati nak pukul kau lipanxx.Saja nak bertanya..Kau bersyukur kepada siapa?


shadearrashade

//JIKA INI BERLAKU BERMULALAH BENCI MEMBENCI DIDALAM UMNO..ANDALAH YANG MENYUBURKANNYA//

Pernah dengar logik Teresa ( Mang ) Kok tentang babi?..Babi ini makhluk ciptaan Tuhan juga..Kenapa di benci?..

Bagi mereka yang suka makan babi dan berperangai sebegitu, silakan.Allah menjadikan babi sebagai CONTOH SIFAT BURUK..UNTUK DI JAUHI...JADI KAMI BENCI BABI..

Benci membenci bukan ajaran Tun Dr Mahathir Muhammad.Tun mengajar kita menjauhi orang yang berakhlak buruk...

Pertanyaan saya..mengapa ? Anda membenci Tun...

Oink..Oink..


Yang dikasihi Tun,

Melalui akhbar star update hari ini Hishamudin menyeru ahli2 pemuda rapatkan semula barisannya. Biasalah ahli diminta menghormati keputusan pemilihan. Namun saya secara peribadi dan di kongsi juga dengan berjuta rakyat tetap tidak dapat menghormati perwakilan pemuda yang mengundi KJ menjadi Ketua Pemuda.Macam mana kah ahli-ahli yang tidak turut menerima rasuah akan menghormati keputusan majority yang terdiri daripada penerima-penerima rasuah? Saya percaya persepsi rakyat terhadap KJ yang memenangi jawatan nombor 1 pemuda melalui amalan politik wang tidak akan lenyap dan terpahat dalam sejarah politik UMNO dan negara. KJ boleh menafikan tidak melibatkan diri dengan politik wang tapi saya bersama-sama berjuta rakyat Malaysia tidak akan percaya sampai bila-bila. Adalah sungguh malang untuk UMNO keseluruhan dianugerahkan oleh penerima-penerima rasuah seorang ketua pemuda iaitu KJ yang telah diadapati bersalah oleh lembaga disiplin berkait dengan amalan politik wang.Kami tidak sukakan KJ dan its just too bad for UMNO to have him as Ketua Pemuda. KJ is going to be a JONAH in UMNO who causes the ship to sink.

Sampai saat ini saya masih dukacita dengan keputusan bodoh perwakilan pemuda umno yang mengundi KJ. Kerana BEBAL, BODOH dan SELAP dengan rasuah mereka tidak bertanggungjawab dan tindakan mereka memberi kesan negatif kepada UMNO. Kesian pemimimpin-pemimpin MKT, Wanita & Puteri terpaksa mendapat KJ sebagai ketua Pemuda yang dipilih melalui amalan politik wang yang kotor dan najisnya tak boleh disamak dengan apa cara sekali pun seperti kinzir.


TUN.
Lanjutan laporan dari Dewan PWTC. Para perwakilan dengan gelagat dan gaya masing2 maseh hangat berhujah dalam pelbagai topik. Dan dalam suasana menyambut kemenangan calun2 yang telah berjaya dalam perebutan jawatan ada pula kawan2 yang merajuk kerana gagal dalam usaha nya.
Izinkan.
KUALA LUMPUR: Datuk Shahrir Samad menegaskan beliau akan melepaskan jawatan menteri selepas tewas pemilihan ahli Majis Tertinggi (MT) Umno semalam. [+] 12:25 PM
Alahai Pak Shahrir, kenapa pulak merajuk. Kalau ia pun biarlah Tok Ajib buat rombakan kabinet dulu. Tak payahlah mneyatakan secara terbuka.
Ini kah gaya seorang tokoh pejuang UMNO. Terlalu lemah bila tewas.
Semasa menang dulu senyum mulut sampai kehujung telinga. Terima lah hakikat nya kali ini.
Azalina tak nak letak jawatan ke? MB9 tak kan nak letak jawatan juga. MB Pahang, MB Johor. Habis semua yang kalah nak ugut letak jawatan apa hal.
YB2 semua tidak buat salah apa2, kenapa nak merajuk dan letak jawatan dalam masa ini juga. Ada kawan kita tu tak pulak nak letak jawatan walaupun kantoi.
Mesti lah ada sifat juang yang tinggi sebagai ahli parti UMNO walaupun kalah kali ini.
Pada MT yang tak dapat mengekalkan jawatan pada kali ini, cubalah imbau semula dan muhasabah diri kenapa kalah dan dimana silap nya maka perwakilan tidak lagi memberi keperjayaan pada kita.
Saya ada beberapa sebab.
Ist.Calun2 ini sudah tak relevan lagi sebagai ahli MT kerana kurang efisen. Hanya jadi 'YES' man sahaja.
2.Kemungkinan tidak popular di kalangan perwakilan kerana SK atau kurang biding nya.
3.Atau pun perwakilan tolak kerana SI. Perwakilan dah tak mahu lagi bersubahat dengan orang2 ini.
Jadi mana yang tewas tu buat lah check list atau brain storming kenapa kalah tentu akan dapat jawapan nya.
4.Faktor lain ada juga memberi gambaran kerana 'orang2 Pak lah'.
Ada Orang2 ini masuk ikut tingkap belakang(pinjam kata2 YB MB Perak} atau pun pembodek yang melampau.
Maka renung2kan lah yang mana satu penyebab nya maka tidak dipilih semula atau pun kalah pada percubaan pertama kali nya.
Calun2 NP. No komen. Ada antara nya yang tewas itu pun calun2 hebat. Hanya nasib kurang menyebelahi mereka yang tewas.
TP memang dijangkakan dan memang pilihan yang tepat.
Barisan saf hadapan nampak mantap kali ini tapi dicacatkan oleh barisan Pemuda. Sedikt tercalar harapan ahli2 akar umbi dan rakyat.


Dear Tun Mahathir and fellow netizens,

I am sad at the turn of events that have unfolded during the UMNO general assembly. A higly unpopular dude was voted to head UMNO Youth. What is to become of UMNO and the Malays?

Even though I'm a Singaporean Malay, i love UMNO. And I believe the (highly probable) loss of UMNO in PRU13 will, to a certain degree, affect the lives of the Singapore Malays.

They say "big boys don't cry"....but tears fill my eyes as i write this...i am heartbroken, knowing that this is the end of UMNO.

...or is it???


JoeBOP
www.joebop.com

Assalamualaikum!

Walaupun ini merupakan kali ketiga saya melayari blog Tun, ini adalah merupakan pertama kali saya membuat komen diruangan ini. Untuk makluman Tun, saya dibesarkan (semenjak darjah enam)di bawah era pemerintahan Tun sebagai PM. Saya amat bersyukur kehadrat Allah swt kerana mengurniakan negara Malaysia dengan seorang pemimpin seperti Tun. Alhamdulillah dan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada Tun dan isteri, ikhlas dari saya sekeluarga.

Kenikmatan yang saya kecapi bersama jutaan rakyat Malaysia walaubagaimanapun hanya tinggal kenangan sekarang ini. Saya mula merasa kehilangan sejak Tun mengumumkan persaraan dari parti dan kerajaan. Walau timbul berbagai persoalan dalam hati kecil ini, saya mendoakan yang terbaik buat Tun sekeluarga dan untuk rakyat dan negara yang tercinta ini.

Terus terang saya katakan di sini, saya mulai bimbang terhadap masa depan anak-anak saya dan generasi Melayu akan datang. Dulu saya berfikir perkara ini mustahil akan berlaku. Tetapi sekarang, perasaan bimbang sentiasa menghantui saya.Ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja.Kenikmatan kehidupan yang saya pernah kecapi suatu masa dulu sebagai seorang Melayu & Islam, mungkin tidak akan dapat dikecapi lagi oleh anak-anak saya & generasi seterusnya.

Apabila pagar yang dibina sudah mulai goyang dan menanti saat untuk tumbang, janganlah disalahkan kayu yang mulai reput kerana hujan dan panas mentari. Jangan disalahkan lembu atau kambing yang melanggarnya. Jangan di salahkan anai-anai yang memakan kayunya.

UMNO ibarat pagar yang melindungi orang Melayu.Jika kita perlu menebang 100 pokok untuk mengganti kayu-kayu yang usang bagi memperkukuhkan pagar ini, kita MESTI lakukannya sebelum ia rebah ke bumi.

Setelah pagar ini kukuh, barulah kita semburkan ubat agar anai-anai tidak dapat meratah kayu-kayu itu lagi, barulah kita sapukan cat agar ia dapat bertahan dari air hujan dan bahang mentari. Barulah kita letak kawat berduri agar tidak di langgar oleh binatang-binatang lain.

Tun, kita sudah nampak banyak kelemahan-kelemahan yang berlaku disekeliling kita. Kita terus berjuang dengan cara masing-masing agar kelemahan ini dapat diperbaikki. Bagi yang mempunyai "resources", perbaikkilah pagar Bangsa & Ugama ini dengan segera.

Untuk Datuk Mukhriz, tahniah kerana saudara telah berjaya bertapak di hati pejuang Melayu!


Regards and wassalam!

Tun,

Macamana KJ yang didapati bersalah tidak diambil tindakan ,kedua boleh bertanding dan akhir sekali boleh menang ..mungkin menang sebab rasuah kot.Apa nak jadi gan umno saya tertanya2 samaada perwakilan dapat rasuah nak sokong KJ. Bila rekod dah kotor boleh menang , apa yang rakyat nampak sekarang kebanyakan perwakilan pemuda kotor dan makan rasuah. Patutnya UMNO buka undi kepada semua ahli umno di malaysia...baru kita akan lihat siapa yang nak dipilih oleh ahli umno sebenarnya.Yang pasti pewakilan yang tak berapa banyak tu boleh dirasuah.

Rasuah akan mengadaikan bangsa akhir sekali merosakan masa depan anak cucu melayu kita. Tolak pemimpin rasuah.

message kepada semua orang melayu...

suruh anak kamu belajar kuat2..

melayu dah tak ada masa depan... tak kira mana pon parti yang anda sokong.. ini lah jawapan dia..

kepada bapa perosak wawasan melayu. kamu menhancorkan orang melayu dgn cukup baik sekali..

kepada anak yang ditangkap dan dilepaskan oleh lembaga disiplin... astaghfirullah!....

dan kepada ahli2 lembaga disiplin la konon... kamu bertanggungjawab atas segala2nya.. dosa ini kamu tanggung.. moga2 anak cucu kamu turut menderita..

aku pinta moga tuhan melaknati orang2 yg makan duit rasuah sampai ke anak cucu mereka.. dalam apa bentuk sengsara pon. balaslah tuhan ku...

ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!
ALLAHUAKBAR!

tidak hilang melayu didunia... TAPI EXTERMINATED!

Ybhg Tun,

Seketika ombak memukul pantai sudah pasti pasir akan berubah, tergantung kekuatan ombak yang memukul pantai, kalau benar-benar cukup kuat, tunggul kayu mati pun akan beralih dari permukaan pantai.

Pisau dan timun ditangan DS Najib, membuka lembaran baru yg lebih bermakna buat bangsa dan tanah air, ada pucuk rebung yg masih boleh dilentur tapi ada batang buluh tua yg harus dicantas.

Peluang keemasan ini tidak datang dengan begitu mudah, ianya datang buat kali kedua, pertama kalinya datang pada PRU11, pada tahun 2004,ternyata kepimimpinan ABDULLAH AHMAD BADAWI belum bersedia menerima TONGKAT WATAN, yang diserahkan oleh TUN MAHATHIR.

Ini peluang kali kedua buat UMNO untuk disempurnakan oleh DATO SERI NAJIB yang masih dilontarkan oleh rakyat mahupun parti, saya berharap benar peluang ini tidak disia-siakan, kehadapan jalannya penuh ranjau,

TONGKAT WATAN, RANJAU SEPANJANG JALAN sinonim dengan perjuangan bangsa yang memerlukan pengorbanan. DS NAJIB dan TS MUHYIDDIN perlu cukup berani, hanya dengan barisan yang mantap dan penuh jujur untuk perjuangan buat bangsa akan dapat mematahkan tulang belulang para petualang, mungkin kita lihat semua ini sebagai hanya perbuatan manusia, tapi jika kita kembali kepada fitrah alam, aturan Tuhan, DIA tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa melainkan mereka sendiri merubah keadaan mereka.

Ini ingatan kedua dan ini peluang kedua, "UMNO must be clean and must be seen to be clean", DS NAJIB harus membuat keputusan berat yang akan menyerlahkan kedudukan parti bukan untuk menghadapi penentangan penderhaka PAS di Bukit Gantang dan pemberontak HINDRAF di Bukit Selambau, tetapi memenangkan kembali maruah orang melayu yang sudah di jual oleh PAS dan juga PKR buat kemenangan di PRU13, ini bukan masalah memenangkan the small battle but the major war dalam PRU13, dimana UMNO sekali lagi akan menghadapi PAU yg mungkin melemahkan parti.

Pada saya, mereka yg mempunyai perjuangan berbentuk pribadi harus dibuang dari tubuh parti, tidak hairan, pada saya jika ada yg menulis skrip drama perjuangan merebut kuasa "AKU AKAN MENJADI PM TERMUDA" harus disingkirkan, sedangkan bukti cukup banyak dan kehadiran wajahnya saja menghalau golongan rakyat, yang bukan membenci UMNO tetapi membenci perangai dan ego yang ditonjolkan dihadapan rakyat, walaupun HISHAMMUDIN telah bersuara secara sukarela untuk membimbing PEMUDA, mengharungi perjuangan BANGSA.

DS NAJIB dan TS MUHYIDDIN harus berani membuat keputusan terbaik buat parti, "calling a spade a spade", kalau dahulu ISA SAMAD boleh gugur setelah mendapat undi terbanyak di peringakat pertandingan Naib Presiden, ini kan pula hanya untuk jawatan Ketua Pemuda.

Drama bersiri "AKU AKAN MENJADI PM TERMUDA" harus dihentikan tayangan kerana tidak memenuhi citarasa parti mau masyarakat yang lebih luas. Biar UMNO tidak membela satu lagi petualang yang menganti ANWAR IBRAHIM, politik yang diperjuangkan sudah jelas bukan untuk bangsa, agama dan tanah air, hanya politik kekuasaan pribadi.


Sekali lagi, pisau dan timun, di tangan DS Najib, "lets nip the problem at its bud", biarlah dia melayarkan perahu pribadinya didalam PKR.

UMNO seharusnya membuat keputusan, drama bersiri "AKU AKAN JADI PM TERMUDA" harus ditapis dan ditamatkan musim tayangannya. Kalau ada pun KP yang KERA SUMBANG, apakah itu tidak akan mencacatkan parti ?

Jangan nanti DS NAJIB disibukkan hanya untuk melayani kerenah dan membersihkan tahi yang bertompok-tompok yang ditinggalkannya yang menambah kemarahan rakyat.

OrangBaruLahir


Dear Akula Barua

First of all have some ethics when you sent your comments. Do not use race sentiments. I believe you are educated and please do not mention the race. Hope you got my point.

To our loving Tun , my sympathies to your son who lost. Its a clear cut that the out going has a deal with the incoming to make sure his people will be in UMNO strong position. God knows what other deals has been established.

This guy is higly corrupted as every one knows who he is. The sad thing is , there are people who voted him (even though he was found guilty of corrupt practices). I am very suprised how can NTR can accept him. His entry into the Youth Wing is the beggining of the fall of UMNO. Take my word, the result of next election will surely be due to him, if you got my drift.

I am suprised with so many learned people from UMNO , many has the weakness when the millions are flashed. I wnat ask them are they really practicing ISLAM the holy religion ? But when they rally , HIDUP ISLAM AKU ISLAM ( big hipocrates)

What really suprises me is that , during your tenure TUN , never heard of all this . You manage to stop one guy who went overseas to buy property with few hundred thousand dollars in hand and manage to go scot free. And this same guy is vying to be the deputy !!!!! OH MY GOD !!!imagine he becomes the PM , we go bankrupt for sure. And this guy has his own cronies to support him.

So TUN , please intervene in UMNO , talk to NTR and get the corrupted ones out ASAP or Malaysia goes down the drain after your 23 years of hardship.

I am a very patriotic person and I love Malaysia even though I am not a malay origin. I consider my self BUMI as within my family we already 5 generations now.

Salam Tun

apa salahnya khairy sehingga byk yg melabelnya perasuah? bermain politik wang?... saya tak faham, kalau betul la perasuah, dah tentu kena ban dr pertandingan merebut jawatan ketua pemuda..

saya baca gak aktiviti2 dia sepanjang kempen, sampai ke sabah sarawak.. perwakilan lain? ... harapkan pengalaman dan pengaruh orang terdekat sahaja...

biarla dia buktikan kemampuan beliau.. walaupun kemenangannya diragui disebabkan faktor umur yg terlalu muda memenangi ketua pemuda berbanding pencabarnya, tapi tu bukan satu kesalahan..

kalau x puas hati, buat je laporan kat SPRM kalau ada bukti kukuh..

aku bukan penyokong khairy, tapi aku x sanggup nak tgok bumiputera ni berpecah belah lagi.. Tun minta pendapat tentang isu ni..

terima kasih

:)

YB Datuk Mukhriz, you don't need any kind of endorsement from anyone -especially from questionable corners- to state that you are the real winner. In our book, you won. We won. And we don't need anyone to tell us any of that. The real winner is you Datuk Mukhriz. Let that be on record here.

Wassalam.

Assalamualaikum Tun dan semua pemimpin dan penyokong BN,

Tidak ada yang amat istimewa nak dikatakan. Tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin kerana berjaya dalam cabaran yang terhebat tahun ini. Harap beliau dapat menjalankan tanggungjawapnya dengan sebaik semporna. Beliu sahajalah harapan saya untuk membina semula pelan pembangunan wilayah selatan (Danga bay) yang ditenggelamkan olih si anak Badawi. Harap ada perancangan semula untuk tenggelamkan Tambak Johor. Binalah yang baru seperti dirancang olih Tun.

Kepada KJ tu, kalau tak matang juga... akan tumbang juga satu masa nanti yang lebih teruk dari pak mertuanya.

Kepada pemimpin-pemimpin yang lain, jangan lupa sejarah lalu, kalau bermasalah... jadikanlah alQoran sebagai panduan.

Terima kasih.
I MISS U TUN.

apa la korang ni ..dah tau kapal nak karam ( tak boleh di tampung..di tampal..di selamatkan lagi ) ..terjun la keluar dari kapal tu ..dah tau benda tu tak elok..busuk..cari la benda yg elok...adehh..x paham...yang nak pertahankan benda tak elok lagi tu buat apa?..Ooo ada kepentingan ek masing2..opss... :)

hi tun,syabas kepada semua pemenang dalam pilihan umno, sekarang kita semua berharap pm bahru akan memilik suatu kabinet yang bersih cerkap dan amanah. pemenang adalah untuk parti umno tetapi ahli kabinet adalah untuk negara malaysia, jangan lah nanti ahli kabinet yang buat semua rakyat bukan ahli umno berasa bukan bukan. jadi pak najib fikir lah betul betul dan jangan tuduk kepada sebarang tekanan dari sesiapa pun.semua rakyat betul betul tunggu kepada pak najib to do a good job. saya masih akan pilih bn sebagai kerajaan tetapi mesti menujuk kepada kami ini adalah kerajaan di mana rakyat yang berharap.pm boleh juga had kepada 2 penggal ( 10 tahun ) selepas itu ia akan dilantik menjadi senior menteri jikalau pm bahru ingat ia nya sesuai, what you think tun ? harap tun sampaikan lah message ini kepada pak najib.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Saya amat kecewa dan sedih dengan keputusan pemilihan ketua pemuda UMNO baru-baru ini. Keputusan tersebut memang amat sukar diterima oleh saya, bagaimana seorang perasuah yang telah dijatuhkan hukuman boleh di pilih menjadi Ketua Pumuda Umno???

Jangkaan awal saya para perwakilan akan membuat keputusan yang bijak dan matang, namun perkara sebaliknya yang berlaku.

Ya Allah, Semoga Kau Bukakan Pintu Hati Mereka & Sinari Hati Mereka Dengan Cahaya Hidayah-Mu Agar Mereka Akan Memimpin Kami Dengan Mengikut Lunas-Lunas Islam Sebenar. Amin...

Selangor Appoint Prominent Taiwan Prof As Science Park 11 Adviser


Dear Tun,

SHAH ALAM, March 26 (Bernama) -- Selangor has appointed a prominent professor from Taiwan and a pioneer in the Central Taiwan Science Park, Prof Chen Ming Der, as the adviser to the Sepang Science Park 11.

Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said the appointment was based on the expertise and credentials of Chen who had developed an industrial park (Tai Chung Science Park, Taiwan), that has attracted huge investments.

comment:

This "textbook" Menteri Besar Selangor wants to develop Sepang Science Park 11 and Chief Minister Penang wants to develop a Tiger Park.

Macam-macam idea depa nak bikin.Kita lihat sampai mana kebolehan mereka merealisasikan idea-idea mereka atau cuma jadi Menteri Pak Pandir je!!!



Selamat Petang TUN,

Setelah berbulan-bulan kita menuggu,akhirnya keputusan Pemilihan UMNO telah diketahui.Memang apa yang diluahkan oleh TUN memang betul.Parti UMNO telah menjadi parti paling banyak mengamalkan amalan rasuah and sebuah parti yang tidak beretika.
Kemenangan manusia tak guna ini(KJ) menyakitkan hati ramai rakyat jelata seluruh negara.Apa yang disakasikan oleh kita di kaca mata sendiri adalah bagaimana biadap ini(KJ) in telah membeli majoriti ahli-ahli UMNO untuk mengundi beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO.Memang orang Melayu kita ini dah terlalu banyak makan belacan banyak sangat hinggakan terlalu bodoh untuk menilai yang baik dan yang mana buruk.Memang sudah menjadi suratan takdir yang UMNO akan berkubur pada Pilihanraya ke-13 nanti.
Nasib baik Muhammad Taib tak menang jawatan Timbalan Presiden semalam.Kalau itupun dia menang,maknaya pemikiran orang Melayu kita ini dah sampai ke tahap manusia yang hidup dengan dinasour yang hidup pada zaman purba dulu.Saya harap pilihanraya kecil yang akan berlansung pada 3 negeri pada 7 April nanti akan menjadi pentas untuk UMNO melihat sendiri keputusan rakyat terhadap pemerintahan mereka.Saya menjangkakan BN akan kalah teruk lagi dalam 3 pilihanraya kecil ini.

Saya berharap Najib akan menolak budak hingusan ini(KJ) setelah Pak Lah resign dari PM nanti.Dia merupakan duri dalam daging dalam UMNO sekarang ini.

Kadang-kadang TUN,saya rasa macam hidup dalam dunia yang tidak adil.Yang kaya makin kaya,...dan yang miskin makin miskin.Yang baik ditolak dan yang jahat diterima.There is no GOD in this world.

Now Playing : Marilyn Manson - Get Your GUN

Now Playing :

Salam Tun,

Komen Tun mmg mendahului masa.Perasuah diberi amaran akhirnya menang Ketua Pemuda Umno. Sudah terang lagi bersuluh transformasi UMNO hanya omongan kosong,tapi betul kata Tun (no.11) ada satu lagi peluang kalau tidak mmg pengundi terutamanya pengundi baru mmg "hi hi bye bye" kpd UMNO. Bukan dengki sebahagian Melayu kaya kerana politik tapi tamaknya sampai memakan bangsa sendiri. Ucapan Pak Lah masa persidangan kata parti penuh dengan mereka yang tamak tapi kenapa Pak Lah tidak nampak menantu sendiri jadi hantu?..itulah Pak Lah suka sangat tidur di siang hari...Jelik bila lihat ucapan Khairi penuh dengan bongkak masa lepas pemilihan hari tu. Kenapa ye undi perlu kira semula?macam sama pula dengan cerita di Rembau.

Tun, kami tidak perlukan mereka yang pandai berhujah beriya-iya tapi kosong, biarla ucapan yang pemimpin berikan punyai hikmah..ada roh dalam ucapannya.Tidak perlu menjerit-jerit kononnya memperjuangkan Melayu tapi yang kenyang perut depa jugak.
*suka Mukhriz bila berucap..slow and steady.

KAMI BERANI BERUBAH!! lihatlah PRU13 nanti.

Salam Tun,

Saya sangat berdukacita atas kemenangan KJ sebagai ketua pemuda, memang telah terbuktilah secara terang-terangan bahawa UMNO ni majoritinya terlibat dengan rasuah, dan penyokong/pengundi peewakilan pemuda ni juga sangat suka menerima dan mengamalkan rasuah yang hukumnya HARAMMMM dalam Islam.

Telah terlalu banyak teguran yang dibuat oleh rakyat kebanyakan, tapi mereka ni masih tak peduli juga, saya memang betul-betul tak faham kenapa pemuda UMNO ni tak boleh menerima hakikat sebenar bahawa rakyat kebanyakan sangat dahagakan pemimpin yang bijak, bersih, berani dan berjiwa membela rakyat untuk membangunkan Malaysia yang telah termundur ke belakang pembanguanannya selama 5 tahun. Saya betul-betul sangat marah dengan makhluk perasuah yang telah terbukti didapati bersalah ni. Saya pun snagat marah dengan pengundi-pengundinya sekali.

Semuga Tun dan sentiasa sihat walafiat dan dipanjangkan usia.
Salam dari Wellington.

Dearest Tun ..assalamualaikum

ADUHAI PEMUDA... ADUHAI PERWAKILAN PEMUDA...


Saya bukan penyokong PAS, PKR mahupun UMNO atau mana-mana parti politik di Malaysia. Saya sekadar seorang yang beragama Islam, berbangsa Melayu, berkerakyatan Malaysia berumur sekitar 40 tahun yang cintakan negaranya. Saya tidak kaya, tidak juga miskin. In short, I am the typical average Malay Malaysian on the street. Tiba waktu pilihanraya, saya akan memilih siapa yang saya fikir baik untuk mentadbir negara tercinta.


Sewaktu Tun menjadi Perdana Menteri, saya akui akan sikap sambil lewa saya yang tidak mengambil berat langsung tentang perkembangan politik negara. The main reason being I felt that the country was safe in your hands. Namun sejak Tun meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri, segalanya berubah.


Pada pilihanraya umum yang lepas, ramai pengundi melayu telah 'meninggalkan' UMNO. Langkah meletak Pak Lah sebagai pengganti pada awalnya merupakan langkah yang bijak kerana ianya telah menyatukan pengundi Melayu yang ketika itu berpecah. It was at that time that your popularity was probably at its lowest with the malays divided and you did the MOST HONORABLE AND UNSELFISH thing of stepping down and let a "Mr Popular" takes over to unite the malays. It worked, for a while that is. You could have easily installed your 'preferred candidate' but unity in UMNO and Malay in general is more important. That is why I have a lot of respect for you.


Sekarang ni rata-rata kita dengar orang melayu tidak berpuas hati dengan UMNO dan kebanyakannya berpunca bukan sekadar daripada "Mr Popular" himself tapi daripada menantunya. And now he is Ketua Pemuda and that is sad. To me, when a leader thinks of himself first then he is not a true leader. Same applies to DSAI. Hadap sangat nak jadi PM. Same je la. Tak kira la kalau orang Melayu berpecah. Tak kira la kalau UMNO and BN risk the possibility of losing the next general election atau negara tergadai asalkan cita-cita tercapai.


Being the average Malay Malaysian, I doubt that i will fully support UMNO anymore and unfortunately for UMNO and Barisan for that matter, they stand to lose a few more votes as family members and close friends around me have the same general feeling about the UMNO General Election outcome. There were some good results that we were hoping for but for the bad ones, they are really bad and damaging in the eyes of the common people.


To Dato Mukhriz if you are reading - don't be too broken hearted for the loss. Who knows, maybe it is a blessing in disguise. Looking at things, you will never know how things going to turn out for UMNO. Should the worst happen and people no longer support UMNO and BN, good and honest leaders like yourself are needed in the future to bring it up from the dead.

May Allah bless your whole family Tun.


TUN,KALAU SAYA ADA KUASA MEMUTAR KEMBALI WAKTU, SAYA AKAN PUTARKAN. 'BACK TO THE FUTURE! KEMBALI KEZAMAN TUN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA.MALAYSIA TELAH ROSAK! MALAYSIA SUDAH HILANG TARING!MALAYSIA IBARAT HARIMAU KERTAS! PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI....RUPA2NYA PERIBAHASA INI KARUT.KEHILANGAN MU TIADA PENGGANTI.
DULU SAYA WARGA BERSEMANGAT, ADA VISI, INOVATIF DAN KREATIF. TAPI KINI SAYA CEMAS. HANYA MENUNGGU LEMAS.

Salam Tun,

Saya amat dukacita dengan keputusan Pemuda UMNO.

Ahli-ahli sanggup menggadai nasib negara kita kerana menerima sogokan daripada budak tingkat 4.

Saya harap UMNO akan kalah dalam kesemua pilihan raya kecil yang akan datang.

DS Najib, nak test water tu hantarlah Pemuda UMNO ke pilihan raya kecil.

Kj,
Kau tersenyum hari ini,
kerana kemenanganmu,
walaupun di hati kau tahu,
keliling sedang meludah ke muka mu,
kau senyum hari ini ,
kerana berhasilnya usaha kotormu,
walaupun di hati kau tahu,
penyokongmu hanya mengejar harta mu,
kau tersenyum hari ini,
dan kau turut kan nafsu mu,
walaupun di hati mu kerisauan ber talu,
kerana ku tahu dan engkau pun tahu,
ketahanan mu hanya akan hilang dalam sekelip waktu,
dan kau masih tersenyum,
senyum yang dibaluti rasa angkuh,
walau di hati kau sedang mengaduh,
KJ,
kau juara hanya di hati mu,
kau juara buat mereka yang hidupnya bangga bersekutu,
kau juara buat mereka yang diam membatu,
diam tatkala kau menyebarkan racun - racunmu,
Kj
nasihat ku, simpan senyum mu,
kerana kau belum tahu rasanya terjatuh,
kerana kau belum tahu peritnya bila keliling menjauh,
kau belum bersedia saat kesenangan mu di rentap,
saat itu baru kau fikir untuk meratap,
baru kau tahu ertinya azab,
baru kau akur kekuatan yang Esa,
saat hidupmu mula binasa,
saat kau kehilangan kata - kata,
saat hilangnya semua pemuja.
akan kau akui nanti bahawa langit itu tinggi,
dan sesungguhnya tidak layak untuk kau daki..

cik yat. 14.26pm . 27 March 09

MENANG SORAK MARUAH TERGADAI

Ayahanda Tun serta rakan-rakan chedet.cc sekalian. Semoga semuanya sihat walafiat dan dilindungi Allah oleh Rahmatnya.

Keputusan yang mendukacitakan.

1. Keputusan pemilihan Ketua Pemuda sudah berlalu. Berketepatan dengan ramalan tepat Ayahanda Tun. Ianya memang menjadi. Walaupun KJ menang, tetapi dia menang sorak hanya di PWTC sahaja. Kemenangan beliau hanya akan menyebabkan ramai maruah Melayu tergadai. Akan menyebabkan lebih ramai golongan pemuda dan pemudi MENIDAKKAN parti UMNO dan BN. Maruah UMNO akan terjual dek perangai bangsa Melayu itu sendiri. Anakanda begitu sedih dengan situasi begini.

2. Anakanda berpendapat, ramai di kalangan pewakilan tidak berani berubah fikiran demi menjaga semangat setiakawan. Senario ini bakal menyaksikan kedukacitaan BN di dalam keputusan pilihanraya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang nanti. Dari komen yang di baca di atas, merekodkan sebilangan besar golongan muda dan penyokong UMNO itu sendiri tidak percaya kepada pemilihan Ketua Pemuda pada kali ini. Kita saksikan di bulan April nanti. Virus ini juga akan merebak di mana-mana kawasan pilihanraya tanahair kelak.

3. Takziah buat Datuk Mukhriz. Walaupun mengalami kekalahan, ianya merupakan kemenangan besar bagi DATUK MUKHRIZ kerana berjaya membawa wadah berslogankan BERANI BERUBAH demi parti UMNO. Beliau dikagumi kerana berani untuk membawa perubahan di dalam parti , kepada parti yang berertika, beramanah, dinamik dan berwawasan serta boleh membawa ke mercu gagah. Teruskan usaha Datuk Mukhriz. Anakanda tetap menyokong dasar-dasar dan prinsip berani berubah beliau. TERUSKAN USAHA BERANI BERUBAH DEMI MAJUKAN MELAYU UNTUK MELAYU.

4. Krisis Ayahanda Tun dan AAB telah berlalu dengan pengunduran Ayahanda Tun di dalam UMNO itu sendiri. Rakyat semakin gusar dan gelisah dengan karenah UMNO semasa dipimpin oleh AAB. Kelemahan utama AAB hanya disebabkan oleh kelemahan beliau sendiri, iaitu kerana gagal melantik hulu-balang dan pahlawan yang gagah perkasa, berertika serta bijaksana. Hulubalang dan pahlawan ini ada VIRUS. Ini menyebabkab era empayar AAB berakhir setakat ini. Kini pula, percaturan UMNO (“setia kat wang”) bakal menyaksikan drama bersiri UMNO di dalam genggaman KJ dan konco-konconya di arena politik Negara selepas pemilihan pucuk pimpinan UMNO hari ini.

5. Kita harus ingat bahawa golongan muda ini ingin melihat perubahan berani dan drastik. Kita mesti berubah. Kita perlu berhijrah. Tetapi, bagaimana?? Jangan kita lupa dan alpa, sebab mereka ini sukakan UMNO dan tetap menyokong UMNO tetapi bukan pengundi UMNO/BN. Siapa yang rugi?? Faktor kekalahan BN di dalam PRU13 bakal muncul kelak. Senario keruntuhan UMNO/BN inilah yang paling kita geruni.

6. Fenomena UMNO (“setia ka twang”) ini akan merosakkan "dreamteam" DSN dan penyokongnya. Apakah strategi DSN?? Di sini, DSN perlukan pahlawan dan hulubalang yang benar sejati, mempunyai jatidiri dan berwawasan. DSN perlu kenal siapa dia “pengkhianat bangsa” sebenarnya dan musuhnya yang bersifat seperti “gunting di dalam lipatan”. Virus dalam UMNO. DSN perlukan anti-virus kiler yang hebat. Persoalannya!!!Apakah wajar DSN layak menjadi pemimpin UMNO dan Perdana Menteri Malaysia seterusnya??? Jawapannya adalah di tangan rakyat Malaysia. Kita saksikanlah nanti.

Ikhlas.
Panglima Berangkai
p/s BERANI BERUBAH DEMI MAJUKAN BANGSAKU, TANAHAIRKU DAN AGAMAKU!

salam hormat buat tun dan para pembaca
saya bukan lah saorang penyokong bn,pkr mahu pun tun sendiri.menyokong mana mana pihak yang saya sebut sebenarnya tidaklah memberi apa apa keuntungan bagi diri saya kerana walaupun saya ini saorang berbangsa melayu saya bukan lah rakyat malaysia tapi singapura.namun begitu sabagai orang melayu saya tak dapat melarikan diri saya dari naluri menyokong tun.sokongan saya bukanlah buta buta juga bukan di beli tun kerna tun pun tak tau yang saya ini wujud.tapi sokongan saya pada tun adalah atas dasar perjuangan dan pengorbanan tun selsma ini pada negara dan juga bangsa saya ia itu bangsa melayu.bagi saya tun bukan saja saorang pemimpin yang berwibawa tapi seperti saorang pemain catur yang bijak dan berpandangan jauh.seperti saorang grandmaster.
singapura adalah sabuah negara yang maju dengan begitu pesat dan bercita cita tinggi menempatkan sebaris dengan negara negara maju yang lain.sabuah negara yang menginginkan segalanya baru dan canggih sahingga kan sekolah yang di kira baru dan bagus di negara lain di roboh dan di bangunkan yang baru dan canggih.
akan tapi kenapa jembatan koswe yani di kira zaman batu mahu dikekal dan di pertahankan mati matian dari usulan tun membina yang baru?cuma tun dan menteri menteri tertentu kedua buah negara saja yang tahu apa yang tersirat.tapi saya yakin ini ada kaitan dengan jaluan prkapalan dan seterus nya mengembangkan ekonomi negara malaysia.tapi sayang sekali di dalam umno sendiri ada petualang yang mengaku pejuang bangsa.
sebagai manusia biasa tun ada kesilapan juga.dan kesilapan besar tun ialah memilih pak lah yang bukan saja lemau dan lemah tapi berpaling tadah dengan apa yang dah di persetujui dulu.siapa juga akan melenting jika berada di tempat tun selain petualang yang cuma mementingkan diri sendiri.
tapi saya yakin tun akan terus berjuang untuk negara dan juga bangsa saya.ia itu bangsa melayu....
HIDUP TUN MAHATHIR MOHAMMED.....HIDUP TUN....

SALAM TUN......SEDIHNYA SAYA TUN.....SEDIHHHHHHHHHH MACAM MANA SI KJ MENANTU PAKLAH TU BOLEH MENANG....SAYA RASA MCM NAK ISHTIHARKAN DIRI SAYA BUKAN AHLI UMNO LAGI....SAYA DAH BUAT KAJIAN KECIL-KECILAN...10 ORG.YG SAYA TANYA...9 ORG.MENYAMPAH GILA KAT SI KJ...SEORG.LA YG SOKONG DIA..TU PUN ANAK DARA YG.TERINGIN NAK BUAT KJ JADI LAKI SEBAB DEPA KATA SI KJ KAYA...BANYAK BENDA HITAM YG KJ BUAT...MANA BOLEH TUTUP...SEMUA ORG.TAHU...TAPI WHY?PERWAKILAN PILIH DIA...PERWAKILAN YG.UNDI KJ.ADALAH PUNCA UMNO REBAH MENYEMBAH PEMBANGKANG LEPAS NI....DAH LAMA SAYA TAK TENGOK BERITA...LEPAS KJ MENANG...LEPAS NI BUKAN PEMUDA UMNO YG.CELAKA TETAPI KJ YG.CELAKA...TUN PERASAN TAK...KJ NI ADA STYLE MCM DSAI...JOMLA TUN...TUBUH PARTI BARU...TENSIONLA TENGOK UMNO SEKARANG...

Salam sayang Tun,

Kami amat menanti comment Tun mengenai pemilihan UMNO yang baru ini.

Saya rasa hampa atas keputusanan percalonan Pemuda.Perasuah yang terbukti merasuah telah memenangi KP dengan majoriti yang amat kecil peratusan nya.
Pencalonan ini telah memberi gambaran yang menjijikkan.
Hanya 1/3 dari perwakilan yang benar benar beretika dan tulus dalam perjuangan sebenar agama dan bangsa.

Negara Malaysia yang berdaulat telah dibinasakan oleh 500 lebih perwakilan yang mementingkan habuan yang sedikit.Mereka telah mengadaikan maruah ugama,bangsa dan negara yang mengharamkan rasuah.Inilah "Melayu". me - layu Pokok yang melayu, Bunga yang melayu, Bangsa yang akan melayu, negara yang akan melayu (sedih dan pahit hendak di terima kerana saya anak MALAYA).

DAtk Seri Najib mengatakan yang perubahan akan berlaku.Saya tak nampak perubahan yang akan dilakukan akan memenangi hati rakyat yang akan dilihat di 3 pengundian akan datang dan PRU akan datang melainkan beliau memulakan dengan mengambil tindakan undang undang yang adil ke atas 3 orang yang terbukti merasuah dan menarik balik apa apa jawatan yang mereka pegang.Masih belum terlambat walaupun tak mudah.(first impression last).

KAlau beliau tindak mengambil pendekatan ini maka akan terkuburlah UMNO,Bariasan dan kaum Melayu yang bersih yang akan merperjuangkan hak Melayu yang termaktub dalam Perlambagaan kerana penyokong UMNO tidak akan keluar mengundi kerana bosan dengan kredibiliti UMNO. Ini akan memberi kemenangan kepada pembangkang yang akan menggubal hak hak Melayu yang ada. Mereka akan merombak.Masyarakat Melayu yang sekarang ini masih tertinggal akan jauh tertinggal dan hilang banyak hak akan mula memberontak tapi sudah terlambat.(saya harap ia tak akn terjadi ya Allah).
Saya hanya boleh berdoa supaya negara kita tidak menjadi negara jiran yang terbukti banyak mengamalkan korupsi dan menjadikan rakyatnya miskin hingga menjadi pendatang haram walaupun negaranya kaya dengan pelbagai anugerah Allah.

May Allah bless Malaysia

Salam

Assalamualaikum Tun, serta pengunjung sekelian,

Hakikatnya, Khairy Jamaludin sudah menang. Bagaimana beliau menang itu semua belakang kira. Yang penting, jelas sekali orang-orang UMNO yang mengundi beliau terlalu takut untuk berubah. Mereka ini amat sayangkan politik wang, tanpa politik wang mereka tidak boleh hidup. Dimanakah logiknya jika seseorang yang terbukti salah laku rasuah masih diterima?

Rakyat sedang memerhati tingkahlaku UMNO. Walaupun pilihanraya akan datang nampak masih jauh, tentunya DS Najib bakal menjadi kambing hitam kelak, sepertimana Pak Lah menuduh Tun sebagai punca kekalahan PRU12.

Saya merasakan, seolah-olah tiada lagi jalan lain untuk menyedarkan UMNO selain melihat UMNO kalah teruk. Orang-orang UMNO seperti hilang punca, yang mereka nampak hanyalah kepentingan diri sendiri. Otak mereka ini agaknya terlalu lembab untuk sedar betapa rakyat bakal menghukum mereka jika memilih perasuah sebagai pemimpin.

Bila UMNO sendiri sudah menunjukkan mereka takut untuk berubah, parti lain pula hanya tersenyum menunggu masa. Adakah UMNO sekarang sudah mati?



TUN.
Khari dan para penyokong die hard nya boleh lah berkata apa juga.
KJ boleh lah meterjemahkan pelbagai ayat untuk menojolkan kepimpinan nya.
Dan kemungkinan penyokong2 calun2 Khir dan Mukriz boleh menerima nya kerana bersifat setiakawan dan cinta pada perjuangan parti itu yang diutamakan.
Tapi yang menjadi tanya tanya penerimaan rakyat umum yang
duduk atas pagar dan sentiasa memerhatikan segala perkembangan.
Apakah mereka senang di pujuk atau dipengaruhi supaya dapat menerima perubahan dan peralihan ini.
Masalah yang akan timbul bila mereka melihat kembali akan detik2
dan rentetan perjalanan kemenangan KJ yang dipertikaikan.
Walaupun KJ berupaya menutup kesilapan nya apakah boleh dia menutup bangkai yang melekat dibadan nya. Kepercayaan rakyat tentu sukar di pengaruhi apalagi jika pehak lawan akan memomokan dan menimbulkan semula isu ini.
Pasti UMNO sekali lagi akan melalui jalan sukar dan beliku. Pada awal nya UMNO dilhat berpeluang untuk menyelesaikan banyak masaalah dalaman parti dan persepsi rakyat terhadap UMNO kini sekali lagi terpaksa menyediakan perisai dan kereta kebal untuk menangkis asakan dan peperangan dakyah pemangkang.
TUN,
Penolakan rakyat pada UMNO antara issu nya adalah penolakan kepimpinan Pak lah. KJ juga dikaitkan dan diheret bersama terlibat dalam kemelut ini.
Luka itu maseh terguris dihati rakyat. Apakah mereka bergitu senang untuk memaafkan nya.Itu lah ranjau yang perlu UMNO atasi.
Kehadiran KJ dalam Saf hadapan Najib tentu tidak dapat menenangkan
perasaan marah rakyat pada UMNO.
Najib mesti bijak menangi isu ini jika ingin mendapat sokongan rakyat.
Najib mesti bersedia mengawal pergerakan KJ agar tidak melangkau jauh mengulangi kesilapan.
Najib juga mesti tidak meletakkan KJ sebagai ikon dalam Saf hadapan nya.Ini amat bahaya dalam waktu terdekat, boleh menjejaskan segala agenda dan perancangan untuk memutihkan UMNO.
KJ mesti tidak terlalu gopoh dan khairah menonjolkan diri untuk menunjuk2 kepimpinan, visi dan idealisma nya.
Buat lah kerja secara senyap2 dulu. Usah terlalu banyak bercakap.
Perbaiki masalah dalaman parti dulu. Perkukuhkan ahli parti dulu. Membanyakan program untuk menjayakan misi parti sebelum cuba nak tunjuk hero pada pehak lawan supaya tidak menimbulkan lebih konflik.
Ujian pertama kepimpinan UMNO yang baru ini ialah pada by election di P059 bukit gantang.
Jika rakyat dan pengundi dikawasan itu maseh menolak UMNO, itu satu pertanda yang buruk buat umno.
Namun UMNO mesti terus Moving forward dan focus,bekerja lebih keras membuktikan janji nya untuk melaksanakan agenda BERUBAH nya sehingga dapat menyakinkan rakyat UMNO benar2 telah berubah.
Jika pemimpin maseh bercakap berdegar2 tapi tidak buat kerja dan tak dapat menunjukan hasil nya, UMNO akan terus lemah kerana tidak akan dapat sokongan majority rakyat. Dan dah pasti akan rebah.
UMNO mesti juga berusaha keras untuk menambah jumlah ahli2 nya dalam masa mengerakan agenda2 nya yang lain. Mesti pantas membuat program untuk menarik minat angota masyarakat yang maseh belum berparti untuk menyertai UMNO. Permudahkan cara permohonan dengan mengunakan E Borang(ON LINE) dalam masa 3 tahun ini sebelum PRU13.
UMNO mesti berusaha untuk mencari seberapa banyak ahli untuk kejayaan dalam pilihanraya.
Jangan biarkan pemikiran masyarakat terus didakyah oleh pehak lawan.
Dan jangan biarkan pehak lawan mendahulu UMNO dalam apa juga program mendekati rakyat.
TUN.Bila nak komen tentang barisan baru UMNO ini. Dan bila nak istiharkan kemasukan semula dalam UMNO. Tun, dah janji nak masuk semula. Jangan hampakan harapan rakyat untuk melihat semula TUN sebagai ahli UMNO.



salam TUN, Mukhriz kalah gentleman, skrg dia belajar sesuatu, tak la nampak senang sgt dia naik dlm UMNO. nanti dia akan naik juga berkat usaha gigih beliau. yg saya marah ni si mamat cyborg_j dan si keling ravi yg tun pi siarkan tu buat apa. depa ni dah label yahudi malaysia. sikeling tu pulah ingat malaysia ni macam filem tamil beliau. jadi tak usah lah siarkan, buat semak blog TUN saja.tq

Dear emgbrl,

Tun Dr.M is the greatest PM that Malaysia has ever had. You can bitch about all these made up stories that you read online from 3rd party blogs/oppositions/losers who couldn't rise up to the occasion/crazy people like Raja Petra all you want. But unless you can provide facts for your accusations, instead of pointing left and right to he said she said, I suggest that you pipe down your arrogant mouth and shut the hell up.

You people are all the same. You read a post from a blog online of a made up story that has not even the slightest inkling of truth and you spread it like wild fire to your common 'bloggies' and write sh*t comments at chedet.cc that have nothing to do with the title posted.

The fact is, take a good look around, everyone adores Dr.M. Everyone from my parents generation to even my generation knows the sacrifices that he has made to create our great nation. Do you know of the personal contributions that Dr.M has given to Palestine? Do you know that he 'pushed' YB Mukhriz to go to Japan to study for his undergraduate because he had just created the "look East" policy? Have you read his letters to the leaders of the world? Do you know how he fought tirelessly to fix the economy during the late 1990s? Need I mention KLCC, Putrajaya, KLIA etc?

People like you have only hate inside. You don't investigate. You don't seek out reason.

I will not let arrogant dicks like you down talk a great leader like Dr.M. And unlike you, I dare to mention my real name instead of your stupid emgbrl pseudonym that makes no sense what so ever to the public.

Truly,
Adam Johari
adamjohari@hotmail.com

Dear Tun,

Perhaps it is about time you rejoin UMNO and become their advisor. The masses want you to. You say you love UMNO and Malaysia so please reconsider the invitation.

a'kum Tun,
saya doakan Tun sihat.

Tun, saya hairan kenapa semua org marah sangat dgn KJ? sedangkan yang buat dia menang adalah perwakilan pemuda UMNO sendiri. jadi kalau dia kira pada undi KJ 304 undi, dato' Khir 254 Dato' Mukhriz 232. jadi sejumlah 790 perwakilan yg undinya di kira. berapa ramaikah diantara mereka ini yang amal politik wang? siapa yang bodoh ( mohon maaf TUN) jadi Tali barut yang sanggup gadaikan masa depan bangsa demi kepentingan peribadi?

Perwakilan ini yg di pilih oleh akar umbi. perwakilan yang di amanahkan membawa undi ahli2 UMNO yg lain untuk menentukan masa depan Agama dan bangsa.

Jadi kesimpulan nya, perwakilan lah harus dipersalahkan kerana di gula2kan oleh yg memberi rasuah( jika ianya benar2 wujud )

Bukankah penerima rasuah lebih hina dari pemberi rasuah? sebagai Penyokong UMNO, kita sepatutnya malu. kerana ini lah undi kita yg kita terjemahkan. ini lah pemimpin yg kita undi menjadi Pentadbir negara kita.Betapa teruknya daya pemikiran atau cara penyampaian maklumat kepada rakyat tentang seseorang pemimpin itu. sehinggakan mereka gagal membuat pilihan yang tepat.

Lebih memeritkan lg, golongan2 terpelajar yg dipilih menjadi perwakilan ini memilih kepentigan diri melebihi amanah Allah.

Pemimpin yng terbukti salah oleh lembaga disiplin pun boleh menang??
Jd dimana tahap pemikiran dan pelajaran perwakilan UMNO kali ni??
Adakah mereka lebih keliru atau terkeliru atau x faham. adakah mata pelajaran Agama mereka diajar dalam bahasa inggeris mcm sains dan matematik? atau mereka ini langsung tdak Faham bahasa Melayu???

lembaga disiplin sudah pun memberi isyarat yang jelas. demi menjaga hati Pak Lah, mereka relakan menantu bertanding. Tp apakah perwakilan gagal menerima mesej itu atau perwakilan sudah mabuk?? sudah termakan minum byk sangat??

harap2 semua rakyat dapat memikirkan kaedah terbaik untuk kebaikan UMNO yang kita sayangi. Janganlah gadai maruah bangsa demi kepentingan kewangan masing2. kalau miskin sangat kita hentikanlah derma2 kita yng berjuta-juta keluar negara. Kita biayai Ahli2 UMno yang Miskin. yang sanggup gadai Agama dan bangsa demi seribu dua ringgit.

Kepada KJ kalau betul ikhlas nak Bela Agama dan Bangsa.. Tunaikanlah tanggungjwp yg telah diamanahkan. saya juga tidak mengenali Siapa itu KJ? betul atau tidak tomahan yang saya dengar, WAllahhualam. Harap itu tidak benar.

Terima kasih.

p/s: saya benar2 merayu kepada TUN supaya aktiflah menegur Pemimpin2 baru sekarang. sebelum nasi jadi bubur. Hanya TUN sahaja yg berani.

assalamualaikum tun, diharap tun dan keluarga berada di dalam keadaan sihat.
Like most of the people that sent their comments this time, it was a shock to me to know that one of the most hated person in Malaysia had been elected as the UMNO Youth leader. Both me and my wife have actually filled our UMNO membership because we anticipate a change in UMNO. But unfortunately this is far from the truth, UMNO has probably put the last nail on the coffin. Because of this we have decided not apply to be UMNO members, because I cant see myself having Khairy as my leader. In my humble opinion he is a very dangerous and greedy man, who is ever willing to play the race card to get what he wants. Thank God our beloved mike Tyson lost, otherwise we will have a DPM who is not allowed to get into Australia! And I still cant believe Khir Toyo had won substantial amount of votes, since he still have a lot to answer for his 'contributions' , or shall i say 'other people's contribution', in Selangor through the length of his tenure as MB.
Personally I am a product of DEB, and I owe our government and past leaders, mostly you for what I have achieved now. But it is very sad to see a bunch of greedy so-called Malays destroying our probably the only party that had been truly fighting for the Malays. Guess I have to start finding other alternatives, if there is any...or probably will abstain again from voting in the next general election.

Assalammualaikum Tok Det


SENARAI MEREKA YANG TIDAK BOLEH ADA DALAM KABINET NAJIB

1. KJ
2. Ali Rustam
3. Md Taib.
4. Shahrir Samad.
5. Shahrizat.
6. Azalina
7. Khir Toyo


UMNO MESTI BERUBAH ATAU REBAH!!!


Pisau dan mentimun ditangan Najib sekarang....

Anakmu,
PEMBELA
http://pembelamelayu2009.wordpress.com/

FANTASTIC KJ AN OXFORD GRADUATE..A MEMBER OF BILLION DOLLAR BOYS CLUB..SAYA PERCAYA TUN AKAN DESAK NAJIB TIDAK MENYENARAIKAN KJ DALAM ANGGOTA KABINET SEPERTIMANA YANG BERLAKU PADA ZAHID HAMIDI 1998..JIKA INI BERLAKU BERMULALAH BENCI MEMBENCI DIDALAM UMNO..ANDALAH YANG MENYUBURKANNYA.

Next election confirm, vote for pembangkang. I will vote for PAS. COnfirm.

YABhg TUN dan Toh Puan,
Semoga dalam keadaan sihat dan sejahtera,

Pandangan saya adalah,usah kita cerita dan ungkit perkara yang lama dan dah basi.Skg saya memohon jasa baik YABhg dapat bersama dengan barisan pemimpin UMNO yang baru dan segar serta dalam kabinet baru YAB Dato seri Najib untuk memartabatkan semula malaysia di kalangan rakyat malaysia dan di mata dunia.Ini adalah ia telah dicalarkan oleh "anasir-anasir jahat" yang telah menghianati negara sendiri di mata dunia.....Ia juga perlu dlm usaha merampas kembali kepercayaan rakyat malaysia terhadap UMNO dan Barisan Nasionl.....Sebagai pemuda dalam parti komponen BN saya akan sentiasa berdiri sebagai benteng pertahanan yang mempertahanan Barisan Nasional sehingga ke akhir.....

Marilah kita seluruh rakyat Malaysia berganding bahu untuk membantu serta bersama dengan PM baru YAB Dato Seri Najib dalam memulihkan Malaysia....

Hidup BN , demi kemakmuran dan kemajuan Malaysia

sekin terima Kasih.....

Semoga YABhg Tun(ayahnda),YABhg Toh Puan(Bonda),dan Abg Mukriz di rahmati dan dilindungi oleh yang maha ESA

Dear Tun,

We cries in our heart .... we do not understand why a 50-years old party elected a perasuah to be the leader of the UMNO youth. Malay no longer has capable candidate? Or malay people accept such kind of people to be the leader? Bear in mind he was found guilty by the supreme council and bear in mind as at todate, he still does not feel remorse/shy/shame or admit his wrongdoing. Can we pass a heavier judgement to him which we always do so in court ? Now he is rewarded with this post , walking out with the red carpet. Really perasuah Boleh !!

Assalamualaikum Tun dan Isteri,

Diharap Tun dapat menerima kenyataan bahawa Datuk Mukhriz kena berkerja and berusaha keras lagi untuk menaikan nama seperti Tun dan pemimpin-pemimpin yang berdahulu berjuang untuk UMNO.Datuk Mukhriz kena kenalkan kewibawaan beliau dahulu di semua tempat di Malaysia jangan disatu tempat sahaja supaya beliau dikenali and didekati oleh orang-orang UMNO sendiri.Keputusan telah dibuat bermungkinan UMNO inginkan perubahan jadi pemimpin-pemimpin yang kalah bertanding mungkin merasa diri mereka kecewa, gagal atau tidak dikehendaki.Kita kena bangun dan memperbaiki diri kita sendiri dan mulakan kerjasama dengan pemimpin-pemimpin yang dipilih didalam perhimpunan UMNO. Hentikan perbalahan dan diharap naikan nama UMNO sebagai parti yang terulung dan terbilang seperti dahulu bagi rakyat di Malaysia.Kegagalan dan kekecewaan tak semestinya selamanya mungkin satu hari bermungkinan peluang itu akan tiba juga.

Wassalam.

Salam,

Keputusan pemilihan tidak menggambarkan sepenuhnya kehendak akar umbi, bagaimana pun ucapan DS Najib berkaitan dengan pemilihan cara bottomsup sikit sebanyak akan membaiki keadaan, kita harus rasional dan bertenang, beri peluang pada barisan baru untuk menunjukkan kemantapan kepimpinan mereka. Kalau tidak nanti kuasa akar umbi inilah yang akan menumbangkan mereka..terutama KJ, harap-harap dia jangan lah lebih-lebih sebab kemenangan dia berdasarkan undian dalam "kepuk" pemuda bukan dengan restu umum ahli UMNO.

*pada ahli UMNO yang kecewa janganlah sampai nak lompat parti pulak, jangan jadi bachul dan macam budak-budak.

Tindakan protes tak berguna lagi..
Liabiliti parti sudah naik kerusi..
Tiada lagi kepercayaan kepada pemuda parti..
Kerana pengaruh duit sudah terbukti..
Tapi masih bodoh untuk mengerti..
Mengkhianati amanat akar umbi..
Sudah lupe erti integriti..
Kerana tamak menguasai diri..
Tunggu saja Pilihan raya nanti..
Jangan lagi salahkan strategi..
Semua itu tak berguna lagi..
KERANA PEMUDA TIADA LAGI BERKUALITI..
MEMILIH KETUA YG TIADA HARGA DIRI!!

SAJAK BUAT PERWAKILAN PEMUDA YG LUPA DIRI..

Salam dr kami,
ArieZue

Moga Ayahanda Tun sihat dan sentiasa dilidungi Allah SWT..


SALAM AYAHANDA RAKYAT TUN
IZINKAN,

By HBTAuthor Profile Page on March 26, 2009 6:50 AM

Selamat pagi Ayahanda Tun,
...
The moment Sharizat forgot to mention Bukit Selambau in her ucapan, I believe the coming by-elections will loose out. UMNO has transformed to U-NATO (UMNO Never Act Talk Only) with KJ as the Pemuda UMNO.
ADIK HBT,
THE MOMENT THE 'MUSANG BERBULU AYAM'( ADOPTED FROM THE SCRIBE) WON THE UMNO YOUTH HEAD, THE YOUTH 'MESS' IS NOW TRANSFORMED INTO A 'DEN' AND SURELY THE 'ANTICS' OF THE SLY FOXES WILL BE THE ORDER OF THE YOUTH WING.
SOON, THE UMNO WE LOVE WILL BE ERASED AND TRANSFORMED INTO - UNITED MUSANG NATIONAL ORGANISATION. PERIOD!

SOON THE RAKYAT WILL PUKE ON UMNO/BN FROM THE HILLS' TOP RIGHT DOWN TO THE MOUTH OF THE RIVER.. AIYAAARGHHH
AND WILL SINK THE 'BAHTERA UMNO/BN' COMES 'PRU 13'..UNLESS NAJIB AND MUHYIDDIN CAN DISPOSE THE 'MUSANGs' AND TRANSFORM UMNO BACK WITH THE 'ETHICS' OF 'UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION'

MEANWHILE, MAY GOD HAVE MERCY UPON THE SPRING CHICKENS IN THE "COOP' OF THE PUTERI WING.

ALFATIHAH, AMIN.

Kalau MACC betul-betul jujur ingin membenteras gejala rasuah di negara ini dan kalau betul UMNO betul-betul telah berubah.....silalah siasat KJ dan ambil tindakan setegas-setegasnya jikalau terbukti beliau adalah perasuah besar. Tidak perlu pergi jauh, Lembaga Disiplin UMNO mempunyai fakta dan data yang cukup untuk membuktikan bahawa KJ mengamalkan rasuah. Tapi semua main wayang. PAK LAH ke, Kepimpinan UMNO ke, MACC ke...semuanya cakap tak serupa bikin....semuanya wayang kulit.Jikalau UMNO ingin terus memerintah selepas PRU13, maka KJ perlu dikorbankan demi UMNO selepas pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai diadakan. Ramalan saya sememangnya BN akan kalah teruk nanti melainkan BN main taktik pengundi hantu.KJ ialah UMNO "weakest link" dan merupakan modal terbesar pakatan pembankang nanti. Tetapi KJ juga merupakan "kambing korban" yang terbaik untuk UMNO jika UMNO ingin menambat hati rakyat jelata yang jelik dengan permainan rasuah UMNO.

You and the-likes days are over, please take a seat and settle down and stop being a non-conformist.

If you really have something big to share, please, set up a new party, "don't paint an existing house red", others want to live in peace, too.

Cheerio.

Salam Tun,
Saya menumpang simpati kerana Mukhriz kalah. Walaupun beliau diterima marjoriti akar umbi tapi para perwakilan menidakkan kehendak akar umbi - benar kata2 Tun sebelum ini. Rasa kecewa menebal didalam hati saya apatah lagi banyak exco pemuda merupakan orang KJ.
Dengar2 cerita pengiraan undi telah disabotaj tak tau la betulnye kalau betul mungkinkah ada apa-apa tindakan diambil selepas ini.
Wassalam

Salam Tun,

Hopefully Mr. Najib Razak akan aware semua amaran awal yang Tun bangkitkan.

Mmg sangat benar perkara2 yang disebutkan Tun. Keinginan "hamba Allah" yang nak jadi perdana menteri termuda itu sangat terserlah hinggakan rakyat2 marhain, yang kurang ambil peduli ttg politik negara pun nampak keinginannya itu.

Salam Tun,
Pemilihan yg b'langsung bagi memilih kepimpinan UMNO pada kali ini menyaksikan kejutan dengan kekalahan Dato' Mukriz. Saya antara jutaan rakyat Malaysia yg mengharapkan beliau menduduki jawatan Ketua Pemuda oleh sbb karisma dan kelantangan beliau mengutarakan pendapat biarpun tindakan itu bakal mendatangkan ancaman kepada karier politik beliau. Sayangnya, hasrat ini tidak difahami atau sengaja tidak dihiraukan perwakilan walaupun ketika pencalonan Dato' Mukriz yang mendahului sokongan. Namun, saya berharap Dato' Mukriz tidak putus asa dan meneruskan perjuangan untuk bangsa Melayu!!!!

SALAAM BUAT TUN YANG AMAT SAYA HORMATI & KASIHI,
SEMOGA ALLAH SENANTIASA MEMBERKATI TUN SEKELUARGA.

FIRST OF ALL INGIN SAYA NYATAKAN DISINI SAYA SUDAH DPT MENJANGKAKAN BAWAWA BELIAU MENANG.LIHAT SAHAJA GELAGATNYA DI ATAS STAGE MUNDAR MANDIR.HIS FACIAL EXPRESSIONS SHOWS!!!UCAPAN PERTAMANYA BASICALLY ABOUT HIMSELF!!!! I AM VERY DISSAPOINTED, AND AM SURE AMONG THOUSANDS OF DELEGATES @ PWTC FEELS D SAME. MACAMANA ORG YG DAH DITUDUH BLH TERLEPAS??? DAH LAH CUKUP UMNO DIKUCAR-KACIRKAN NI PULAK DIPIMPIN OLEH ORANG YANG HANYA ADA PERSONAL INTEREST DAN BUKAN PERJUANGAN UNTUK BANGSA MELAYU KESELURUHANNYA.
KITA ANAK BANGSA MELAYU DAH LUPAKAH BAGAIMANA PERJUANGAN PEMIMPIN2 KITA DIMASA LALU MEREDAH ONAK DURI MEMBEBASKAN KITA DARI PENJAJAH & MENAIKKAN MARTABAT BANGSA MELAYU DI MATA DUNIA?? PLEASE DON'T USE UMNO AS A PERSONAL AGENDA PLATFORM.

TOLONGLAH WAHAI ANAK MELAYU BERSATU HATILAH,KESIAN BAPA2 & IBU2 PEJUANG YANG TELAH BERSUSAH PAYAH BERJUANG TAPI SAYANG SEKALI TAK SEMPAT SERATUS TAHUN DAH TUNJUK TANDA2 KEHANCURAN. WHATEVER IS IT,MY DEAR UMNO MEMBERS DONT USE THIS AS A REASON TO JUMP PARTY.
INGAT KALAU KITA ANAK MELAYU TIDAK MENOLONG BANGSA SENDIRI SIAPA LAGI NAK TOLONG KITA? SO DI SINI SAYA MOHON AGAR MARILAH KITA BERSATU HATI BANGSA MELAYU BANGKIT MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN TANAH MELAYU YANG TERCEMAR.BANGKITKAN SEMULA MASYARAKAT BERTAMADUN YANG BERADAB.
INSYALLAH JIKA KITA SAMA2 BERSATU HATI MEMBENTERAS ELEMEN2 NEGATIF,KITA PASTI BERJAYA.
"BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA ROBOH"

TO YB DATO MUKHRIZ JGN MENGALAH,TERUSKAN PERJUANGAN. INI BUKAN KEKALAHAN,INI HANYA PERCATURAN KEDUDUKAN SAHAJA. PERJUANGAN TIDAK SEMESTINYA DIBERI KEDUDUKKAN. JIKA DI 'LUAR PAGAR' PUN BOLEH DITERUSKAN. SAYA SEBAGAI RAKYAT BIASA TAHU MENILAI SENDIRI...JGN BIMBANG. MEREKA INI TIDAK TAKUT DGN QADA & QADAR.

YANG BERBAHAGIA TUN,MELAYU MUDAH LUPA.....
SAYA MEMANG SEDIH DAN KECEWA DGN AP YANG BERLAKU.AKAN TETAPI SAYA TIDAK AKAN SEKALI-KALI MELOMPAT PARTI SEBAB SAYA DILAHIRKAN DIDLM KELUARGA YANG MEMPERJUANGKAN UMNO.
AKHIR SEKALI TUN PLEASE TAKE CARE OF YOUR HEALTH.

YOU ARE MY MENTOR!!!I LOVE YOU BAPA PERMODENAN.

Salam'alaik kpd semua pengunjung..

Sy selaku org muda, berasa amat terkilan dgn kekalahan Mukhriz dlm perebutan jawatan Pemuda. Bagaimana org yg telah disabitkan kesalahan atas tuduhan rasuah boleh diangkat menjadi pemimpin?

Mari sama2 kita fikirkan nasib anak2 muda di Malaysia ini pada masa akan datang..

Ingatlah, nasib agama, bangsa & negara pada masa akan datang dapat dilihat drp sikap pemuda pemudi kita yg ada sekarang..

Akum ayahanda Tun....

Saya memang betul2 sedih dgn kekalahan Mukhriz...Saya memang tak puas hati betul, macam mana perasuah tue boleh menang....Pas tue dgn bangga bagi ucapan mengalahkan presiden parti..
Tun...
Saya dgr kabar dari perwakilah sendiri, 1st round Mukhriz dah menang, pas tue recount Khairy plak boleh menang...Saya rasa nie politik kotor..
Saya pengundi di Bukit Selambau, conform saya tak kan sokong BN..Tp saya bukan jgk penyokong pembangkang...Saya ditengah2 dan bebas macam Tun...Sekian..

Assalamualaikum Tun,

Ini pertama kali saya memberi komen dalam ruangan Chedet. Saya adalah anak jati Melayu Sarawak dan saya tidak menyertai mana mana parti politik tetatpi perjalanan politik negara sering menjadi perhatian saya sebab bagi saya survival orang Melayu sekarang bergantung kepada politik semasa. Dari segi ekonomi tak payah dicakap sebab semua tau kuasa ekonomi orang Melayu macammana. Saya memandang tinggi daya kepimpinan Tun dan cara Tun memacu kemajuan negara. Saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana Malaysia ada pemimpin seperti Tun. Saya bukan nak memuji Tun berlebihan tetapi bagi saya selain dari Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn dan Tun Razak serta Tun sendiri, Malaysia tidak ketandusan pemimpin berkaliber. Pemilihan Pak Lah mengundang gembira buat saya kerana org yg Tun pilih pasti berkebolehan.

Tetapi sayangnya, beliau berkebolehan merosakkan parti UMNO dan negara ini. Dan sekarang pemilihan pemimpin UMNO dicemari oleh gejala politik wang. Saya kecewa kerana anak Tun, Mukhriz tidak terpilih. Saya sokong Mukhriz bkn kerana dia anak Tun tetapi saya percaya Mukhriz boleh menyambung legasi pemimpin terdahulu.Bakal PM sekarang pun belum tentu mengubat rasa kecewa kami kecuali satu perubahan mendadak dilakukan dalam UMNO oleh beliau. Saya setuju komen saudara Hafiz kalau Mukhriz bukak parti baru, Insya Allah 100% kita beri sokong. Disaat pemimpin politik wang dalam UMNO berpesta ria krn menang pemilihan, kami orang Melayu yg inginkan perubahan KECEWA, walaupun kami bukan org UMNO tetapi atas dasar sbg anak jati Melayu, kami inginkan sebuah parti Melayu yg bersih dari penyelewengan kuasa dan rasuah. Meluat tengok muka KJ.

Tidak mustahil kami anak Melayu Sarawak beralih menyokong DSAI kerana sebilangan orng UMNO telah orang yg bertunjang rasuah untuk memimpin jadi apa bezanya mereka ini dgn DSAI.

Bila lagi Tun nak datang ke Sarawak. (Ayah saya peminat No 1 Tun, dia sanggup simpan gambar Tun dari keratan akbar dan masukkan dalan frame).

Semoga Tun sekeluarga dirahmati Allah dan dilanjutkan usia.

Wassalam

Dearest Tun,

Umno Youth delegates have spelled a "dooms day" for UMNO by electing Khairy Jamaluddin as its Chief.

However, the incoming PM (DSN) can prevent further damage by not appointing KJ as minister in his cabinet.

Secondly, the Umno Disciplinary Board must now review its previous decision on KJ ("warning only") and annul his election as youth chief due to his involvement in money politics.

If Disciplinary Board dare not to take any action on KJ then Umno Youth Exco members should be encouraged to force KJ resign from the chief post.

All these have to be done URGENTLY, or else BN will be the opposition party after next general elections (don't get surprised if BN lose upcoming by-elections due to "Rakyat Sedih" by KJ's manipulated victory).

Salam TUN

Keputusan pemilihan UMNO yang telah diumumkan, khasnya yang berkaitan dengan keputusan pemuda menunjukkan majority perwakilan yang mengundi (kita tak pasti dari mana) mengalami kerosakan otak (brain damage) yang ketara. Masalah mereka mungkin disebabkab kekurangan vitamin-vitamin yang penting untuk otak.Kekurangan ini akan membawa kepada:- (saya quote)

1. Scientists have found evidence to suggest an important role for vitamin D in brain development and function. Vitamin D deficiency harms brain function: Low levels of vitamin D increase the risk of mental impairment in the elderly.

2. A high concentration of vitamin C in neurons of the developing brain may help protect the developing brain from free radical damage.

3. Recent research suggests an increased intake of vitamin E helps preserve brain function and protect against neuronal (nerve-cell) degeneration.

4. Vitamin B6 helps in the production of neurotransmitters, the chemicals that allow brain and nerve cells to communicate with one another.

5. Inadequate intake of any B vitamin, including vitamins B1, B2, B6, B12 and folic acid, literally starves the brain for energy and leads to confusion, irritability, and impaired thinking, concentration, memory, reaction time and mental clarity.

6. All of the B vitamins, the entire complex, are probably the most highly regarded nutrients for optimal functioning of the brain and nervous system.

Jadi lain kali sebelum ke persidangan UMNO, perwakilan dirayu untuk mengambil suplemen-suplemen yang berkaitan bagi mengelakkan negara ini diperintah oleh kaum-kaum yang mempunyai masalah otak.

salam Tun

elok Tun buat parti baru. Kalau tun tubuh parti baru, saya akan jadi orang pertama akan sertai parti tun. Pemilihan KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO adalah tanda UMNO bakal berkubur. Rakyat akan protes pada pilihanraya lecil di Dua Bukit April ini.

Salam tun,
1.Saya rasa semua orang dalam pemilihan ini mengamalkan politik wang
2.Kalau hendak bersihkan UMNO, rasanya semua pemimpin kena tukar.
3.Banyak perwakilan berceramah mengenai politik wang, wahlal orang yang berceramah yang mengamalkannya.
4.Semua rakyat tahu,semua orang UMNO pun tahu, tapi banyak yang buat-buat tak tahu.
5.Lama-lama buat tak tahu, UMNO pun nanti rakyat dah tak tahu.
6.Semua cakap pasal tranformasi, tapi semua tidak buat apa tranformasi.
7.UMNO la ni macam seorang bapa yang merokok yang melarang anaknya menghisap rokok, tapi si bapa masih menghisap rokok, anaknya pun tahu bapanya seorang perokok, anaknya tetap hisap rokok tapi sembunyi dari bapanya, bila anaknya sudah besar bapanya tidak lagi melarang anaknya menghisap rokok kerana sama-sama merokok.

Sekian Terima Kasih, Salah dan silap datang dari saya yang baik datang dari ALLAh SWT. Wsalam

Salam Tun,

Saya kira, respon dari orangramai terhadap pemilihan pucuk pimpinan UMNO telahpun menyatakan dengan JELAS kemana arahtujunya parti tersebut. Pernah satu ketika dahulu, seorang kawan saya, penyokong kuat PAS, dengan tidak semena-mena bercerita hingga boleh dikatakan berkempen dengan begitu semangat tentang UMNO. Semua orang tertanya-tanya apa sebabnya dia berubah pegangan dan jawapannya ialah dia tidak pernah berubah pegangan dan kesetiaannya kepada PAS, cuma dia memperbaiki (improvised) pegangannya itu. Katanya,

Nak mati ikut PAS, Nak hidup ikut UMNO. Hmmmm..

Salam Tun,

Hingga ke hari ini saya amat terkilan dengan keputusan pemilihan MT.. Bila mata hati dah dibutakan dengan kebendaan begitulah jadinya.

Bagi yang telah terpilih tu nah! sekarang buktikan kesungguhan anda untuk memimpin. Rakyat la ni jadi pemerhati dan dalam masa yang sama menilai jati diri anda.. Kalaulah kita boleh mengundi secara SMS macamana agaknya ya Tun?

Wassalam.

YABhg Tun,

Yang amat jelas sekali......486 tidak mengundi dan menyokong KJ..!!!

Assalammualaikum Tun,

Semoga Tun sentiasa sihat,kami merindui kepimpinan Tun..teruskan perjuangan Tun..

aslammuaalikum tun..
sy merupa anak muda yg juga bakal pelapis dalam dunia politik nie..sy sudah minat dalam politik sejak kecil lg,tetapi sy sekarang sy sudah hmpir brputus asa dgn keadaan politik tanah air..lagi2 dgn situasi dalam UMNO yg selama nie sy sokong sudah mnjadi sebuah parti yg penuh dgn korup.dan yg lagi mmburuk kn keadaan ialah org yg terus terang mmpunyai kesalahan politik wang sudah dipilih mmegang jwatan dlm UMNO..knape sume nie brlaku???ade kemuskilan yg brlaku trhadap keputusan yg dimenangi oleh KJ..sedangkn swaktu pmilihan Kuato dulu KJ yg pling skit mndapat pncalonan tetapi knape tiba2 dia trpilih mnjadi ketua pmuda UMNO????adekah org2 yg mmilih dia didlm phimpunan MT kmarin sume telah di sogok????semua nie seolah2 dirancang..mula2 KJ trlepas dari hukuman politik wang..kmudian dia di pilih mnjadi ketua pmuda UMNO..jelas dan nyata kite boleh nmpak ape yg brlaku didalam UMNO skrg nie..sy simpati trhadap DS Najib sbb beliau terpaksa mmikul tnggungjwb besar ntuk memulihkn UMNO yg telah dirosakkn oleh Pak Lah dan konco2 dia..dan satu lagi kmuskilan timbul ialah antara hubungan pak lah dgn anwar ibrahim..kalu kite perasan,anwar kerap kali mnghentam DS Najib dgn mcm2 isu..tetapi dgn Pak Lah seolah2 dia brsahabat..dari dulu lg sy trfikir yg anwar ngn pak lah telah mrancang sesuatu..tetapi sy x boleh wat andaian sndiri..hanya Allah swt yg maha mengatahui..semoga tun dipnjangkn umur dan dimurahkn rezeki..kite org masih sayang kt tun..semoga tun kmbali myumbang sesuatu didlam UMNO...satu ayat yg jelas masih sy igt lg dari arwah nenek sy "makwo(nenek) x sokong2 mane2 parti,makwo cume sokong DS Dr Mahathir Muhammad jer.." ini mnnjukkn tun lebih brharga dari parti..sekian...walassalam..

Pmuda Yg Sebenar..

My dear Tun,

Sakitnya hati tak usahlah diceritakan bila dapat tahu KJ menang. Semua comments terbaru adalah berkisar dari kemenangan si petualang baru. Temponya, caranya mengingatkan kepada si petualang lama.

APA LAGI YANG RAKYAT BIASA SEPERTI SAYA NI DAPAT BUAT KESIMPULAN. UMNO ADALAH PARTI RASUAH.. THAT'S IT!! BILAMANA SEORANG PENGAMAL RASUAH DIDAPATI SALAH OLEH BADAN DISIPLIN TETAPI MASIH JUGA DIPILIH UNTUK MENJADI KETUA.. UMNO ADALAH PARTI RASUAH. ITU KESIMPULAN YANG PALING SENANG WALAUPUN TSMY MENDAPAT KEMENANGAN TETAPI TETAP TERCALIT DAN TERPALIT JUGA.

TUN YANG DIKASIHI, SEKIRANYA DILIHAT DARI KOMENTAR BARU YANG DIHANTAR DI BLOG TUN INI, KAMI TIADA LAGI TEMPAT UNTUK MENGADU KEADAAN KAMI. NAK PERGI PADA UMNO, DAH MACAM TU. HANYA DEKAT BLOG TUN JE LAH MASING2 MELUAHKAN HARAPAN DAN ADUAN.

PANDANGAN PERIBADI SAYA SAMA SEPERTI PANDANGAN YANG LAIN LAIN. UMNO AKAN HILANG KUASA KERANA LIABILITY KJ TERLALU BESAR DILUAR UMNO. BUKAN AHLI UMNO SAJA YANG UNDI UNTUK PILIHANRAYA. MASYARAKAT MELAYU TAK MAHU TERIMA SEBAB APA YANG DIA DAH BUAT TERHADAP MASYARAKAT MELAYU APATAH LAGI MASYARAKAT BUKAN MELAYU. CUKUPKAH DUIT DIA NAK BELI SEMUA ORANG NANTI?? PRU 13 NANTI MASIH LAGI 50-50 HANYA DISEBABKAN GANDINGAN DSNR DAN TSMY. JIKA DAPAT DIPERKECILKAN CAMPURTANGAN BLOODY KJ, INSYAALLAH LEBIH BESAR PERATUSANNYA. LAGI DIAM KJ LAGI BAGUS UNTUK GANDINGAN INI.

UNTUK KJ - SAUDARA AKAN DIKENAL SEBAGAI PETUALANG BARU. SAYA TAK SUKA CARA SAUDARA. BUSUKNYA TERLALU BERBAU. UNTUK SEORANG YANG BARU BERUMUR 33 TAHUN, HANYA MENJAJA LULUSAN OXFORD SAUDARA TIADA PENGALAMAN, SAUDARA TELAH MENJAHANAMKAM KERJA2 ORANG MELAYU TERDAHULU. SAUDARA BOLEH MENIDAKKAN SEGALANYA KERANA ITU MEMANG KERJA SAUDARA. MALAHAN BAPA MERTUA SAUDARA JUGA BELAJAR DARI SAUDARA.

Tun,

I drag my feet in vain, hoping to see you there. probably a handshake or two. You weren't there.

But i could understand your refusal to attend the assembly in the event of THAT bugger selected as UMNO youth leader. It is so disappointing.

After all these years, people only talk everything bad about (THAT bugger whom i have no reason to spell his name, at all) from hearsay, to a devastating effect. Now, he clearly convicted but just a warning given to him, we can imagine what kind of impact he would have inflicted to UMNO. I spit on the 304 souls that vote for him, and may they pay for their sins in this life and the next.

The line up of Najib + Muhyiddin + Hisham + Zahid + Shafie + Mukhriz will tremble Anwar and his dogs to their roots and who knows BN would recover the 5 states lost in the last PRU. Sadly, it was never meant to be.

How about if all of the UMNO's MTs step to the field and declaring a
war at Brickfield's prostitution center..? I think its a good move... At night
when you walk around Brickfield, you can see a lot of "ayams" there...
UPPSS!!! Really near the Brickfield police headquarters..? This stupid
police seems to ignore them, seems to close their eyes to the
Brickfield's "ayams"... Why? Copycating the UMNO's General
Assembly..? Must spread the millions or thousands of ringgit to act?
What the fish???!!!

Salam tun

saya amat musykil kenapa tun tidak pernah komen tentang najib, tidak pernah komen tentang prestasi najib untuk memegang jawatan PM...tun tidak pernah komen tentang kesan pakej rangsangan yang dibentangkan oleh najib ...kenapa tun tidak pernah komen tentang segala pertuduhan yang dibuat ke atas najib...kenapa tun begitu yakin najib seorang yang bersih dari rasuah serta bersih dari segala tuduhan terhadapnya...saya amat khuatir tentang tuduhan penglibatannya dalam pembunuhan berprofil tinggi yang melibatkan wanita monggolia...ia bukan sahaja diketahui di seluruh malaysia malah mendapat liputan dunia tentang bakal perdana menteri yang terlibat dengan pembunuhan kejam...tidakkah tun melihat perkara ini sudah menjadi satu liabiliti dan beban kepada najib untuk memegang jawatan tersebut... kenapakah tun tidak pernah mempersoalkan kenapa najib tidak mahu membersihkan segala tuduhan penglibatannya di mahkamah jika dia benar benar bersih, lagipun sejak kebelakangan ini bukankah keputusan mahkamah sentiasa dilihat menyebelahi parti pemerintah sekarang, jika begitu kenapa najib iaitu bakal perdana menteri masih tidak mahu membersihkan tuduhan tuduhan yang melibatkan dirinya dirinya di mahkamah...saya katakan liabiliti disini kerana, sekiranya terdapat sekumpulan manusia yang mempunyai bukti kukuh terhadap penglibatannya dalam kes pembunuhan kejamnya itu bukankah mudah ia dijadikan bahan ugutan ke atasnya dan ini mendedahkan negara kepada satu pihak lain yang jauh lebih berkuasa dari pada seorang perdana menteri apabila dia terpaksa tunduk kepada segala tuntutan pihak yang mempunyai bukti tersebut...bukankah ini mendedahkan malaysia kepada keputusan keputusan yang dibuat oleh pihak lain atas kapasitinya yang mengetahui bukti tentang pembunuhan tersebut...bukankah ini merupakan sesuatu yang amat merbahaya apabila bakal perdana menteri mempunyai pertuduhan berat yang ditanggungnya...bukankah sepatutnya bakal perdana menteri ini bebas dari segala perkara yang boleh digunakan untuk mengancam atau mempengaruhi keputusannya... saya lihat tun lebih cenderung untuk menghentam paklah dan khairy jamaludin daripada memberi hujah tentang libiliti najib... tun lebih cenderung untuk 'menasihatkan' najib untuk melantik kabinet yang bersih sedangkan seolah olah mengatakan najib memang bersih, bersih dari rasuah (politik wang) dan bersih dari segala tuduhan tersebut....tun sila komen...

Salam, TDM,

Saya betul-betul kecewa apabila mengetahui keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO... saya benar2 mengharapkan anak TDM yang akan menang kerana saya tahu beliau akan membawa perubahan yang baik dengan nasihat dari TDM... menantu Pak Lah ni benar-benar tak sedar diri.. salah satu punca orang mula membenci UMNO kerana dia.... memang terang lagi bersuluh, dia menggunakan cara yang salah untuk naik... bagaimana kami nak menerima orang begini sebagai pemimpin???
Saya berharap agar TDM dan anak TDM tidak berhenti bersuara untuk menyatakan kebenaran.. kami semua cuma rakyat biasa yang hanya mampu melihat dan berdoa agar kami semua dilindungi dari kezaliman pemimpin yang korup dan gila kuasa....

Berhubung dengan keputusan pemilihan UMNO baru2 ni, saya dapati majoriti pemenang adalah menteri dan bekas menteri. Juga mereka yang terdiri dari orang yang banyak duit. Tak mustahil ada usaha terancang sejak sekian lama untuk beri rasuah pada perwakilan2 UMNO. Baru 2500 orang nk mengundi, setakat bayar 2 ribu, 3 ribu ringgit celah gigi ja. Cakap2 politik ada terdengar Shahrizat dah bela Wanita UMNO sejak lama lagi. Bawa Ketua Wanita tiap negeri melancong ke sana sini. Bukan nak buat program untuk orang kampung tapi pergi jalan2 cari makan. Begitu juga Khairy, cakap2 politik kata sebelum malam pemilihan Khairy bagi duit kat perwakilan Pemuda. Patut la dia menang. Cakap2 Politk juga kata Azeez mamak tabur duit serupa bagi ayam makan. Noraesah mengundi parlimmen pun kalah, ketua wanita pun kalah, camana boleh menang MT? Mesti something wrong ni. Ni semua cakap2 politik. Betui ka tak Allah yang tahu.

Betul ka tak lembaga disiplin kena siasat. Najib kena cengei. Sapa yang bersabit rasuah mesti kena tendang.

Bagi saya Mukhriz patut menang. Mr clean. Bukan Khari dan khir toyo. Muhyiddin patut menang. Tahniah kat dia.

Antara MT yang patut menang bagi saya ialah Fuad Zarkashi dan Bung Mokhtar. Depa ni cengei kat Parlimen. Yang lain tu patut mau siasat. Kalau korup, tendang ja.

Najib Should Go
Hisham should go
Mukhriz should go
Khairy should go
These are politicians groomed by their fathers/father in law to create dynasties in UMNO. They never understood the real Malays. They are filthy rich when they are in their teens. They just speak as if they know Malay, live on NEP, Ketuanan Melayu and fan Malay sentiments to frighten others.
The many Malays who joined PKR had made their say but the arrogant in UMNO still think they can live on under their ketuanan Melayu, stand behind the royalties and NEP.

salam che det

1. seperti yang telah diketahui, duit memainkan peranan penting dalam sanubari orang melayu pada hari ini. kesedihan demi kesedihan melanda, kerana iman diketepikan malah dunia disanjung.

2. tidak hairan dengan keadaan ini, kerana apabila dilihat pada anak-anak muda hari ini, ternyata cinta pada dunia di hati mereka lebih kuat, & mereka hidup dalam keadaan yang sangat lalai. apa yang merisaukan mereka akan menjadi 'pain in the ass' suatu hari nanti, apabila mereka menguasai sistem barat yang digunapakai dalam pentadbiran negara islam bukan sistem syura.

2. asbab dari sogokan demi sogokan, hari ini yang tidak berkualiti menjadi ketua kepada pemuda parti. ingatlah Allah swt itu maha kuasa, kamu akan diadili sekiranya kemenangan kamu berlandaskan dunia, & kamu akan tewas lebih teruk dari sebagaimana kamu menang.

3. syukur pada Allah swt, saya bukan ahli, jadi secara automatik, dia bukan ketua pemikiran saya.

4. saya ucapkan 'all the best' buat najib, lakukanlah dengan terbaik, ayahanda mu dahulu disukai melayu kerana sifatnya yang ingin memajukan bangsa sendiri, bukan keluarga sendiri. sehingga ke hari ini menjadi sebutan mereka yang faham sejarah melayu, bagaimana statistik peratusan melayu maju yang meningkat di zamannya. dalam hal ini, saya percaya che det kalah. jangan takut pada yang kuffar, mereka itu tiada nilai di sisi Allah swt.

5. ingatlah, 'great power comes great responsibility', selalu berdoa semoga Allah swt mudahkan niat kamu, ikhlas memimpin, jangan ada terfikir untuk kepentingan diri, & ingatlah kamu akan disoal di akhirat nnt akan apa yang kamu kerjakan hasil dari kedudukan kamu di dunia pada hari ini.

6. ini nasihat awal & perhaps akhir & applied to all situations samada kamu pemimpin parti & mungkin juga pemimpin negara dalam masa terdekat ini.

wassalam

Salam Tun dan pembaca sekalian...

UMNO DAH LAMA BERKUBUR..SEMUA NYA AKIBAT RASUAH..

APA YANG KALIAN LIHAT SEKARANG ADALAH LAKONAN SEMATA-MATA..

SEMUA DAH DIRANCANG...

TIADA SIAPA YANG MAMPU MENGHALANG LAKONAN INI..

MARUAH BANGSA DAN AGAMA DAH TAK PENTING LAGI..

KUASA DAN WANG RINGGITLAH PEDOMAN..

"WAHAI PEMAKAN PEMAKAN RASUAH DAN PECAH AMANAH..

KU DOAKAN KALIAN BINASA..."

MARILAH KITA "AMINKAN" BERAMAI RAMAI(BERKAT)........AMINNNN

Salam Tun,

Tidak apa lagi yang saya boleh katakan, melainkan ucapkan TAHZIAH terlebih dahulu kepada UMNO atas kehancurannya didalam PRU13 nanti. Sama samalah kita lihat nanti.

Pati PAS sepatutnya mengaturkan rancangannya yang baik mulai sekarang dinegeri Johor bagi PRU13. Saya percaya UMNO boleh dikalahkan nanti.

Assalamualaikum Ayahanda Tun yang dikasihi,
Nasihat dan pandangan Ayahanda selama ini tidak diambil peduli oleh Pak Lelah. Baguspun Pak Lelah tu lepaskan semua jawatan di dalam UMNO dan Perdana Menteri, kalau boleh dia buat, rakyat mungkin minta dia lepaskan nyawanya sekali. Orang macam tu tak guna hidup sebab menyusahkan bangsanya sendiri. Keputusan yang Pak Lelah buat selama di dalam kerajaan Malaysia, orang ketawakan je sebab dia rasa nampak smart tapi rakyat kata bodoh. Beli Agusta punya le mahal, alih – alih jual balik macam harga sebungkus kacang kuda je, bijak ke namanya tu. Orang kata dia tu anak ulamak tapi sebenarnya, Tok Wan dia tu je yang warak dan Ulamak, bapanya just jadi driver pada Tok Wan nya je masa kat Idrisiah, Kuala Kangsar. Cerita ini pun Tok Wan cek yang cerita masa dia mengaji kat sana dulu. Lagipun, status ulamak tu bukannya warisan atau keturunan, tak semestinya Tok Wan Ulamak, bapaknya Ulamak, mai tang cucu jadi ulamak juga, mungkin boleh jadi ‘ular dalam semak’.

Anak cek baru berusia 12 tahun, apa le sangat dia tahu tentang Perdana Menteri ni. Bila setiap kali muka Pak Lelah tu keluaq dalam tv, terus anak cek tukaq channel tapi kalau muka Ayahanda keluaq pula, dia dok amat – amati kata – kata Ayahanda. Padahal dia lahirpun di hujung – hujung pemerintahan Ayahanda, macam mana boleh terpikat kat Ayahanda. Bila cek tanya kat dia, Awat hang minat kat Tun Mahathir, anak cek jawab senang je, sebab minat gaya dan daya pemikiran Ayahanda yang boleh nampak dari kata – kata Ayahanda yang keluaq. Tapi bila cek tanya tentang Pak Lelah tu pulak, dia jawab, cakap macam orang main dam haji kat kedai kopi je...tak ada masa depan langsung. Apa makna semua ini? Ini bermakna budak pun boleh menilai pemimpin mereka so untuk pemimpin akan datang, kena le lebih profesional dan berpelajaran tinggi serta berakidah.

Mengenai Perasuah di dalam UMNO jadi pemimpin. Ini menunjukkan UMNO menuju ke arah masa depan yang cerah untuk hancur dan berada di dalam buku sejarah darjah 5 dan 6 di sekolah – sekolah rendah. Penubuhan UMNO oleh Tok Wan Hishamudin bernama Onn Jaafar akan di tutup oleh OFF Khairy. Semua orang tahu bahawa kehadiran dia dalam UMNO secara percuma tu menyebabkan UMNO lingkup percuma. Benar kata British semasa cek belajaq kat sana hasil perjuangan UMNO....(dapat jugak anak kampung dari Jitra ni duduk kat negeri Mat Salleh selama 5 tahun), orang melayu ni kita lekakan depa dengan kebendaan, kemewahan, pangkat dan apa sahaja kemudian kita rentap sikit – sikit. Jepun pun habaq camtu jugak, Asia for Asian, tu yang depa dapat masuk Tanah Melayu tu. Tapi komunis silap langkah, depa punya cogankata tu dah betui tapi sebab depa tu tolak agama, itu yang Melayu tak gemaq. Dalam UMNO, siapa nak kaya masuk UMNO, siapa nak rezeki terpijak, masuk UMNO, biaq bangsa tergadai janji geng kita senang lenang. Tak gitu....?

Dulu Al Ma’unah dituduh Melancarkan Serangan kepada DYMMSPBDA dibawah sect. 121 Penal Code ( kalau tak silap cek le ) pun kena hukuman gantung. Belum lagi lancarkan serangan dan depa semua tu ditangkap di dalam hutan jenalik pun boleh kena gantung.... Jauh lagi jaraknya dari Istana Negara, tak dan nak serang. Yang satu ini pulak, Si Mamat IR Nizar ( IR bermakna ‘Injin Rosak’ ) tu secara terang benderang nyatakan sembah derhaka, tak ada apa – apa pun. Bukankah itu menghina Raja namanya. Sedangkan di dalam Rukun Negara kita ada menggariskan Kepercayaan Kepada Tuhan, Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan, Kedaulatan Undang – Undang, Kesopanan dan Kesusilaan. Kita ni orang melayu, kalau Raja kata “Aku tak suka kat hang.” Itu bermakna hang kena blah le...apa le bongok sangat. Orang Kedah kata hang ni ‘kahaq’ tak kena tempat. ( Kahaq = sombong ).

Berkaitan isu pembelajaran subject Math dan science dalam bahasa Inggeris ni, ramai depa menentang usaha murni tu yang kononnya akan membunuh bahasa melayu sendiri. Ni..cek nak habaq sat no, cek duduk kat tempat Mat Salleh tu...bangun pagi cakap orang putih, dalam kelas cakap orang putih, nak makan cakap orang putih, nak tiduq pun cakap orang putih, nak ‘meruah’ ( berak ) pun cakap orang putih, tapi mai balik kampung kat ulu tu ( Jitra ), tak hilangpun slang Kedah...sampai ke hari ni, slang kedah tu ada lagi. Cuma masa cakap orang putih tu je tak leh nak slang kedah. Mai le tengok masa depan, semua ilmu science dan math ni kat university – university terkenal di dunia ni, semuanya dalam English, tak pernah pun cek jumpa dalam bahasa melayu. Buku Sejarah tentang Tanah Melayu pun depa tulis dalam English di Library kat University cek. Masa kat UK dulu, cek hanya cakap dalam bahasa melayu bila jumpa orang melayu kat sana. Nak kenal orang melayu ke atau bukan, rumit jugak sebab kulit lebih kurang sama dengan Bangla, India Kashmir, Mexico. Apa yang cek buat ialah cek jerit satu perkataan sahaja kat depa iaitu ‘Belacan’. Bila depa toleh je maknanya depa tu Melayu le sebab Melayu sahaja yang tahu belacan tu apa dan bila tulis surat kat mak-pak kat Kedah ni dalam bahasa melayu le sebab kalau tulis surat dalam English, nanti tak sampai maksudnya...maksudnya nak minta duit le sikit....student mana cukup duit memanjang. Di sini cek nak bawa ke pengetahuan pembaca, kalau kita tak cekap English, kita tak dapat capai matlamat ilmu yang ada di dalam buku ilmiah tu so jangan le bongok sangat lepas ni. Yang dok menentang tu dah tua, rumah kata pi, kubuq kata mai, kesian la kat anak melayu masa depan.

Alasan kata orang kampung susah kuasai english...ni nak habaq mai, cek ni pi sekolahpun tak naik ‘geret’ ( bicycle ), jalan le kaki ni sampai naik lenguh pasal duduk ulu, yang mana jiran cek ni orang melayu ada, siam pun ada, camna nak cakap english, mesti exam english kantoi tapi Alhamdulillah, kalau hendak seribu daya, tak nak seribu alasan, sampai jugak cek ke negeri orang putih. Bukan cek je yang sampai, kakak cek pun sampai kat Australia, Adik cek pun sampai kat New York, Cuma yang tak sampai tu, abang cek je sebab dia berkorban cari duit bantu mak pak nak sekolahkan adik – adik. Abang! Jasa mu kami kenang, Budi mu kami balas. Walaupun hanya tinggal kenangan namun anak – anakmu tetap ku bela dan ku pastikan berjaya. So what? Apa yang susah sangat nak berbahasa Inggeris ni?

Setakat ini dulu le buat Ayahanda, sebab cek esok ada temujanji dengan orang putih...ha! esok cek nak try le cakap melayu dalam meeting dengan orang putih tu, boleh ke? Bongok le namanya tu...elok – elok boleh dapat projek, langsung melepas. Buat Ayahanda, cek tetap sokong 100% usaha ayahanda tu yang nak menyedarkan orang melayu. Bukan kerana kita ni sekampung, cek mesti sokong tapi kerana Ayahanda berani menyatakan yang hak. Sekian. Wassalam.

Perwakilan yang memilih KJ jadi Ketua Pemuda adalah perwakilan yang dah betul-betul "pekak, buta dan tuli".

Mereka adalah satu kumpulan perwakilan pemuda yang daif fikiran dan bolehlah diumpamakan seperti golongan manusia bertaraf kasta "pariah" yang tidak mempunyai maruah diri dan yang paling menjijikan, kerana memilih seorang Ketua yang rendah moral peribadinya. Seorang yang telah didapati bersalah kerana rasuah.

In the final analysis we can safely say that without the slightest shadow of doubt UMNO Youth is now being led by a "pariah" leader whose only moral value that is left in him is when he wants to go to the "jamban" he still remembers to close the door.

SALAM AYAHANDA RAKYAT TUN
IZINKAN,

By emgbrlAuthor Profile Page on March 26, 2009 3:21 PM

Malaysians including me remember how INTOLERANT you were to anyone who had a DISSENTING Opinion...We remember OPERASI LALANG when it was convenient for you to send Many people for an enforced holiday at Kamunting in the name of National Security!!!

MR. EMGBR1,
WE WERE ONE OF THOSE DISSENTING CRITICS TOWARDS DATUK SERI DR. MAHATHIR 'DICTATORIAL' POLICIES THEN. BUT OUR 'HURTING' HEART HAS SINCE BEEN CURED WHEN WE REALISED THE REASONS (NOT EXCUSES) FOR THE 'DRACONIAN' ACT BEING ENFORCED.

..THE UNDISTRUPTED BUILDING OF THE FASTEST DEVELOPING NATION,
..THE GENERATION OF WEALTH WHICH HAD PROSPERED THE RAKYAT
..THE PEACE AND HARMONY ENJOYED AMONGST THE VARIOUS STRATA OF SOCIETY
LAST BUT NOT LEAST.. THE RECOGNITION AS THE MODEL NATION TO DEVELOPING AND LESS DEVELOPED COUNTRIES AND CULMINATED BY THE APPOINTMENT OF TAN SRI RAZALI ISMAIL AS THE PRESIDENT, SECURITY COUNCIL OF THE UNITED NATIONS!

WE WONDERED WHETHER MALAYSIA WILL EVER BE ACCORDED SUCH RECOGNITION AGAIN?

MAY PEACE BE UPON YOU.

yes KJ won the pemuda Youth but as protected he was allowed to contest dispite of being given warning of money politics.What a shame and double standard.

Money politics,,,,,, yes whose money.........Bukan duit dia keluar tapi duit kita semua termasuk yang baca comment ini dan semua yang memberi comment dalam blog ini

DM is young next election we will support him. Najib challenge ahead is to win the by-election of the bukit. Pak lah mission is accomplished and bulih dapat gelaran Bapak Korridor

I am not a member of any political party and with the current UMNO team players I am sure the PRU 13 will not be the dream team for the rakyat as the are lable as UMNO bangsatkan Melayu

I suggest next permilihan Majlis tertinggi UMNO to be held in small town like grik, or Kodiang or even rompin there those delegates and leaders will understand how poorer Malay live or even held them in Cambodia or Laos where corrupted leaders could provide the money but there is no facilities.

I am writing from Bangkok at 1.27 am feeling very dissapointed and malu nak mengaku kaum Melayu(Khun Malay) di kalangan kawan kawan Thai saya

How much more money should I pay to the corrup leader for their own personal intrest.

I Tak nak pemimpin korup

Salam Tun....

Kalau ada yg tengok ramalan saya......ramalan saya betul.....KJ menang. La....tak kan tak anmpak-nampak lagi!!!Seterusnya sendiri mahu fikir la....

Melayu UMNO jadi Pak Kadok.

Let's give him a chance.....Huh!!! chance apa.....agenda dah ada....tak payah nak fikir la.......MELAYU!! TUTUP UMNO!! SEBELUM MELAYU BERKUBUR!!

Pak Najib.....Tolong jangan bagi malu orang Makasar!!

Salam Tun

Assalamualaikum Ayahanda Tun yang dikasihi,
Amat pahit untuk menerima kenyataan bahawa Ayahanda step down daripada Prime Minister sebab perjalanan umat Melayu masih jauh ke hadapan. Memang benar kata - kata hikmah Ayahanda Tun bahawa Melayu Mudah Lupa dan kekadang saya kesal mengapa saya dilahirkan sebagai Melayu jika begini keadaan Melayu tetapi bila ajaran Islam yang kukuh tersemat di hati, saya terima hakikat dan Perjuang Mesti Diteruskan Demi Sebuah Kehidupan Anak - anak Melayu dan Generasi saya yang akan datang. Hari ini saya berjuang untuk Melayu bukan untuk diri ini semata - mata tetapi untuk anak - anak Melayu di masa depan. Bagi Isu pemilihan Ketua Pemuda Umno, saya menjangkakan Sdr. Mukhriz akan memimpin sayap kanan UMNO tetapi jangkaan saya meleset. Yang dipilih adalah perasuah dan perosak UMNO. Untuk pengetahuan Ayahanda Tun, saya mempunyai kenalan dikalangan Cina dan India, dari pungutan suara yang saya dengar dikalangang mereka, hampir 100% tidak bersetuju perasuah tersebut menjadi pemimpin dan saya juga percaya, dikalangan ahli pemuda UMNO juga hampir 80% tidak bersetuju maka di masa akan datang akan wujud satu perbuatan sabotaj di pilihanraya ke 13, UMNO mungkin terus goyang dan tumbang jika perasuah tersebut diberi peluang di arena politik. Kalau dilantik menjadi menteri, saya tak tahu apa pula dia nak jual Malaysia ini. Mengenai Jawatankuasa Disiplin UMNO, kenapa mesti ada double standard? Kalau didapati bersalah walaupun direct atau indirect kesalahan yang dilakukan, kesalahan jenayah itu tetap telah dilakukan jadi kenapa hukumannya berbeza. Adakah perbezaan hukuman tersebut kerana Pak Lelah tu. Apa le jasa sangat Pak Lelah tu selain dari mengadai maruah negara kat Singapura. Saya malu nak mengaku dia tu sebagai Perdana Menteri sebab di dalam majlis rasmi pun boleh tertidur. Disebabkan selalu tertidur, tu sebab negara terjual. Berbalik kepada hukuman yang berbeza,rakyat mempertikaikan integriti Jawatankuasa tersebut dan UMNO. Rakyat sekarang bukan rakyat zaman 50an, 60an, 70an atau 80an yang hanya mengikut telunjuk pemimpin sahaja tetapi rakyat sekarang adalah rakyat yang berpelajaran hasil titik peluh perjuangan UMNO. Disebabkan itu, rakyat akan pertikaikan setiap keputusan yang tidak telus. Jika perkara ini terus menerus berlaku, saya ingin nyatakan bahawa UMNO hanya tinggal di dalam lipatan sejarah Tanah Melayu. Oleh itu, saya menggesa seluruh umat Melayu supaya menolak pemimpin yang korup sebab pemimpin tersebutlah akan menjual bangsanya sendiri. Bagi pihak MACC pula, mengapa tak siasat kes Ali Rustam dan seorang lagi tu? Di dalam Criminal Procedure Code ( CPC ) amat jelas menyatakan tentang laporan yang tidak semestinya berupa tulisan tetapi boleh diterima sebagai lisan. Kenapa Keputusan laporan Jawatankuasa Disiplin UMNO tu tak dijadikan First Information Report ( F.I.R ) seperti di dalam CPC . Rakyat sekarang nampak tahap integriti ciptaan Pak Lelah tu. Walau tukar nama sekalipun, dari ACA kepada MACC tetapi masih ditakuk lama Cuma nama sahaja baru. Jadi saya menggesa Ayahanda Tun supaya menegur MACC supaya tidak memilih kasih. Saya mengatakan semua perkara ini adalah kerana rasa tanggungjawab saya kepada MELAYU dan UMNO yang telah banyak berjasa menjadikan saya BERJAYA . Justeru, apa yang saya katakan ini adalah setitis kekesalan rakyat terutama Melayu yang pro perjuangan UMNO. Pemimpin di atas itu kena ingat, kalau tidak kerana kami yang mengundi mereka, tidak akan jadi pemimpin lah mereka seperti sekarang. Kami mengundi mereka supaya nasib kami dibela bukan sebaliknya. Harap – harap mereka insaf.

Assalamualaikum Ayahanda Tun yang dikasihi,
Amat pahit untuk menerima kenyataan bahawa Ayahanda step down daripada Prime Minister sebab perjalanan umat Melayu masih jauh ke hadapan. Memang benar kata - kata hikmah Ayahanda Tun bahawa Melayu Mudah Lupa dan kekadang saya kesal mengapa saya dilahirkan sebagai Melayu jika begini keadaan Melayu tetapi bila ajaran Islam yang kukuh tersemat di hati, saya terima hakikat dan Perjuang Mesti Diteruskan Demi Sebuah Kehidupan Anak - anak Melayu dan Generasi saya yang akan datang. Hari ini saya berjuang untuk Melayu bukan untuk diri ini semata - mata tetapi untuk anak - anak Melayu di masa depan. Bagi Isu pemilihan Ketua Pemuda Umno, saya menjangkakan Sdr. Mukhriz akan memimpin sayap kanan UMNO tetapi jangkaan saya meleset. Yang dipilih adalah perasuah dan perosak UMNO. Untuk pengetahuan Ayahanda Tun, saya mempunyai kenalan dikalangan Cina dan India, dari pungutan suara yang saya dengar dikalangang mereka, hampir 100% tidak bersetuju perasuah tersebut menjadi pemimpin dan saya juga percaya, dikalangan ahli pemuda UMNO juga hampir 80% tidak bersetuju maka di masa akan datang akan wujud satu perbuatan sabotaj di pilihanraya ke 13, UMNO mungkin terus goyang dan tumbang jika perasuah tersebut diberi peluang di arena politik. Kalau dilantik menjadi menteri, saya tak tahu apa pula dia nak jual Malaysia ini. Mengenai Jawatankuasa Disiplin UMNO, kenapa mesti ada double standard? Kalau didapati bersalah walaupun direct atau indirect kesalahan yang dilakukan, kesalahan jenayah itu tetap telah dilakukan jadi kenapa hukumannya berbeza. Adakah perbezaan hukuman tersebut kerana Pak Lelah tu. Apa le jasa sangat Pak Lelah tu selain dari mengadai maruah negara kat Singapura. Saya malu nak mengaku dia tu sebagai Perdana Menteri sebab di dalam majlis rasmi pun boleh tertidur. Disebabkan selalu tertidur, tu sebab negara terjual. Berbalik kepada hukuman yang berbeza,rakyat mempertikaikan integriti Jawatankuasa tersebut dan UMNO. Rakyat sekarang bukan rakyat zaman 50an, 60an, 70an atau 80an yang hanya mengikut telunjuk pemimpin sahaja tetapi rakyat sekarang adalah rakyat yang berpelajaran hasil titik peluh perjuangan UMNO. Disebabkan itu, rakyat akan pertikaikan setiap keputusan yang tidak telus. Jika perkara ini terus menerus berlaku, saya ingin nyatakan bahawa UMNO hanya tinggal di dalam lipatan sejarah Tanah Melayu. Oleh itu, saya menggesa seluruh umat Melayu supaya menolak pemimpin yang korup sebab pemimpin tersebutlah akan menjual bangsanya sendiri. Bagi pihak MACC pula, mengapa tak siasat kes Ali Rustam dan seorang lagi tu? Di dalam Criminal Procedure Code ( CPC ) amat jelas menyatakan tentang laporan yang tidak semestinya berupa tulisan tetapi boleh diterima sebagai lisan. Kenapa Keputusan laporan Jawatankuasa Disiplin UMNO tu tak dijadikan First Information Report ( F.I.R ) seperti di dalam CPC . Rakyat sekarang nampak tahap integriti ciptaan Pak Lelah tu. Walau tukar nama sekalipun, dari ACA kepada MACC tetapi masih ditakuk lama Cuma nama sahaja baru. Jadi saya menggesa Ayahanda Tun supaya menegur MACC supaya tidak memilih kasih. Saya mengatakan semua perkara ini adalah kerana rasa tanggungjawab saya kepada MELAYU dan UMNO yang telah banyak berjasa menjadikan saya BERJAYA . Justeru, apa yang saya katakan ini adalah setitis kekesalan rakyat terutama Melayu yang pro perjuangan UMNO. Pemimpin di atas itu kena ingat, kalau tidak kerana kami yang mengundi mereka, tidak akan jadi pemimpin lah mereka seperti sekarang. Kami mengundi mereka supaya nasib kami dibela bukan sebaliknya. Harap – harap mereka insaf.

Tun,

Ini adalah kali pertama saya menulis d blog ini.Saya amat TERKEJUT dengan sikap beberapa perwakilan semalam yang mengundi KJ. Nampak sangat mereka ini telah dibeli.

Dari unian akar umbi, nyata mereka mahukan mukhriz dikuti dengan khir toyo. KJ jauh sekali. Tapi sebahagian ahli telah TERTIPU dengan sikap ketua pemuda mereka, yang dalam diam memangkah KJ.

Hishamudin semalam hanya pandai MELAUNGKAN suara perangi petualang bangsa (Anwar). Tetapi petualang dan duri dalam daging yang sebenarnya ada di depan matanya. Apakah makna ini semua..? ahli-ahli tertipu lagi!

Agenda kemenangan KJ nampak seperti telah dirancang dengan teliti. KJ NI BUDAK BIJAK LAGI LICIK. TEORI KONSPIRASI boleh dilihat ketika dia dibebaskan tanpa sebab manakala ali rustam digantung. Dia dibebaskan agar dapat "bertanding dan menang"! Startegi KJ menjadi. Kroni dia dah mengirakan peratusan yang dia akan menang sebelum mengundi lagi. Nampak tak? sekali lagi kita tertipu dengan duri dalam daging!

Akhir sekali kita tunggu dan lihat apa yang akan jadi. Tun, saya harap you akan balik memimpin rakyat semua. moga panjang umur.

mean Evil is still needed by God. imagine the reality of being malaysia youngest PM is 1 step closer. when lies & evil money grew mature & monsterous...it can also goes almost as powerful as the TRUTH.

Salam Ayahanda Tun,

Keputusan hari ini melihatkan perkembangan yang memberangsangkan setelah sedikit hampa dengan keputusan semalam...

Beberapa calon yang bijak dan kuat bekerja terpilih.... Kalaulah saya boleh bagi cadangan saya harap Yb Mustapa Mohamad dapat kembali ke Kementerian Pengajian Tinggi kerana saya harap dengan kebijaksanaan beliau dapat meningkatkan lagi R & D, inovasi dll di KPT sebagai langkah awal mewujudkan negara pencipta.... huhu..


Dearest Tun,

We were very sad yesterday, u'll be surprise although i'm not UMNO but a Chinese, i was at the Mall secret recipe opposite PWTC to hear the UMNO Youth results. Lots of UMNO members were looking at us what is this few Chinese men waiting for. I'm dazed what am i doing there just to hear at least some hope for UMNO and Malaysia, a party who can protect and help Malaysia and it's ppl back on it's feet but to my disappointment it was the other way around. So sad i just wanted to scribble something on Tun's blog to keep Tun the encouragement but just couldn't type it in.

Well today i akan tidur lena sikit. With today's results i can finally sleep well thinking Malaysia will have a glimpse of hope. Why would a Chinese write this, well i knew UMNO is the only party which can revive the country as the main component party. Me and most Malaysians will find tonight is a night of hope. But to some is a short celebration :) Anyhow is up to the new elected UMNO members to work their magic to move Malaysia back to where she should be.

I have been waiting for this day since Tun retired especially 2004 it was such a demotivating year for me. Hope i can surprise Tun this year and a good year to be. Hidup Mahathir! Hidup Malaysia! Hidup BN!

Hope i could shake your hands again....

Long live Tun,

Good to hear more of you in news nowadays :)

God bless Tun and Family.

The Poor Malaysian.

yes ! khairy menang !..... yesssssss! mukhriz kalah....syukur alhamdulillah

Salam Tun yang dikasihi,

Izinkan saya lagi memberi post ini....

10.30 p.m., hari ini terasa sedikit nada kelegaan apabila mengetahui keputusan pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi baru UMNO. Apa yang dinantikan telah pun tiba. Tahniah buat TSMY. Tak lupa juga buat DSZH, DHTHO, dan DSA. Maka hampir lengkaplah apa yang dikatakan "The dream team". Tetapi ini juga menunjukkan bermulanya cabaran baru buat saf kepimpinan baru. Cabaran yang terbesar yang perlu dihadapi oleh kepimpinan baru adalah dari dalam UMNO itu sendiri. Cabaran bagi menghapuskan terus virus-virus korup yang bermain kotor. Jika virus-virus ini dapat dinyahkan dari UMNO, percayalah, dengan izin Allah, UMNO dan BN akan menang mudah pada PRU13.

DSN dan TSMY harus memberi ruang yang cukup buat Lembaga Disiplin menjalankan siasatan yang menyeluruh terhadap "kempen last minutes" dalam pemilihan ketua pemuda. Rumors heboh mengatakan terdapat taboran wang secara besar-besaran sejurus sebelum hari (malam) pemilihan. Alangkah bagusnya jika khabar angin ini benar, dan mereka yang berkenaan akan disiasat oleh Lembaga Disiplin lalu didapati bersalah dan digantung atau dipecat dengan serta merta sebagaimana yang telah berlaku kepada TSIS dahulu. Jika ini berlaku, maka "the perfect team" buat pertama kali akan muncul dalam UMNO untuk sekian lama bagi memberi nafas baru selepas pasca Tun Dr Mahathir. Ingat, TDM was a perfect leader in UMNO to accomodate perfection in the team then. Kembalikan kegemilangan UMNO dan BN, kemakmuran dan kestabilan negara seperti di era TDM. Dengan itu jika di zaman Tun, DSAB adalah petualang dan virusnya, maka di era DSN, faham-faham sahajalah siapa yang dimaksudkan. Wassalam.

Selamat sejahtera Tun yang dikasihi,

Di ruangan ini saya ambil kesempatan untuk melepaskan perasaan kepada semua pembaca, juga ditujukan khas buat teman-teman sealiran.

Perkara yang tidak diduga sering kali terjadi.Namun kita patut tahu membuat ramalan sedikit sebanyak sebelum sesuatu itu berlaku.Di zaman yang serba canggih ini sesuatu ramalan boleh jadi tepat. Ketepatan itu sebenarnya bukan kerana sekadar ramalan sahaja tetapi kerana pengetahuan yang mendalam mengenai perkara itu.Contohnya kita boleh mengetahui bila gerhana bulan akan berlaku,tepat dengan masa dan tarikh serta tempoh lamanya berlaku.Maaf ini contoh sahaja.

Saya agak terperanjat dan tidak menduga sama sekali yang KJ menang sebagai Ketua Pergerakan Pemuda kali ini.Nampak gaya ahli-ahli UMNO(Perwakilan) sudah membuat keputusan tidak selaras dengan kehendak majoriti rakyat(Melayu)di seluruh Negara.Ini menjadi pertanda bahawa PRU ke-13 nanti UMNO@BN akan kalah teruk sekali lagi.

Dengan kemenangan KJ itu,Datok Seri Najib akan menempuh jalan yang amat sukar bagi memulihkan Bangsa Melayu(UMNO) yang cedera parah selepas YAB Pak Lah mengambil alih Presiden Parti lima tahun lalu.YAB Pak Lah telah melakukan kesalahan yang banyak dalam tempoh itu.Memang benar kata Tun dulu,'kewibawaan'Abdullah Ahmad Badawi akan terserlah bila mengambil alih pucuk pimpinan.Maksud saya itulah kewibawaan yang dipamerkan oleh YAB Pak Lah.Saya tahu, sebenarnya Tun tiada pilihan melainkan melantik YAB Pak Lah sebagai pengganti Tun pada ketika itu.Tun tidak silap.Yang salah dan silap ialah YAB Pak Lah sendiri,kerana 'bodoh sombong'yang berselindung di sebalik 'Cemerlang,Gemilang dan Terbilang'.Selogan ini hanya sesuai untuk Tun .

Menyesal dahulu pendapatan,menyesal kemudian tidak berguna.
Sama-samalah kita tengok PRU ke-13 kelak. Mudah-mudahan dijauhkan Allah sebarang 'malapetaka'.Allah Maha Mengetahui segala-galanya.


Salam buat Tun M dan keluarga semoga sihatwalfiat hendaknya amin,

Kami sekeluaga amat kecewa dengan keputusan semalam kami amat lah mengharapkan Datu Mukriz dapat memenangi pemilihan ini, bagi kami sekeluarga walaupun dia kalah didalam pemilihan ini kami anggap beliau tetap menang kerana beliau mempunyai pengundi yang bersih dan iklas mengundi beliau.

Melihat pendirian kj yang memenangi pemilihan ini amat lah menampakkan yang beliau adalah seorang pemimpin yang sombong dan bongka, memikirkan tentang ucapan kj banyak kepada ucapan menampalak memdabid dada tetapi kami tetap mengangapnya kemenangan memalukan dan berteraskan kebendaan. Pencalonan nyawa-nyawa ikan pun boleh menang sebagitu rupa ini lah akibatnya terlalu lama berkempen memang rancangan mereka, kj sendiri menjelaskan sendiri di dalam rancangan perbincangan di astro awani yang mengatakan setelah dia (kj) pergi kebahagian-bahagian untuk menjelaskan siapa dirinya sebenarnya alhamduillah dia kata banyak juga yang insaf ada makna tu Tun bukan sekadar menjelaskan tapi ada gula2 yang diedarkan he he he. Lihat perhimpunan Pemuda di setiap bahagian lebih mewah. DAN sebahagian perwikalan Pemuda nampaknya telahpun dilambakkan dengan projek2 dan digula2kan maka dengan itu pertimbangkan mereka telah dikuasai oleh kebendakan yang sudah dan akan mendatang.

Tapi tak apa Tun setiap yang busuk akan berbau juga. Yang penting perjuangan ikhlas dan jujur dan kami amat kagum dengan Datuk Mukhriz menerima kekalahannya dan inilah bukti kejujuran dan keikhlasan beliau.

Sekian, Tun, take care urself and ur loving family.

Assalamualaikum,
Maaf Tun apakah yang harus kami lakukan agar Tun kembali memberikan kekuatan di negara tercinta ini. Tolong Tun demi bangsa dan tanahair apakah Tun tidak mahu bertindak lebih mendalam lagi. Perlukah kami merayu dengan air mata darah setelah kelihatan bangsa dan negara musnah seperti sejarah kehebatan kerajaan Islam di dunia. Tolong Tun saya bukan tidak percaya orang melayu mampu melakukannya tetapi saya tiada pilihan kerana saya percaya pemikiran Melayu sekarang lebih kepada tamak kan harta bukannya kepentingan keluarga , bangsa dan tanah air seperti pemimpin dulu.Saya amat kecewa dengan kekalahan anak Tun dan bertambah meluat dan bencikan UMNO kerana akar umbinya juga sudah menjadi najis yang amat busuk dan jijik. Betullah bila berharta kesalahan dan dosa ditutupi dengan harta dengan sedekah yang keji lagi hina. Tolong Tun saya semakin tenggelam punca.
Pemikiran saya juga cetek dan hanya Tun sahaja dimata saya yang mampu mengerakkan perubahan yang saya inginkan

Assalamualaikum,
Maaf Tun apakah yang harus kami lakukan agar Tun kembali memberikan kekuatan di negara tercinta ini. Tolong Tun demi bangsa dan tanahair apakah Tun tidak mahu bertindak lebih mendalam lagi. Perlukah kami merayu dengan air mata darah setelah kelihatan bangsa dan negara musnah seperti sejarah kehebatan kerajaan Islam di dunia. Tolong Tun saya bukan tidak percaya orang melayu mampu melakukannya tetapi saya tiada pilihan kerana saya percaya pemikiran Melayu sekarang lebih kepada tamak kan harta bukannya kepentingan keluarga , bangsa dan tanah air seperti pemimpin dulu.Saya amat kecewa dengan kekalahan anak Tun dan bertambah meluat dan bencikan UMNO kerana akar umbinya juga sudah menjadi najis yang amat busuk dan jijik. Betullah bila berharta kesalahan dan dosa ditutupi dengan harta dengan sedekah yang keji lagi hina. Tolong Tun saya semakin tenggelam punca.
Pemikiran saya juga cetek dan hanya Tun sahaja dimata saya yang mampu mengerakkan perubahan yang saya inginkan

Tok Det , nampaknya umno macam dah tak best je . Orang-orang yang menang semuanya tak best , yang tak disukai oleh rakyat termasuk najib. Kekuatan Umno sudah setaraf dengan PKR . silap-silap Umno memang kalah pilihanraya ke 13 . Mungkin sudah dijanji kan oleh tuhan , tak akan asyik Umno aje yang akan berkuasa untuk selamanya .
Itu janji tuhan , apabila aku memberi kebaikan kepada kamu , kamu kata kebaikan itu datang dari perbuatan kamu . bila perkara buruk datang kepada kamu , kamu kata Allah ingin meguji kamu . Apa pun semoga berjaya orang-orang Umno . Dan jasa mu tetap dikenang Pak lah . minta maaf Pak lah kalau saya pernah mengutuk Pak lah dari belakang selama ini . Saya hanyalah seorang rakyat Malaysia , yang tidak mempunyai kepentingan apa-apa pun . kerja pun takde . tetapi kemahiran yang ada pada saya menyebabkan saya masih dapat meneruskan kehidupan . Untuk Pak lah , semoga Pak lah sihat selalu disamping keluarga tercinta . Tok det pula sentiasa bersemangat memperjuangkan nasib bangsa Malaysia .Semoga berjaya semua , akhir sekali .

Salam Tun,
Syukur Alhamdulillah KJ menang ketua pemuda UMNO.
SYABAS kepada perwakilan Pemuda yang memilih KJ sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
SEKARANG BARU PADAN MUKA TUN, Skrg baru padan muka orang2 UMNO yang hipokrit dan juga puak2 pembangkang yg menjadikan blog Tun untuk membakar kebencian dan memecah-belahkan orang2 UMNO dan BN supaya membenci UMNO. Padan muka orang2 UMNO yg hipokrit kerana memgundi pihak pembangkang semasa PRU12 dan INILAH MASANYA KEBANGKITAN UMNO DAN BARISAN NASIONAL = BUKU BERTEMU RUAS. INILAH SENJATA UMNO UNTUK MENENTANG PEMBANGKANG PKR, DAP, PAS, HINDRAF, THERESA KOK, KARPAL SINGH, GOBIND SINGH, LIM GUANG ENG, LIM KIT SIANG, ANUAR BERAHIM. HANYA KJ SAJA YANG BERANI BERSUARA LANTANG MENEMPIS DAN MEMPERTAHANKAN UMNO SEMASA UMNO DISERANG BERTALU2 OLEH HIPOKRIT2 UMNO YANG BERSEKONKONG DENGAN PIHAK PEMBANGKANG UNTUK MELEMAHKAN SEMANGAT ORANG2 MELAYU DAN UMNO.
INILAH TANDA2 ORANG-ORANG YANG BERJAYA SEPERTIMANA RASULULLAH UNTUK MENYEBAR DAN MENEGAKKAN SYIAR AGAMA ISLAM BELIAU DITENTANG HABIS-HABISAN OLEH KAUM2 KAPIR MUSRIKIN, CONTOH SEPERTI TUN SEBELUM JADI PM, PENUH RANJAU DAN BERLIKU DAN KINI TIBALAH MASANYA SEORANG PEJUANG YANG BENAR2 AKAN MENGEGARKAN PUAK2 PEMBANGKANG YANG SEMUANYA KECUT PERUT BILA KJ DIISTIHARKAN SEBAGAI PEMENANG KETUA PEMUDA UMNO. BERFIKIR SECARA POSITIF UNTUK APA BERTANDING KETUA PEMUDA JIKALAU TIADA AZAM YG BESAR UNTUK MENCANTAS ANUAR BERAHIM KARPAL SINGH LIM KIT SIANG YANG SEMAKIN ANGKUH DAN MENGETEPIKAN HAK2 ORANG2 MELAYU SEPERTI MEREKA ADALAH TUAN DI BUMI MALAYSIA INI. KEPADA SEMUA HIPOKRIT2 UMNO CUBA BERFIKIR SECARA POSITIF PERKARA YG BERLALU BIARKAN BERLALU JANGAN TERPEDAYA DENGAN DAKYAH2, BLOG2 PEMBANGKANG, HARAKAH, KEADILAN DAN PENGULAS2 POLITIK YG PRO PEMBANGKANG. KALAU DULU KATA MARAH KAT PAK LAH SEKARANG PAK LAH DAH BERSARA...APALAGI YG KAU ORANG NAK MARAHKAN...DALAM BLOG TUN INI SEBENARNYA DAH RAMAI GOLONGAN PEMBANGKANG YANG TENGAH DOK MENANGGUK DI AIR KERUH...APA LAGI TUN LEPAS NI ADA MODAL LAGI NAK MENGUTUK KJ PULAK....PAK LAH DAH HABIS...ORANG-ORANG YANG GAGAL IALAH ORANG-ORANG YANG BERPUTUS ASA DAN PENGECUT DAN TIADA SIKAP INGIN MELAWAN.
KENAPA TUN BERJAYA DAHULU = SEBAB TUN BERANI MENENTANG ARUS = ITULAH SIKAP ORANG-ORANG YANG BERJAYA...TIADA YANG MUSTAHIL = UNTUK MENENTANG PUAK2 PEMBANGKANG SEPERTI DI ZAMAN PEMERINTAHAN TUN DULU = PEMBANGKANG UMPAMA TIKUS = TIADA YANG MUSTAHIL....FIKIR2KAN LAH...SAMPAI BILA KAMU SEMUA NAK BIARKAN PEMBANGKANG CINA, INDIA MENJADI TUAN DAN MEMIJAK KEPALA ORANG2 MELAYU, TAMBAHAN LAGI KAMU SEMUA KATA PRU13 UMNO DAN BN KALAH.....SIAPA YANG RUGI...KAUM CINA DAN INDIA YANG AKAN MENDAPAT MANAFAAT....TENGOK SEKARANG NEGERI PEMERINTAHAN PEMBANGKANG APA ORANG MELAYU DAPAT.....SEMUANYA MENGUNTUNGKAN CINA DAN INDIA, DAPAT TANAH DAN MACAM2 LAGI....TU BARU NEGERI KALU MALAYSIA....JADI MELAYU SINGAPORE LA....MELAYU PENANG PUN DAH MERASA DAH SEKARANG NI...BARU SETAHUN MEMERINTAH...
PIKIRKANLAH UNTUK MASA AKAN DATANG......WALAUPUN GEORGE BUSH KALAH DAN OBAMA ORANG KULIT ITAM JADI PRESIDEN AMERIKA TAKDE BEZANYA SEBAB SEMUANYA PRO YAHUDI UNTUK MEMBUNUH UMAT ISLAM TAPI KALU KAT MALAYSIA KITA NI PM ORANG CINA ATAU INDIA...LUMATLAH KITA JANGAN KERANA MARAHKAN NYAMUK HABIS NEGARA DAN MARUAH TERGADAI......PRU13 AKU TETAP MENGUNDI BARISAN NASIONAL KERANA KITA ADALAH TUAN DAN NEGARA ISLAM DAN PEMERINTAHAN ISLAM......berfikirlah untuk hari esok.

Assalamualaikum...
mmg benar,KJ mmg guna politik wang...haish,masa Mukhriz bertanding kat Jerlun pn dia bg ahli UMNO duit agar tidak mengundi Mukhriz..saya tau pn sbb pak cik saya pemuda umno kawasan tuh...susah la cmni,sbb nila setitik,habis susu sebelanga,..yg ni nila hitam,lg habis la susu2 tuh jd hitam :)

bersama sama kita berdoa semoga Allah beri rahmat kepada negara kita agar yg benar akan terus terbukti benar..aminn!

Assalamualaikum YB Tun Yang Amat Dihormati,

1.Keputusan telah diketahui,inilah pertama kali rasa gementar mengetahui keputusan KP.Tidak pernah mempunyai perasaan gementar sebegini.Jawapannya,kerana tidak sanggup lagi Umno dipermainkan oleh pemimpin tidak amanah.

2.Halo,perwakilan ,bukan Si Khairi pilihan ramai.Saya memang be.rdoa semoga Datu Mukhriz untuk menang,tetapi hati saya dah tak sedap....seakan memberitahu 'budak'ni yang akan menang.Sebabnya.....mmmp tanyalah kepada pewakilan 304 orang tu.

3.Dengar saja,ucapan 'budak' ni,terus tutup TV!Suami pun dah senyap.

4.Saya hanyalah rakyat biasa ingin melihat parti UMNO berubah dan mendapat sokongan rakyat kembali,terutamanya golongan muda.

5.Hari ini,saya terfikir mungkin ada lagi harapan?Saya berharap DSNTR tidak melantik 'budak'ni ke dalam barisan kabinet.Nak sangat jadi KP,biarkan 'budak' ni bersihkan sendiri apa-apa kerosakan yang
dibawanya.'Cold storage'kan dia ni!

Tahniah juga kepada Datuk Mukhriz kerana Datuk kalah dengan bermaruah.Semoga Tun terus tabah dan tidak berputus asa.Kami sentiasa bersama Tun.

KJ victory = My whole family & relatives vote to opposition.

As simply as that.

Thanks.

To emgbrl...

Pls look at the mirror and ask youself...where were you from traditionaly?You have no right to question our Malay rights which already concluded in "Perlembagaan"...Tun have his own style of leadership during his period...You people will never appreciate it...Tun the only Malay leader who fight for the Malays future...as Malaysia was created by Tunku Abdul Rahman from its former name of Tanah Melayu....

Salam Tun,

As a normal non political party based citizen, I see something wrong with what you have wrote:

"Dalam hanya lima tahun dibawah pimpinan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, parti UMNO sudah rosak dan menjadi amat lemah. Seiring dengan kelemahan parti, Kerajaan juga menjadi lemah dan kehidupan rakyat sudah tidak lagi sempurna"................

Wasn't it you that started all the comments and made Abdullah weak and due to that, UMNO became "rosak" because of a weak leadership which you created. A weak leadership which you have created also lead to a weak Government.

I respect you Tun and all that you have done for Malaysia but you are reversing the good work you have done by creating a weak leader in Abdullah. As a result, a weak government that will destroy Malaysia.

Are you still going to create a weak Najib if he does not listen to you? Eventhough I love you as the father of new Malaysia, but I love Malaysia more. Pls pls pls for the sake of my children and other children in Malaysia, stop it Tun. I seriously do not want to see Anwar Ibrahim leading the country. I'd rather have ali rostam than Anwar.

Salam Tun dan keluarga,

KJ menang dan ini amat menakutkan.Kenapa?KJ adalah salah seorang penyumbang utama kepada kekalahan BN pd Pilihanraya ke12.Secara peribadi saya berpendapat ramai yang berharap legacy Pak Lah akan tamat sebaik saja beliau berundur dari menjadi PM.Terlalu banyak kesedihan yang beliau bawa kepada negara ini.Mungkin tak keterlaluan jika menyamakan KJ dengan seorang timbalan PM yang pernah dipecat.KJ jelas terlalu bercita2 tinggi dan ramai yang menjadi mangsa sepanjang perjalanan beliau untuk menjadi orang paling berkuasa dalam negara.

Kenapa beliau dipilih oleh majoriti perwakilan?Saya berpendapat majoriti perwakilan terlibat dalam dunia perniagaan.Dunia perniagaan pentingkan duit.Dan tidak mustahil jalan yang kurang elok akan digunakan untuk mempertahankan perniagaan masing2.Adalah Memilih Mukhriz bermakna jalan kena lurus.Sesiapa yang menggunakan jalan yang bengkok selama ini akan hilang banyak kuasa dan wang ringgit. Juga, mungkin banyak rahsia yang akan terbongkar.

Maka untuk apa memilih calon yang jelas akan menjejaskan periuk nasi yang selama ini diisi dengan isi yang busuk?Jalan yang selamat adalah memilih calon yang sama kapal dengan dengan diri sendiri.Play safe is the best way.

Kemenangan KJ memang menghampakan sebilangan besar rakyat tapi Allah Maha Mengetahui.Apa2 boleh berubah.Ingatlah apa yang berlaku kepada Presiden PKR.Beliau pernah hanya selangkah untuk menjadi PM tapi akhirnya beliau hanya menjadi pelawak paling hebat di negara ini.Maka jika KJ memang jujur,suatu hari Allah akan tunjukkan.Jika sebaliknya Allah akan tunjukkan juga.

Walaubagaimanapun, saya yakin Presiden Umno yang baru akan mengambil iktibar daripada apa telah berlaku selama Pak Lah menjadi PM.Negara kita perlukan keajaiban untuk kembali ke trek yang pernah Tun letakkan.Presiden yang baru sudah pasti mengetahui bahawa pilihan perwakilan TIDAK melambangkan pilihan rakyat Malaysia.Kemenangan KJ memang menghampakan sebilangan besar rakyat tapi Allah Maha Mengetahui.Apa2 boleh berubah.

Akhir sekali buat Ayahanda Tun, jangan putus asa melindungi dan mempertahankan Malaysia kerana masih terlalu ramai yang memerlukan dan sayangkan Tun.Saya dan keluarga doakan Tun panjang umur dan sentiasa diberkati Allah.Amin.

meluat betul tengok muka perasuah menang KP umno. Confirm PRU13 pembangkang menang.....

Mari kita bezakan fakta dengan khabar angin dalam menilai perkembangan kepimpinan UMNO sejak akhir-akhir ini:

Khabar angin: Orang itu dan orang ini mengamalkan politik wang.

Fakta 1: Khairy Jamaludin telah menjadi naib ketua pemuda ketika ayah mertua beliau, yakni Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memegang jawatan Perdana Menteri.

Fakta 2: Khairy Jamaludin telah diberi AMARAN oleh Lembaga Disiplin UMNO berkenaan politik wang.

Fakta 3: Khairy Jamaludin telah menang sebagai Ketua Pemuda.

Setelah melihat Fakta 1 hingga Fakta 3, apakah nilaian anda? Apakah pula penilaian orang luar dari UMNO, yakni orang Melayu yang bukan ahli, golongan yang pergi mengundi namun tidak begitu ambil pusing hal-hal sensasi politik, kaum India, Cina, dan lain-lain kaum?

Assalamualaikum Ayahanda Tun dan keluarga,

Macam mana KJ boleh menang sedangkan sehari sebelum pemilihan dalam paper tunjuk Dato' Mukhriz leading....jauh pulak tu bezanya dengan KJ...mcm ada yang tak kena la...adakah pengiraan undi dan pembuangan undi di 'witness' dan di audit oleh jabatan audit negara...tak cukup dengan sprm sahaja yang witness...

Mintak Tun comment sikit....as I.m only an observer...

Tq and regards. Semoga Tun terus menulis...yes Malaysian need a leadership like u...

mamalinn

Salam.
UMNO akan terus diingati sebagai parti yang masih mengekalkan perasuah (walaupun dikatakan 'weak link'). Harus diingat pengundi2 UMNO adalah pengundi2 tegar @ orang2 lama yang sangat sayangkan UMNO yg tulen.
Statistik PRU12 cukup jelas menunjukkan fenomena ni. Lihat saja peti2 undi utk golongan muda, ke mana pilihan mereka. Perasaan meluat dah ketara sangat (kalau tak masakan calon yg dok dlm ISA kat Kamunting & tak berkempen langsung boleh menang..make sense?)
Orang kalau dah meluat, letak tunggul kayu jadi calon pun boleh menang.

Immediate effect of UMNO PAU can be seen in the upcoming by-election. Apa yang jelas, UMNO belum belajar daripada tsunami politik 8 Mac 2008. Hmm..bila UMNO nak buat keluar parti online ye..? Baru tau 'hasrat' sebenar akar umbi.

Assalamualaikum

Tun, semalaman saya tak dapat tidur semalam mendengar keputusan KJ menang Ketua Pemuda UMNO. Hati jadi tak tenteram, rasa sedih & marah yang teramat sangat bagaimana perasuah boleh menang. Memang la pewakilan UMNO yang mengundi KJ ni dah tertutup pintu hati dengan duit2, hadiah2 dan projek2 yang dijanjikan.

Mereka yang merasuah tu, ingat la haram duit yang anda terima tu. Ni pulak kalau buat makan anak bini jadi darah daging. Beringatlah darah daging yang haram tu jadi bahan bakar api neraka. Tu janji Tuhan.

Ni kalau malam ni Muhammad Taib pulak menang saya tak tau nak kata pa lagi. Memang UMNO nak ke kubur gamaknya..

Salam Tun,

Apabila saya dapat tahu keputusan pemilihan pemuda yang dimenangi oleh KJ, terdetik dalam pemikiran saya UMNO sudah berkubur. Saya bukan ahli UMNO tetapi malu dengan apa yang berlaku dengan parti orang melayu ini. Bagi saya integriti sangat penting. Jika beliau seorang yang berintegriti maka sepatutnya beliau tidak bertanding langsung sebab sudah tentu beliau telah disabitkan kesalahan tak kira kecil atau besar salah tetap salah. Bagi saya kalau setitik najis telah tertumpah ke dalam susu, sudah pasti susu tersebut adalah najis dan perlu dibuang. Keputusan untuk bertanding pun adalah salah inikan pula menang bila bertanding.

Saya tidak rasa orang UMNO faham dengan apa yang sedang berlaku sebab merekalah yang memilih ketua mereka. Sebenarnya merekalah yang memusnahkan UMNO. Dengan keputusan ini saya sudah tidak yakin lagi dengan UMNO dan pemimpin-pemimpin UMNO.

Sekian tertutuplah peluang orang MELAYU untuk membetulkan keadaan.

Im one of the saddest man yesterday. I felt betrayed by our perwakilan. It is not democracy, it is a betrayal.

1. I was there hoping for change and im one of the UMNO grass root hardcore, but it happened otherwise.

2. We were so ready and give all hope to our perwakilan to convey our message.

3. We have given our message in the last election by voting against UMNO.

4. We have given message by pushing Mukhriz up. We dont know who is Mukhriz at 1st place cause he was unfairly overshadowed and downgraded by KJ. We dont listen to bad rumors about KJ or anti KJ movement, We just dont want to see KJ face thats all cause he cant lead us.

5. We have talked with our perwakilan and they promised to convey our message. We were there in PWTC to see it happen. But we were "betrayed" by our perwakilan.

6. They dont listen to us, they dont have any intention to entertain only one request from us the grass roots which have put the perwakilan at their place. They prefer to entertain people like KJ which is considered minority.

7. What should we do? Our perwakilan dont even listen to us......

8. However, im not surprised, this UMNO gathering was not a live telecast and harakah and keadilan newspaper was suspended for 3 months. We sense something was not right. Something bad will happen. And it just happened.

9. Im not surprised, Im just angry and sad, my hand shakes last night even i pretend to smile. And I know im not alone. I shake hundred of hands last night, all of them shakes with anger but there still a smile on their face. I got a feeling the strangers i met was not happy last night.

10. That night, Im not angry with KJ but i was angry at the Perwakilan. How could they have the heart to betray us at this moment.

11. We the grass root knew our perwakilan have taken money politics all this while even before Pak Lah time. But we dont mind, we forgive them, cause they are one of us, we chose them.

12. But for once, we just asked our perwakilan to be clean just once yesterday in their whole lifetime. Just convey our message for once thats all. After that they want to be corrupt i dont mind, just be clean for once, it takes only a few minutes for the vote to slide in. Is it so hard?

13. We waited since last year for the good news but what we get at 1130 pm?

14. This morning, when im omw to work (Im no longer interested to attend the remaining perhimpunan cause i was so depressed even I got 1 week holiday from my boss to attend UMNO), ive noticed PAS have erected a banner "Mari Join Pas" from Taman Melawati, Dato Haron, Ampang till Gombak. I guess they heard the news too. And Im guarantee they going to capitalise on this by straying the unhappy grass root to join them. And it is working.....

15. And this morning, 5 of my best friends which are hardcore UMNO supporter for the last 30 years have officially joined PAS. They sms'ed me, I should join them and contribute to PAS. Cause our own chosen people "the perwakilan" no longer listen to us.

16. But still, I have this one thin layer of hope, I want to see how they treat Mukhriz, and will Tun Mahathir come back into UMNO? I will give it another year. If it happen against what I hoped for, my decision to "realign" my political allegiance is justified.

Salam Tun,
Dukacita campur terkejut bila lihat manusia yg telah didapati salah menang. Nampaknya kudis sudah jadi cancel dalam umno.
Sifat apa aku dapat bolih butakan hati bagi setengah orang dan bolih tambat setengah orang.
Rupanya licik juga orangnya atur strateji awal ditingkat 4.
Menanglah sedikit sorak satu dewan kemudian lost selamanya.
BN akan hilang undi saya.

Che Det... !!!

Assalamualaikum...

Saya telah menulis Article di journal saya, mengenai "penyelesaian" terhadap isu dan permasalahan terhadap pembelajaran Sains & Matematik di dalam Bahasa Inggeris.

You won't regret to read it. I wrote about you aswell in there, Read my Article :

Article # 555 - http://luqiee.livejournal.com/146417.html

DO CARE ???


Sekian,

Luqmanul Hakim bin Abd Rahim bin Abd Wahab

URL : http://LuQiee.Livejournal.com

Email : LuQiee@gmail.com

salam tun,
berjumpa kita lagi,

rakan-rakan seusia saya tidak berminat dgn pemilihan MT ini. di tempat kerja tiada teman untuk meluahkan perasaan dan pendapat tentang keputusan semalam. saya tidak begitu berminat dengan keputusan wanita dan puteri. namun keputusan pemuda amat menyedihkan saya. jelas pada pandangan saya para perwakilan ini amat taksub dan setia yang entah apa-apa . saya merasakan umno boleh kekalkan wanita tetapi sayap pemuda dan puteri tidak perlu dalam umno.

- keputusan pemuda semalam langsung tidak menggambarkan kemahuan dan pilihan keseluruhan pemuda melayu dan bumiputera umno negara ini. pilihan itu hanyalah kehendak sebilangan 3++ orang perwakilan yang kononnya mewakili pemuda umno melayu.

setiakawan setia kroni.

setia menanti


ASSALAMUALAIKUM AYAHANDA TUN...

DI SINI SAYA INGIN BERKONGSI CERITA PASAL PEMILIHAN PEMUDA UMNO YANG TELAH LEPAS DI KAWASAN SAYA. RATA-RATA RAMAI YANG TIDAK PUAS HATI DENGAN KEPUTUSAN YANG TELAH DI UMUMKAN. TAPI APA BOLEH BUAT ITULAH KEHENDAK PARA PEWAKILAN.

ADAKAH KEHENDAK PARA PEWAKILAN SAMA DENGAN KEHENDAK PARA-PARA PENGUNDI SEMASA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG. JIKA PADA PILIHANRAYA YANG AKAN DATANG BERLAKU SATU LAGI KEJUTAN KEKALAHAN MAKA INILAH KEPUTUSAN YANG TELAH DI BUAT OLEH PARA PEWAKILAN YANG MEWAKILI BERJUTA AHLI DAN PENYOKONG BN.

ANTARA PERSOALAN DAN PERTIKAIAN YANG MENJADI KEBENCIAN PARA RAKYAT YANG MENGIKUTI PERKEMBANGAN POLITIK PADA HARI INI IALAH,KENAPA PERASUAH BOLEH MENJADI PEMIMPIN DAN MENANG DALAM PEMILIHAN KALI INI.

CAKAP-CAKAP KEDAI KOPI, MENTANG-MENTANG MENANTU PM SEMUANYA BETUL. KALAU ORANG LAIN DAH HABIS KENA SIASAT DAN DI PERSALAHKAN.

KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA. RAMAI YANG BERKATA UMNO TIDAK TELUS DALAM MEMILIH CALON SEMASA PEMILIHAN PADA KALI INI WALAUPUN ADANYA LEMBAGA DISIPLIN. TAPI KEPUTUSAN YANG DI AMBIL OLEH LEMBAGA DISIPLIN MENUNJUKKAN ADA SIKAP BERAT SEBELAH MENTANG-MENTANG SI PELAKU MENANTU PM. INILAH CAKAP-CAKAP KEDAI KOPI

TIADA GUNANYA MENJADI PARTI TERBESAR DI MALAYSIA JIKA TIDAK TELUS DALAM MENGHAPUSKAN RASUAH DALAMAN PARTI. MULUT BERKATA TAPI TINDAKAN TIADA. MULUT BERKATA BERJUANG UNTUK BANGSA,AGAMA DAN RAKYAT, TAPI BILA DAH BERJAYA SEMUA LUPA DENGAN RAKYAT, YANG DI INGAT HANYA KEPENTINGAN PERIBADI.

KALAU PARA PERWAKILAN BERKATA MEREKA MEMILIH CALON BERDASARKAN KEBIJASANAAN CALON ITU BERHUJAH. MAKA JELAS SATU KESILAPAN TELAH BERLAKU.

LUAHAN RAKYAT PADA HARI INI, KINI DENGAN JELAS TELAH NAMPAK SEOLAH-OLAH ADANYA SATU KUMPULAN YANG BERUSAHA MEMBAWA GENG-GENGNYA NAIK BERKUMPULAN DEMI MENGEJAR CITA-CITA MENJADI PM TERMUDA.

PERSOALAN SAYA ADAKAH UMNO MEMIKIR PERASAAN RAKAN-RAKAN BN YANG LAIN BILA BERKATA DAN MENGAMBIL KEPUTUSAN. JANGAN KERANA PERBUATAN UMNO KESUKARAN DI ALAMI SEMUA KOMPENEN BN YANG LAIN. RAKYAT SUDAH BIJAK MEMILIH JANGAN KERANA ADA KEBENCIAN RAKYAT TERHADAP PEMIMPIN TERTENTU BN MENJADI MANGSA KEKALAHAN.

MAKA FIKIR-FIKIR WAHAI KETUA-KETUA. TANPA RAKYAT SIAPALAH ANDA

W A S S A L A M.

TEROPONG RAKYAT.

Salam Tun,

1. Tak syak lagi, UMNO akan kalah teruk dlm PRU 13 nanti.

2. Pahit untuk diluahkan, tapi itulah hakikat yang perlu ditelan.

3. Khairy menang. Dia yang memperoleh undi terendah ketika pencalonan peringkat bahagian, didapati bersalah oleh lembaga disiplin UMNO bersabit kesalahan rasuah seminggu sebelum pemilihan menang dengan begitu selesa mengalahkan bukan seorang bahkan dua lagi calon ketua pemuda.

4. Khabarnya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bakal tewas.

5. Amat mendukacitakan.

6. UMNO gagal mengambil hati rakyat.

7. Maka terimalah padahnya. Saya janji UMNO akan kalah dalam PRU 13.

8. Melayu tidak membunuh UMNO. Perwakilan UMNO lah yang membunuh UMNO.

9. Selamat tinggal UMNO>

Assalamualaikum Tun,
Harap Tun dalam keadaan sihat walapun setelah mendapat tahu keputusan Pemuda UMNO.
Saya merasa tekanan yang amat sangat apabila mengetahui keputusan Ketua Pemuda hingga saya tak dapat melelapkan mata.
Dilema saya adalah PRU akan datang nanti siapa yang saya nak undi.Telan mati mak luah mati bapak.
Pilih UMNO saya jijik dgn perwakilan "setia kan wang".Pilih pembangkang musnahlah identiti bangsa.

Bagaimana Perasuah boleh memulakan ucapan dengan Basmalah dan selawat?

Bagaimana mana Badan Pecengah Rasuah tidak mencegah rasuah?

Bagaimana Lembaga Disiplin tidak boleh mendisiplinkan diri untuk menjatuhkan hukuman pada seseorang yang terbukti bersalah?

Kepada pejuang Ugama dan Bangsa Melayu UMNO keluarlah pada UMNO dan tubuhkan lah Parti Pembela!!!!!!!
Saya cabar kepada semua yang betul betul memperjuangkan Perjuangan UMNO asal jangan duduk diam do somethig!!!!!!


Assalamualaikum

UMNO is doomed. It's official that the corrupt ways is the UMNO ways - no more evident that in Pemuda UMNO. Not just the Ketua Pemuda that is officially corrupt - confirmed by JK Disiplin - but look also at the Pemuda Exco lineup.

Now that we know UMNO will be rejected by the masses - as the forthcoming by-elections will confirm. What is our - meaning the silent majority us - next step? Takkan nak tunggu PR13 result baru nak moan and regret? The result is no longer in doubt... DSN can say all the rhetoric words... but reality on the ground is different...

Dear Tun,

I am waiting for your comments on the result of the Party Election. I think something is wrong somewhere looking at the results.

Is it money which is doing the work in this Party Election.

I guess only God knows.

Dengan perasaan sedih, saya berani jamin, PRU13, UMNO confirm bungkus... saya sendiri pun either undi orang lain, ataupun undi rosak.. tengok la camana..

Tun... the dark side has clouded the mind of Pemuda UMNO totally this time... we will always with you in this time of peril...

Assalamualaikum
Tun dan Kelauarga semoga sihat selalu,

Saya betul-betul rasa sedih Mukhriz kalah dalam pemilihan pemuda umno,Rasa tak puas hati pun ada.

Songsang?

Apa yang songsang?

Ni ha.....pemilihan dalam perhimpunan UMNO ni,nampak songsang.

Kenapa?

Ye la,pemimpin yang ditolak rakyat adalah pilihan bagi para perwakilan UMNO untuk memenangi kerusi masing-masing.Kan songsang tu.

Begini ceritanya.

Dalam pemilihan Ketua Wanita UMNO,Tan Sri Rafidah Aziz yang merupakan seorang Ahli Parlimen yang memenangi kerusi Parlimen Kuala Kangsar yang dipilih oleh rakyat,tapi kecundang kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang kalah dalam pilihanraya umum lepas bagi mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai.

Jadi,songsang le sebab apa yang dipilih rakyat adalah bertentangan dengan apa yang dipilih oleh perwakilan UMNO.

Satu lagi.

Ketua pemuda UMNO telah dimenangi oleh Khairy Jamaluddin.Memang dia Ahli Parlimen yang dipilih oelh rakyat tapi majoriti agak tipis(agak kontroversi),dah tu dah di dapati bersalah dalam Lembaga Disiplin UMNO.

2 orang lagu calon yang kalah adalah Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang dilihat bersih dan disokong oleh rakyat dengan memenangi kerusi Parlimen Jerlun dengan majoriti tinggi walaupun negeri yang beliau bertanding tu jatuh kepada pembangkang.Datuk Seri Mohd Khir Toyo juga walaupun kalah dalam pilihan raya tapi dilihat 'bersih' dalam Lembaga Disiplin UMNO.

Jadi ini pun nampak songsang.

Sekarang ni kalau di teliti,apa yang tidak disukai oleh rakyat,itulah yang betul-betul disukai oleh ahli UMNO.

Aduhhhhhh.........macamana ni ye?

Semasa saya tulis artikel ni keputusan Timbalan Presiden belum diumumkan,tapi dengar khabarnya Tan Sri Muhd. Muhammad Taib mendahului kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Jadi yg ni saya malas nak huraikan.Anda yang pakar dalam politik dapat tafsirkan sendiri.

Kalau Tan Sri Muhd Muhammad Taib menang?

Kalau Tan Sri Muhyiddin Yassin menang ?

Lu pikir le sendiri(ikut kata Nabil Raja lawak)

Lepas pemilihan UMNO ni ada 3 pilihanraya kecil pula iaitu kat Bukit Gantang,Bukit Selambau dan Batang Ai.Semua ni akan dipilih oleh rakyat bukan para perwakilan.
Ingat tu.


http://vemmabuilder.com/533001605/det

Assalamualaikum Tun,
Saya dan suami kini hanya menanti dengan penuh harap agar Najib betul2 mengotakan janjinya untuk mengubah persepsi rakyat yang rata2 skrg telah muak / jelak dengan umno yg menghalalkan pemimpin yang terbukti merasuah tetap dipilih menjadi pemimpin umno. Jika tiada perbezaan...sekurang-kurangnya Umno sudah hilang 9 undi orang dari keluarga saya untuk PRU13 nanti..yg selama ni telah mengundi umno tanpa berbelah bahagi.

Mukhris...teruskan perjuangan dan bantu Datuk Najib. Tugasnya berat.. untuk melakukan rombakan yg dijanjikan bukanlah mudah seperti yg dikatakan. Pasti ada hikmah disebalik keputusan ini...sapa tau mungkin Najib akan membariskan orang seperti Mukhris bg membantunya mencerahkan kembali nama umno dimata masyarakat.

kj..kemenangannya disukai pembangkang...
Harap kj tak pi ganggu orang merayu undi nanti... aura serta persepsi masyarakat terhadapnya masih belum pulih lagi....tolonglaa mesti umno akan kalah lagi

Sebak gak dengar ucapan Paklah tadi tetapi tidaklah semudah itu untuk menghalalkan tindakannya... tapi, sekurang-kurangnya dia tidak flipflop lagi...alhamdulillahhhh

YAB TUN,

SEMALAM UMNO DENGAN JELAS MENUNJUKKAN YANG IANYA AKAN MEMILIH PEMIMPIN YANG JELAS BERSALAH ATAS TUDUHAN RASUAH - MAKA ATAS BUKTI INI TIADA ADA KATA-KATA 'PERUBAHAN' OLEH UMNO ITU AKAN BERMAKNA APA-APA LAGI.

SAYA KECEWA DAN TIDAK ADA KEYAKINAN LAGI KEPADA UMNO SELEPAS KEPUTUSAN PEMILIHAN PEMUDA UMNO SEMALAM.

JELAS UMNO SUDAH ROSAK.

SAYA BERTERIMA KASIH KEPADA DATUK MUKHRIZ KERANA BERTANDING KERANA TANPA HALANGAN DARI BELIAU MUNGKIN 'KEJIJIKAN' TIDAK AKAN TERNAMPAK.


HARI-HARI TERAKHIR UMNO SEBAGAI PARTI TUNJANG ORANG MELAYU BERMULA DENGAN KEPUTUSAN ITU. JELAS SEKALI LAGI MATA RAKYAT DI JOLOK-JOLOK SEOLAH-OLAH RAKYAT MELAYU MALAYSIA INI LANGSUNG TAK BERDAYA ATAU PUN TAK BERFIKIRAN.

TIADA APA LAGI YANG PERLU DI SEBUT. KEPUTUSAN PEMUDA UMNO SEMALAM MENGUNGKAI DAN MENJELASKAN HAMPIR 100% KEADAAN UMNO DAN KENAPA IANYA TIDAK LAGI AKAN DI PERCAYAI OLEH RAKYAT MELAYU.

TAHAP KEBENCIAN KEPADA 'PENAFIAN' DAN KEANGKUHAN UMNO KEPADA RAKYAT SUDAH TIDAK ADA PERKATAAN LAGI.

SEKIAN.

My dearest Tun,
As I write this, Khairy Jamaluddin has just won the Pemuda Umno election.
I hereby predict that in the next coming general election, UMNO will fall and that this is the beginning of the end for UMNO.
I am sad to say that the delegates of Pemuda UMNO does not care for the grassroots of UMNO.
I am so disgusted by what has happened that my friends and I will now switch our allegience to other parties.
I am a strong supporter of you, my dear Tun, but Khairy's win has shown that UMNO has no regard for us ordinary Malays.
Khairy's win shows without doubt that money politics is STILL alive in UMNO and it is so disgusting.
I am now SICK of UMNO. I am sure many malays have similar comments and feelings.
Perhaps, it is time for Mukhriz to form a new party, to help safeguard and assist the downtrodden Malays. I will definitely join with Mukhriz.

Salam kasih dan hormat Ayahanda Tun.

1) Tanggal 25-03-2009, Keris pun dicabut lagi dan bermulalah laungan keramat Pemuda UMNO Malaysia! Begitu gah dan berani dentumannya!

2) Petualang sana, Petualang sini, Petualang diatas, Petualang dibawah! Petualang dibelakang, Petualang dihadapan, semuanya Petualang! Apa betulkah begitu? Ataupun hanya omongan kosong buat modal berpidato sahaja?

3) Tapi agaknya siapakah sebenarnya yang menjadi Petualang Melayu pada hari ini?
A – PKR dan Anwar Ibrahim
B – UMNO dan Pemuda UMNO
C – Ataupun kedua-duanya sekali

4) Telah lewat 63 Tahun Bangsa Melayu mengharap dan bergantung nasib kepada perjuangan UMNO. Dan sedihnya, hanya cuma dalam sehari sahaja ditangan 302 orang “darah muda” Perwakilan Pemuda UMNO, telah hancur berderai harapan ini semua, dan termusnahlah semangat Melayu Anti-Malayan Union yang hidup semenjak dari tahun 1946 dahulu. “Putus sudah kasih sayang, hancur berderai-derai” – seperti nyanyian seniman agung negara kita, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

5) YB Datuk Seri Hishamuddin saudaraku, jangan menangis lagi. Simpan airmata anda untuk PRU13 kelak.

6) YAB Datuk Seri Najib, apakah gunanya mana pun set undang-undang yang tersedia ada didalam kerangka kerja UMNO hari ini, jika adanya melalui peraturan dan set undang-undang yang sama juga, seseorang yang telah merasuah, dan telah didapati bersalah dalam jenayah berkenaan – tetap telah diberikan ruang untuk bertanding dan mecapai kemenangan besar pula dia akhirnya? Menewaskan mereka yang tidak merasuah? Apa mesejnya disini ya?

7) Adakah kebenaran yang menyokong persepsi bahawa kini hala tuju Malaysia dan Bangsa Melayu hanya terletak pada coretan pangkah dan darah muda 302 orang Perwakilan UMNO ini? Ada juga logiknya kami lihat. Entahlah, mungkin kami tersilap pandang lagi sekali?

8) YAB Datuk Seri Najib, maaf berkata, saya tengok Tuan hanya duduk dan tunggu rezeki bergolek sahaja nampaknya? Mungkin saya salah nampak Tuan, dan maafkan saya jika tidak begitu pula hakikat sebenar yang tersirat olehnya. Tapi adakah ini bermakna Pentadbiran Ke-Enam UMNO pun tetap akan bergelumang dengan selut dan caturan budak-budak “Tingkat Empat”?

9) Namun semua telah sedia maklum, padah pertama telah dirasai Tuan. Apa adakah lagi padah Petualang yang akan bermusibah, bertandang ke laman Tuan kelak? Saya rasa, lebih elok saya berdiri dan berjuang demi untuk sesuap nasi daripada mengisi borang dan mengharap sahaja. Jika saya ditakdirkan rebah, biarlah saya terimanya dengan cara berdiri. Rebah akan tetap rebah juga jika itu takdirnya, tapi biarlah saya diingati dalam pada masa saya sedang berdiri.

10) Saat-saat getir masa untuk “ruang kerja rektifikasi” bagi UMNO; adakah telah dipergunakan dengan terbaik mungkin? Atau pun hanya buat guna ala’kadar sahaja? Apakah hasil yang dapat diperolehi daripada peruntukkan masa ini?

11) Telah saya perkatakan, harapan terakhir UMNO di Tanah Melayu ini adalah kiranya Tuan bertindak lebih “assertive” dan “bold”. Apalah gunanya undang-undang sedia ada jika ianya telah tercemar dan juga hanya digunakan demi untuk kepentingan para perasuah yang bergelar YB sahaja?

12) Apakah lagi penghormatan yang masih hendak diharapkan dari kami orang Melayu? Kami adalah lebih bermaruah hari ini jika dibandingkan dengan UMNO yang masih ada tinggal lagi kini. Dalam teratak beratap nipah kami tak ada perasuah yang terlepas hukuman sedang bermaharajalela. Dalam teratak berlantaikan buloh kami tak ada pula Petualang Melayu. Namun dalam teratak berdinding anyaman-rumbia kami ada terdapat keikhlasan dan semangat perjuangan Melayu yang masih utuh. Apa layakkah Tuan dan kerajaan Tuan mengharapkan walau sedikit pun penghormatan daripada kami semua ini? Jawablah seikhlasnya dalam hati kecil Tuan.

13) Tuan, saya merayu kepada Tuan supaya membuat apa yang terbaik mampu dalam bidang kuasa pemerintahan Tuan sebagai Kuasa Pemerintah Melayu cabang Eksekutif tertinggi di Tanah Melayu ini dengan kadar yang amat serta merta.

14) Jangan dibiarkan persepsi umum yang juga bakal modal bagi percaturan pembangkang menjadi kenyataan juga akhirnya. Maaf juga jika saya telah terkasar bahasa atau adat dengan Presiden UMNO ke 6 yang baru, tapi sebenarnya pada hari ini Tuan juga sudah hampir jadi orang miskin yang papa lagi kedana. Azab kehidupan sebegitu Tuan - janganlah di-intai atau dicubanya. Minta simpang jauh-jauh.


15) Dalam kegembiraan kelompok Tuan menyambut realiti terkini bahawa Tuan adalah kini Presiden UMNO yang Ke-Enam, kami dengan penuh rasa insaf, keikhlasan dan rendah diri juga, turut megirimkan kepada Tuan salam simpati yang tak sepertinya ini.

16) Namun ada suara kecil berbisik pada saya; apalah gunanya mengharap jika tidak boleh mempercayai? Apalah gunanya bergelar pemimpin jika tiada kaliber kepimpinannya? Bagi saya agak-kiranya, merasakan bahawa YAB Datuk Seri Najib tahu apa yang sedang berlaku, beliau juga faham harapan serta sentimen rakyat, dan peringkat akar umbi, serta beliau juga arif fakta dan hakikat Pemilihan Agung UMNO pada kali ini.

17) Jika benarlah bisikkan tadi maka pastinya kita perlu mengenepikan kekecewaan ini sejenak dan memberikan sedikit ruang kepada kepimpinan terbaru UMNO untuk membuat analisis serta percaturan yang terkini dan terbaik mampu demi untuk bangsa, negara dan agama. Lagipun ada pepatah lama yang menyebut; “Seminggu dalam politik adalah sebenarnya suatu jangka masa yang tersangat panjang”.

18) YAB Datuk Seri Najib, harapan kami demi negara dan bangsa masih tetap dengan anda. Tapi tak mungkin akan boleh bertahan lama juga. Oleh itu mohon agar diperbetulkan hari ini apa perlu, demi untuk hari esok kita semua. Jika tidak, sama-samalah kita terima juga hakikatnya yang telah lama tersurat dan tersirat.


Wassalam.

salam TUN saya ari ni dgn rasminya kluaq UMNO cara terhormat. saya malu dan menyedari UMNO tidaklagi relevan bila memilih perasuah sbg pemimpin.rata2 pembangkang mentetawakan kita yg dianggap tidak lagi bermaruah spt pak lah. ini lah akan terjadi bila penyokong UMNO selalu senyap saja. saya amat menyesal sekali menonton keputusan smlm yg saya ingin kan perubahan, tetapi perubahan yang saya terima adalah pintu kerobohan UMNO. kini saya menyedari bahawa UMNO telah nazak tunggu masanya nanti akan mati pada pru13 nanti.
sama sama lah kita nanti ucap takziah pada UMNO dan tq pada pemusnahnya sendiri. saya kutuk UMNO kini dan selamanya....

pelik jelik dan ber bagai lagi...macammana anuar ibrahim jr.boleh menang ketua pemuda umno..si perasuah boleh menang???perwakilan buta.betul kata lim kit siang.umno gila.memeng umno dah gila.doa doa kan agar ada keajaiban yg akan memastikan unmo dan BN tak kalah lagi diPR13.keputusan semalam nampak bahawa parti paling tua ini akan jatuh tak lama lagi.semua hanya gilakan kuasa.yg paling memalukan saya sebagai org islam(org kafir pun tak berperangai seperti mereka ni)wanita umno semalam.semasa pengumuman 20 exco,satu malaysia boleh nampak..tak ubah seperti kera dapat bunga.terkinjal kinjal diatas pentas.begini kah cara kita merayaikan kemenangan??umur dah tua.semua bergoyang.yang tak patut bergoyang pun tergoyang.apakah mereka merayaikan bahawa masa depan mereka dah terang dengan kemenangan semalam??malu malu UNMO DAH HANCUR.

Dear Tun

I should not have stayed up to wait for the UMNO election results last night because it was a complete waste of time ... the PEMUDA voted for the worst candidate of the lot and in one fell swoop managed to demolish the hope of millions of interested Malays, UMNO and non UMNO members as to the future direction this party will take.

Dato Najib's speech made no impact whatsoever on the PEMUDA and I am left to wonder if they are deaf or just pure morons - the two thirds of them who voted in KJ. It is evident from their juvenile behaviour that it was in the hands of these half baked politicians that the future of the Malays would lie. They didn't make history, they managed to make the race history by their collective decision.

The lot that voted with intelligence and put their votes with your son who has the least baggage and was the most eminently qualified for the role must, as with all other responsible Malays, have given up on the whole PEMUDA movement after the votes were tallied.

If this is the lot of people who represent young professional Malays, they are a sorry lot. Yet, in reality, there are a lot of intelligent, honest, young Malay professionals who are capable of good work who shun politics precisely because it is, at the moment, filled with members of like mind and the good, honest candidates can get no where in UMNO e.g. Mukhriz. Last night clearly demonstrated the sorry state of politics and the sorry lot of members who claim to be the "voice" of the people. They had a chance, each and every one of them, to do the right thing and most of them squandered that opportunity.

God help this country!!!

Salam buat Ayahanda Tun tercinta.

Sebenanya selama ini saya hanya membaca blog ayahanda, tapi akibat daripada keputusan ketua pemuda semalam, hati saya sangat lah hancur, harapan saya musnah sama sekali. Tak dapat digambarkan bagaimana perasaan saya sekarang. kecewa, marah , sakit hati bercampur baur. saya menyokong D. Mukhriz dan saya benar2 berharap D.Mukhriz akan menang supaya UMNO akan berubah dan saya akan kembali menyokong UMNO /BN. Malangnya, PRU13 nanti saya terpaksa memberi undi saya pada sesiapa kecuali UMNO/BN sbb yang pasti saya memang dah benci dan menyampah dgn situasi mengarut yang melanda UMNO/BN sekarang.

Semalam saya tak dapat tidur memikirkan apa akan jadi dengan nasib bangsa, agama dan negara tercinta saya ini..

Ayahanda Tun, bantulah kami..

Yang benar,
Ayu

UMNO NOW- A Third Party’s View

Dato’ Sri Najib is now officially the 7th President of UMNO. It is widely acknowledged that DS Najib has inherited the most fragile and controversial UMNO leadership ever.

He had been involved or linked with various controversies i.e. the flip flop decisions relating to various projects, The Perak State Assembly Saga, accusations linking him with the murdered Altantuya etc.

We could say that DS Najib was lucky to be the sole candidate for the post of UMNO president. Hence he won that post effortlessly. We should not forget that there are other UMNO leaders, who command respect of the grassroots i.e. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Sharir Abdul Samad, Datuk Ahmad Zahid Hamidi and others.

DS Najib’s political career had commenced on the demise of his late father Tun Abdul Razak. It could be concluded that his political path was smooth sailing without any significant struggle. However, his head ache commenced as soon as he was announced to take over the leadership of UMNO from Pak Lah last year. Now that he is the President of UMNO, he is also expected to take over the Premiership (If tradition is followed).

DS Najib is expected to face tough time to retain the premiership. He is expected to face challenges from within UMNO and from the Opposition alliance (Parti Keadilan to be exact). I am sure DS Najib would have learnt a lot from the events during the past 5 months. The wrong moves initiated by DS Najib could be considered as valuable political lessons.

The practice of Prime Minister also being the Finance Minister was started by Tun Dr Mahathir immediately after the dismissal of Datuk Seri Anwar Ibrahim during the late90s. If we weigh the both the portfolios we could conclude that each of them demand vast attentiveness and time. Prior to late 90s Finance Ministry was handled by a separate minister, normally a senior minister (remember Tun Tan Siew Sin, Tengku Razaleh Hamzah, Tun Daim Zainuddin etc). It is my opinion that it is over taxing for a Prime Minister to also be the Finance Minister. Pak Lah did the mistake and failed. My wish to DS Najib is that, let someone else handle the Finance Ministry.

Another area that DS Najib has to look into is the unity of each and every component parties of Barisan Nasional (the current state of those parties is pathetic and heavily divided). The next move would be to unite all the component parties into one umbrella i.e. Barisan Nasional.

As all of us are aware, majority of us would pity the underdogs. At times we forgive and forget the faults and mischief of these underdogs. In the March 2003 election an opposition coalition with the underdog tag took part in the election. It was a coalition made up of Keadilan, DAP and PAS. The BN took the coalition very lightly and assumed that they would triumph as usual. Surprise! Surprise! The opposition coalition got a thumping endorsement to the extent of gaining control of 5 state assemblies. Even the opposition leaders themselves could not believe it. As Tun Dr Mahathir said “It was not a victory for Pakatan Rakyat but was a fall of Barisan Nasional”. The statement by Tun is very true. It was a vote of frustration and a vote against arrogance.

What I feel is that, the underdog tag of Pakatan Rakyat should be detached. I do understand that It is quite difficult when you have only 2 coalitions. It is believed that the underdog is normally bullied and oppressed. So, BN should not resort to “open” bullying and oppression of the opposition coalition. If they do that, it would be analogous to ‘digging their own grave’. The enforcement officers and authorities should treat both coalitions in the same manner. The bottom line is, all parties should treat each other gentlemanly and professionally.

All the component parties within Barisan Nasional should be subject to disciplinary action by BN if they do not conform to their own constitution, rules and regulations. At the moment BN does not and could not interfere in say, PPPs internal affairs. This should not be the case, as the affairs of the component party directly affect the image of the Barisan Nasional.

The Barisan Nasional membership is huge (on papers). This means, if BN members sincerely vote for BN plus a few votes from outsiders, there is no reason for BN to lose in the elections.

The exit of Pak Lah is very tragic. No one can deny, including the opposition leaders, that he is a gentle, honest and kind person. Unfortunately It is these good qualities that had made him vulnerable and weak in Malaysian politics. I am sure all Malaysians would welcome if Pak Lah is declared as “Bapa Penyayang Malaysia” .

Salam Tun, Kami rindu kepimpinan Tun.
Terus terang saya katakan, dahulu saya kurang berminat untuk menyokong kepimpinan Tun.. namun setelah lihat pemimpin yang ada sekarang lebih lemah dan cukup melemahkan.. bangsa MELAYU makin tak berkuasa... dan ramai masih terlibat dengan rasuah...

Hari ini saya mengaku semuanya silap.... Tun adalah orang yang paling bijak untuk memimpin kami rakyat malaysia terutama MELAYU. Siapakah yang layak pada masa sekarang? Adakah Najib? Harapan kami DS Najib akan bijak memimpin tanah air... Tersilap lagi konfirm PEMBANGKANG AKAN PIMPIN NEGARA ini pada Pilihanraya Umum ke - 13

daripada
http://matkedah.com

Tun,

Teramat lah benar apa yg di luah kan oleh Tun. Tidak akan ada perubahan didalam UMNO selagi orang orang yg di pilih oleh perwakilan adalah orang orang yg membeli undi! UMNO perlukan perubahan secara 'total'. Najib perlu berani membuat perubahan 'drastic' bermula dengan rombakan kabinet yg sediada. Pemimpin yg terlalu lama harus turun secara sukarela. Beri peluang pada muka baru yang boleh 'deliver the result'. Muka baru yg akan di pilih pun harus lah dari kalangan yg berakal, bijak berkomunikasi dan bersih dari gejala rasuah.

Rakyat perlu kan transformasi. UMNO harus bekerja lebih keras "to gain back the respect and trust from the people. Najib, make or break; its all up to you now..."

And Tun, one last favor; please call Najib for a meeting and give him your 2 cents worth...smack him for us...(the people...)

pemimpin pemimpin yang rasuah sebenarnya bukan lah pemimpin yang sebenar tapi ada lah musuh dalaam selimut.mereka ada lah orang yang menggunakan nama pejuang bangsa untuk kepentingan sendiri.mereka lupa lobang kubur mereka terlalu kecil untuk memuatkan apa yang mau mereka kaut...ok jumpa lagi tun mahathir yahg d hormati..bos saya da tegok kan saya

Salam Tun

Apa kata semua ahli UMNO dari peringkat bawahan sampai keatas diberi hak mengundi post post tertinggi dalam UMNO.

Caranya, setiap ahli UMNO diberi Username dan password dalam internet poling system (Internal). System nie tak kisah lah samada untuk menentukan siapa yang layak jadi ketua ker, atau system ini untuk menilai dasar dasar yang akan diperkenalkan ker atau system ini menilai dasar dasar yang telah diperkenalkan.So dengan ini UMNO sendiri akan mendengar Suara rakyat secara terus.

Ingat, vote yang maha kuasa adalah KUASA RAKYAT. Kalau dah ada berjuta juta ahli umno pasti tak der masalahnya nak tau apa yang rakyat mahu. Kalau degil juga pasti rakyat akan sokong yang lain pasal bagi rakyat.. tol kami bayar, tax kami bayar, cadangan dan aduan tak didengar so pasti bagi rakyat akan ambil sikap siapa peduli.Sokong pun sama tak sokong pun sama

Kalau susah sangat Tun, suruh saya buat system nie. Senang

Wasalam
Amir Miraj

SALAM,
Apakan usaha yg sepatutnya dilakukan oleh ahli-ahli UMNO? adakah mereka tiada kuasa utk menyuara & melaungkan langsung ketidakpuasan hati mereka mengenai hal2 dalaman UMNO...siapakah perosak bangsa melayu kalau bukan melayu sendiri enggan benar2 bangun dalam memperkasakan kembali imej UMNO seperti zaman Tun.

Saya benar2 sedih dgn keadaan politik kini. UMNO sekarang sudah tak relevan utk mendaulatkan bangsa MELAYU. Dimanakah MELAYU SEJATI sebenar-benarnya didalam UMNO!!!

Pemimpin UMNO harus buang segala kepentingan peribadi!!! Berjuang lah demi BANGSA MU !!!!

Akum TUN

memang jelas pengundian KP UMNO telah memihak kepada calun kesetiaan kepada Wang. Calun aspirasi akar umbi memperoleh undi melebihi 65% (Mukhriz + Khir Toyo) tetapi kalah sebab terpaksa pecah undi kerana lupa perjuangan asal yaitu untuk memperolehi undi majoriti.

Walaupun kumpulan "kesetiaan Wang" cuma memperoleh lebih kurang 30% tetapi dinobatkan sebagai KP UMNO.. Malu malu malu.

Saya bersetuju dengan TUN suara majoriti akar umbi telah disalah gunakan oleh lembaga disiplin UMNO yang hanya memberi amaran kepada yang bersalah dalam politik wang dan akhirnya suara majoriti dipinggirkan..BERKUBURLAH UMNO

PIHAK PAKATAN RAKYAR TERSENYUM SIMPUL DENGAN KEPUTUSAN PEMUDA SEMALAM KERANA APA YANG DIINGIN DAN DIIDAMKAN TELAH TERCAPAI UNTUK DIJADIKAN MODAL PILIHANRAYA BUKIT GANTANG, SELAMBAU DAN PRU 13.

Selamat tinggal UMNO ku sayang.. Bye bye bye

ulasan saya dapat di jenguk di wwww.pantausblog.blogspot.com

wassalam

Assalamualaikum Yang berbahagia Tun,

Nampaknye saudara KJ dipilih mengetuai Pergerakan Pemuda Umno. Hmmm... teringat saya bidalan lama:

"Bapa borek, Anak rintik" & "Kalau Bapa Kencing Berdiri, Anak Kencing Berlari".

So, kalau dah ketua di dapati bersalah dengan politik wang (bahasa orang-orang bangsawan untuk "RASUAH"), maka tidak mustahil untuk pengikut-pengikutnya, kuncu-kuncunya, anak buahnya dan sebagai nya menjadi PERASUAH, PEMERAS, SAMSENG, dan sebagai nya.

Apa komen Tun.

Looker

Salam Tun,

Keputusan pemilihan Ketua Pemuda semalam telah menunjukkan ramalan Tun dalam para 12 betul...KJ dah jadi ketua Pemuda setelah pengiraan semula undi...sekarang tunggu dan lihat PRU ke-13. Perwakilan UMNO akan menyesal nanti.

12. Saya percaya Dato Seri Abdullah akan paksa Najib pilih orang tertentu untuk jadi Menteri Kabinet Najib. Kita tahu sangat keinginan orang ini menjadi Perdana Menteri termuda. Sebenarnya kalau pun dia menang, penyertaannya dalam Kerajaan akan menyebabkan pengundi tolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13. Apatah lagi jika dia kalah dan masih lagi dapat tempat dalam Kerajaan.

Cakaplah tentang jijiknya rasuah, tubuhlah apa saja seperti MACC, bergegar suara membenci rasuah dan politik wang, Tapi bila menyentuh anak menantu sendiri ini jadinya:

a. Wujud dua set undang-undang
i. orang lain bersalah kena batal dari bertanding.
ii. menantu bersalah tapi terus bertanding. Di canang kepada
orang lain bahawa hukuman AMARAN bererti dia tak bersalah.

b. 304 pemuda dah jadi amat kaya agaknya. Kejujuran macamana
sekalipun dizaman ini, wang tetap dapat mengatasi kejujuran.

Maka mereka menunggu jawatan kabinet apa yang akan dapat. Jangan lupa bahawa Rafidah selaku Ketua Wanita pun tidak dilantik sebagai menteri. Itukan hak PM.

Seperti kata DSN, beliau perlu saf yang padu. Semoga beliau kotakan janji keramat ini kalau tak mau diperlekehkan nanti oleh lebih ramai penyokong UMNO akibat tekanan orang yang nak pergi tu. DSN boleh buat ikut pertimbangan beliau sebagaimana pak lah buat sebelum ini tanap memperdulikan jasa orang sebelumnya.

Silap langkah DSN, bererti memang benarlah DSN akan menjadi PM BN yang terakhir. Iaitu abjad N adalah terakhir teori RAHMAN. Semoga DSN mengambil iktibar dengan penuh tawaduk dan sabar sebagaimana KESABARAN beliau dan Rosmah menghadapi fitnah, hasutan,tekanan yang menghalang cita-cita beliau yang pastinya orang dalam UMNO jua yang sedang mengkhianati beliau.

Dear Tun,
The people of Malaysia appreciate your wealth of experience as a former PM.However during your 22 years as a Prime Minister ,don't forget...you made a lot of mistakes as well!!! I still remember your catchy slogans...BERSIH,CEKAP,AMANAH....KEPIMPINAN MELALUI TELADAN....PENERAPAN NILAI-NILAI ISLAM etc.However sadly none of our Institutions today can proudly claim to be BERSIH,CEKAP & AMANAH after your Prime Ministership ie. Police,Judiciary,ACA(Now MACC ),Local Councils,Civil Service,Universities and even our Parliament have all become a laughing stock/Circus in the eyes of the world. They are all also part of your legacy.Your supporters seem to only remember the Twin Towers,Putrajaya,MSC Corridor,PROTON, Privatised Monopolies such as TELEKOM,TNB etc,Currency controls when they think about your legacy.

Malaysians including me remember how INTOLERANT you were to anyone who had a DISSENTING Opinion...We remember OPERASI LALANG when it was convenient for you to send Many people for an enforced holiday at Kamunting in the name of National Security!!!However we know that it was UMNO's Insecurity or rather Your Insecurity when you felt threatened in 1987 after nearly losing the election as UMNO president. You wanted to show your stamp of authority and also strengthen your influence in your Party by making the Opposition the convenient Scapegoats.Stop making the Non-Malays your convenient Punching bag/bogeyman when you wish to drum up support among the UMNO Malays!! Have you ever wondered what Malaysia would be without the sacrifices and contributions of the Non-Malays?Probably we might have become another Cambodia,Pakistan or even Zimbabwe!!!

We also remember that you were also in a hurry to create INSTANT BUMIPUTERA MILLIONAIRES and encouraged the culture of political patronage and gave out projects freely by direct negotiations.Where are these "Millionaires" today...they have all but disappeared under the radar.What did you do to stamp out MONEY POLITICS/POLITICAL CORRUPTION during your long tenure as UMNO President?All I can remember was the shedding of some tears during one Assembly...when you pleaded with the Malays to throw away their crutches and dependence on the Government. What is ironic indeed is that UMNO and you encouraged the dependence of the Malays on the goodwill of UMNO and enabled them to obtain easy riches without putting in the required sweat via the NEP.And yet you wanted to wean them off suddenly from the Gravy train just like that?Who were you trying to fool?

I can only imagine what you would have done if all the previous PM's before you began an unceasing Harrassment/Hate campaign against you and your Government soon after you became PM? Would you have lasted 22 years as a PM?I don't think so.Even you needed a lot of space and a steep learning curve to be PM.

You've had your time in the limelight as PM for 22 years. Now it is time for the new Leaders to take over. Please give advice only when it is asked for and not unsolicited advice.You were never Perfect as a PM and do not expect others to be Perfect.

Please behave like a retired stateaman and emulate your former colleague TUN LING LIONG SIK if you want Malaysians to still have some respect for you.

Thank you.

mmmmmm Tun...masa depan UMNO makin malap dgn pemilihan Pemuda smlm, yg menang semua org2 KJ, dah mmg x dpt nak diselamatkan dah lg Pemuda UMNO, kami kat png nie yang memang sokong Mukhriz tpaksa terima kenyataan...hairan btol dgn lembaga disiplin UMNO yang masih bg KJ bertanding wlpn ada disabit kan dgn politik wang, KOMPEM PRU-13 PEMUDA UMNO akan kalah trok nye...harap2 Najib x pilih KJ jadi menteri kabinet dia, kalu pilih gak KOMPem PRU-13 BN kalah trok...

Pak Lah pn skang dok intai2 pluang utk jd menteri kanan lah, nie semua sbb nak jg kroni2 dia, kontrak anak2 & menantu dia...abih lah UMNO lps nie, nak pangkah PR x sanggup, tpaksa pangkah BN gak, tu pn x sedar diri lagi, pelik btol dgn generasi br UMNO nie...

Kepada Saudara Pembela dan Yahya Khan,

PILIHAN SAYA.

1. Presiden : Najib ..... jadi PRESIDEN BUKAN PM

2. Timbalan Presiden: Muhyiddin ..... jadi TIMBALAN PRESIDEN tetapi PEMANGKU PM

3. Naib Presiden
a) Hisammuddin ..... KALAH
b) Shapie Apdal ..... MENANG - HIDUP SABAH!!!
c) Rais Yatim ..... MENANG - HIDUP AAB
D) SHAHIDAN ..... MENANG - HIDUP AAB
4. Ketua Pemuda: Mukhriz ..... KALAH - HIDUP AAB

5. Ketua Wanita: Rafidah Aziz ..... KALAH - HIDUP AAB

Tok Det PENASIHAT TETAP SEUMUR HIDUP UMNO. ... RESOLUSI DITEWASKAN - HIDUP AAB

DEPUTY UMNO YOUTH - Datuk Razali Ibrahim .... TOKEN KEPADA NAJIB

MUHYIDDIN JADI PEMANGKU PM KERANA ISU YANG TIMBUL DI HADAPAN MAHKAMAH. MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR & IPOH.

DALAM MESYUARAT PARLIMEN AKAN DATANG, PEMANGKU PM TIDAK MENDAPAT SOKONGAN.

TENGKU RAZALEIGH DIPILIH SEBAGAI PEMANGKU PM.
RAIS YATIM SEBAGAI PEMANGKU TIMBALAN PM.
PILIHANRAYA KECIL NEGERI PERAK.
MCA, MIC & PARTI KOMPONEN MEMILIH MENJADI INDEPENDENT.
KERAJAAN BERSEKUTU SEMENTARA DI ADAKAN (FEDERAL GOVERNMENT) KEKAL SEHINGGA PRU 13.

UMNO MENGADA SIDANG MESYURAT TERGEMPAR.
LANTIK SEMULA AAB.
AKUR DENGAN KERAJAAN BERSEKUTU.

PROSES PEMBINAAN SEMULA MALAYSIA NEGARA TERCINTA, BERMULA DARI SINI.
PADAMKAN KENAIFAN DAN KEDAIPAN RAKYAT 22 TAHUN YANG LALU.
CELEK MATA RAKYAT DAN SEDAR DARI SANDIWARA 22 TAHUN.
MASYARAKAT BERTUNGKUK LUMUS MEMAJUKAN MALAYSIA.
YANG PINTAR/BIJAK/BERANI/JUJUR/BERSIH MENERAJUI SEGALA MESIN KERAJAAN.
MALAYSIA TERPAKSA MENELAN PIL YANG PAHIT.
YANG JAHANA TERPAKSA MENGHADAPI UNDANG-UNDANG DAN MENERIMA BEBANAN KEPUTUSAN MAHKAMAH YANG BERKEWIBAWA.

SEKIAN TERIMAKASIH SEKELIAN.
INILAH HARAPAN BANGSA MALAYSIA IAITU -
"KITA BOLEH MELAKUKANNYA, DENGAN CARA YANG TERBAIK UNTUK BANGSA DAN NEGARA KU , MALAYSIA."
SYABAS MALAYSIA.

Assalamualaikum Tun.

Dalam sebulan kebelakangan ni,beberapa kali jugaklah saya google tentang sejarah pemerintahan negeri Terengganu.

Apa yang saya tahu,pengasas pemerintahan sebenar di Hulu Kuala Berang telah menyerahkan kuasa pemerintahan kepada menantu lelaki beliau dan baginda Sultan telah ditabalkan sebagai Sultan Zainal Abidin I,dengan alasan untuk mengasingkan diri.

Pada pandangan peribadi saya samada betul atau pun tidak,setahu saya,sampai sekarang seluruh ahli keluarga dan sedara-mara serta ipar duai saya tidak ada seorang pun yang ditakdirkan/ada memegang sebarang pencapaian dan hal ehwal pentadbiran atau mana-mana jawatan tinggi kerajaan tempatan apatah lagi dalam Malaysia.

(Jika sekiranya nak dibandingkan dengan pencapaian saya ketika mengembara bersama-sama Tun dalam chedet.cc ini.)

Sekarang,saya berasakan bahawa saya telah diberi satu lesen yang amat besar untuk melibatkan diri dalam hal-hal pentadbiran.

Selama ini,samada saya melibatkan diri dalam bidang pekerjaan,perniagaan atau pun dalam blog ini,niat saya hanyalah satu iaitu untuk mencari seorang guru.

Dan hari ini,saya bersedia (walaupun takut-takut) untuk memohon sebarang jawatan yang berkaitan dengan politik sekiranya Tun sudi memberi saya peluang pekerjaan yang berkaitan.Walaupun barisan kerajaan masih tidak diumumkan.

Wallahu'alam.

Saya sendiri tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya.Cuma saya mengikut pesan orang tua pekak tempoh hari,tulis apa yang perlu dibaca.

Dan Tun perlu tahu saya tidak belajar tinggi,hanya Diploma Business Studies dari UiTM dan pastinya tidak fasih berbahasa English.

Semoga apa yang saya taip hari ini dapat menentukan hala tuju hidup saya pada masa-masa akan datang.

Terima kasih Tun.

agaknya bilakah negara Malaysia akan maju setaraf seperti negera Singapura, hasrat tun ingin melihat Malaysia negara maju pada 2020 ?

al maklumlah dunia akhir zaman, orang Islam banyak lalukan perkara larangan..

Apakah ahli pemimpin tidak inginkan pendapatan yang halal setaraf negara Singapura ?

Adakah dengan cara melalui kontrak2 dan mampukah menandingi pendapatan menteri di singapura .

Tepuk dada tanya selera

Salam Ayahanda Tun.

1. Ramalan Ayahanda Tun mengenai kemenangan semalam memang tepat. Syabas Ayahanda. Tidak dapat anakanda nafikan kehebatan ayahanda Tun, kerana mempunyai rangkaian maklumat serta anak-anak buah yang berkaliber dan semangat juang yang tinggi. Semoga Ayahanda sihat walafiat, mendapat rahmat ALLAH dan mendapat keberkatan ILLAHI.

2. Berita kemenangan ini sangat mendukacitakan. Anakanda sedih dengan perkembangan terbaru hari ini di Perhimpunan Agung UMNO 2009. Walaupun bukan menjadi ahli UMNO tetapi sebagai Warganegara, yang memang cintakan bangsa, agama dan tanahair ini. Tetapi apakan daya, cita-cita dan impian anakanda untuk melihat perubahan sebenar tidak akan berlaku di dalam UMNO juga hari ini. Anak Melayu akan lupa....

3. Semangat jati diri sebenar di dalam UMNO telah lama pudar sejak sepenggal lalu. Pemimpin yang di dapati bersalah dan tidak beretika oleh panel tribunal dan Lembaga Disiplin telah selamat dari hukuman. Situasi ini akan memakan diri sendiri BN di PRU13 nanti. Mungkin akan lebih ramai anak muda menolak pimpinan baru UMNO dan BN. Percayalah..

4. Lebih memburukkan lagi, Anak Melayu akan ketinggalan di belakang lagi di dalam bidang ekonomi, pendidikan, kerjaya, pentadbiran dan politik. Kita kekal jaguh di gelanggang politik tapi Bangsa masih terpinggir....Aduh Miskinnya Status Melayu!!!

5. Pemimpin datang dan pergi. Dahulu Ayahanda Tun, Kemudian DSAAB, sekarang DNAR sebagai pengganti!! Sejauh manakah Najib dan kabinetnya berjaya merubah keadaan ini?? Persoalan ini akan terjawab selepas sepenggal DNAR memerintah negara kelak. Apakah ramalan Ayahanda Tun kali ini pula?

6. Pertanyaan Anakanda : PERLUKAH KITA MENOLEH KE BELAKANG SEMULA UNTUK KEMBALIKAN NOTALGIA SEJARAH PERJUANGAN UMNO SEBENAR? DI MANAKAH REALITI MELAYU KEBANGGAAN KITA INI?


7. Harapan dan doa anakanda supaya Ayahanda Tun dan kita semua dapat menyaksikan sejarah gemilang UMNO itu dinantikan.


Last night I visited a friend that happens to be 1 of 2700 delegates voting for the UMNO top posts last night at PWTC.
It was the biggest night where I can see so many fat ass’es gathered in one place, kisses the hands of senior politician that happens to be younger than them. Its O.K., its politics. Kiss their asses too, and then you will be awarded with big projects.
I went inside my friend’s room at Seri Pacific Hotel located beside the Putra World Trade Centre (PWTC). I’m a bit astonished to see stuffs like bracelets, handbags, foods such as “kerepok”,”kelepek”,”pisang”, and many things is given by individual’s representing the candidates. Not to mention cash, a lot of cash given to the voters in order to get votes. My friend told me, he collected around RM2500 that day alone. Who says money politics is dead?
Bribes such as:
1. Cash.
2. Jewelry.
3. Fashion Accessories.
4. Foods.
5. Position.
6. Projects.
7. 5-star Hotel accommodation.
8. Transport.
When I asked why accept such bribes, they answered “Orang bagi, kita ambil la. Bukannya kita mintak, dah depa nak bagi”.
I’M SPEECHLESS……………….

Assalamualaikum...

Apa kata hangpa buat parti baru...yang takdak rasuah, tingkatkan martabat orang melayu
daripada dok cakap pong pang pon pang...
bercakap dan mengkritik...semua orang boleh bercakap, semua terel..semua tau...
Tak dapat dinafikan Tun dah banyak buat jasa pada UMNO, negara dan bangsa...tapi kita yang kat sini dok cakap benda yang dah jadi sejarah...nak buat apa?



Dr Mahathir,

1. Keputusan pemilihan jawatan tertinggi ketiga-tiga sayap UMNO
teleh diumumkan semalam.

2. Saya telah menduga bahawa KJ akan menang.

3. Jika dikaji, laluan KJ untuk memegang jawatan Ketua Pemuda
telah terbentuk awal-awal lagi tatkala beliau telah layak
bertanding.

4. Ditambah pula, beliau telah berkerja keras berkempen selama 6
bulan.

5. Jika ada yang masih tidak faham,keputusan LDU dengan hanya
memberi amaran kepada KJ walau pun didapati bersalah melanggar
etika parti adalah petunjuk jelas yang beliau akan menang.

6. Saya menduga hari ini, keputusan pembuangan undi untuk
jawatan Tim.Presiden UMNO akan melihat TS Mat Taib menang.

7. Jika betul apa yang saya duga , DS Najib kena buat yang
mustahil kalau beliau ikhlas hendak merubah UMNO.Beliau
perlu jujur kepada diri sendiri.

8. Beliau perlu membuka "pekong di dada" jika dengan tindakan itu
akan membuat perubahan dalam UMNO.Tiada cara lain lagi.

9. Akhir sekali untuk renungan semua, dipetik daripada kata-kata
Abu Sa'id al-Qarshi(terima kasih kepada Dr Mohd Zaidi Ismail,
Senior Fellow/Dir.Centre for Science and Technology,IKIM,
dalam teks beliau - Knowing the Prophet and integrity -
@ THE STAR,keluaran 24Mac 2009);
" The truthful one is he who is ready to die and he who would
not be ashamed if his secrets were disclosed".


I am now in Bangkok reading your artical about Permilihan Majlis Tertinggi UMNO

I am a bit worried of the current situation reading in the news and also here talk of local people about Malaysia being corrupted. Here are example of a person comment bring me to special attention.

Are we going to be like other nation of corrupt leaders and people

Are we not being discipline by our religion/parents and teachers to be a clean and look clean person.

I wished Tun will make a comeback in this area as Malaysian image after Tun leadership is fading in the eyes of the other nation.

Again I prey to Allah for your good health


....................................................................


Saya sudah nyatakan. Bangsa Melayu sangat senang pujuk dengan wang dan peluang. Suka jadi kaya, jadi menteri senang-senang. Tidak ada fikir strategik, semua mau senang. Negeri pun boleh kasi lain orang kalau pandai deal.

Kita tadbir Penang. Penang sudah jadi begitu maju. Kita kasi jawatan bangsa ini yg tidak ada layak pengalaman atau belajar ttinggi. Mereka diam la..
Tanpa Bumiputra pun Penang boleh jadi maju juga Tun.

Deal dengan Melayu kita sangat senang tapi misti tahu cara. Macam mana English man deal dengan malay ruler dahulu kala? During japanese invasion pula, how they dealt with some malay leader.

Harap bawa ini dalam pemikiran Tun.

By Teik Chun on March 21, 2009 4:10 PM

Assalamualaikum.

Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasullullah SAW, para sahabat, ahlul bait, wali-wali Allah, ulama-ulama, dan sekian muslimin.

Saya ingin mengutarakan pendapat berhubung pemilihan UMNO tahun 2009.

Pada hemat saya, pemilihan kali ini adalah kotor dan penuh dengan wabak politik wang.

Kotornya pemilihan kali ini kerana pemimpin yang jelas terlibat dalam rasuah politik atau politik wang dibenarkan bertanding. Keputusan Lembaga Disiplin UMNO yang tidak telus jelas memperlihatkan sikap pemimpin-pemimpin UMNO.

Bolehkah seseorang yang sudah bersalah dibebaskan tana hukuman tapi hanya diberi amaran. Umpama kes mencuri, apabila sudah jelas si pencuri mencuri, tapi mahkamah membebaskan pencuri sebab pencuri itu ada hubungan dengan orang berpengaruh. Di mana keadilan???

Sebenarnya, pemimpin-pemimpin UMNO sendiri yang menjadi petualang Melayu dan Islam, seterusnya bakal menghancurkan UMNO.

Saya amat yakin bahawa jika pemimpin-peminpin yang dipilih kali ini kekal sehingga pilihanray umum ke-13, pasti UMNO-BN akan masuk kubur kerana liang kubur sudah dikorek.

Sebagai golongan muda, saya tidak yakin dengan pemimpin-pemimpin yang ada dalam kepimpinan UMNO yang dipilih.

Liang kubur + politik wang + tidak adil = KUBUR BESAR

Tun...
Pemilihan Majlis Tertinggi UMNO dah start...
nmpaknya perwakilan buta tuli betul...masih tak nampak lagi apa yg (KJ)si mat Jenin ni buat..dia dh manang...
nmpaknya PRU13 ni..BN/UMNO akn rebah trsungkur la...
Rakyat mmg tak suka dgn KJ ni TUN...rakyat meluat/benci tgk si kj ni.Samseng sgt..mmg UMNO/BN plih jln yg sukar..org mcm ni yg perwakilan pilih adoyai...
mesti ada sesuatu semasa proses pengundian semalam.
Ingatlah wahai warga UMNO..anda semua akn tumbang di PRU13 nanti..

Salam TUN dari saya...
wasri

A,kum Tun...
Nampaknya ahli UMNO ni MUDAH LUPA
Walaupun kita dok kata apa pun depa masih dok pilih yang perasuah jadi ketua...apa nak buat dah depa nak macam tu, kita tengoklah apa hasilnya nanti...
www.vemmabuilder.com/609055105

Salam Tun,

1. I'm a little disappointed that Mukhriz lost the UMNO Youth post. However, he's still young and his political journey is still at the beginning. I wish him all the best.

2. For those who won in the party voting, could it be follow-through effect due to the 'breach of party ethics'? If that can happened during the percalonan, it's also possible to happen in the AGM voting.

3. Hope the MACC will investigate further.

4. Pak Lah said "Police must send shiver down the spine of criminals". I am very sure the police will do that. Not only the criminals will shiver... even the innocent rakyat will shiver as well based on Kugan case. Becareful, chances to die due to asthma and liquid in the lungs during detention is very high in Malaysia. Wonder why??

5. So many news around the world publishing the submarine and model scandal. How come not even a BN leader challenge the newspapers? Are we only 'gagah' in our own backyard where we suspended several opposition publication.

YABhg Tun,

You are a man of principle and you walk the talk unlike the current PM, allowing his son-in-law to stand in the just concluded UMNO Youth election while he is still the PM and Party President. I'm the least surprise with the results.

Clearly, the number of nominations for YB. Datuk Mukhriz failed to translate into votes. I wonder why..? Did the Divisions that nominated Datuk Mukhriz and subsequently their Youth Divison Representatives voted " ikut fikiran and hati sendiri " and not voted " berdasarkan amanah yang di beri oleh bahagian mereka based on the nominations given...". Hmmmm....!!!! Hmmmmmmmmmm...!!!!

CONFIRM...!!!!

Salam Tun,

Saya bekas ahli UMNO yang masih memberi sedikit harapan kepada UMNO untuk berubah pada pemilihan kali ini. Tetapi setelah melihat perjalanan kempen dan keputusan semalam, nampak nya ahli-ahli dan pemimpin UMNO masih tidak berubah. Saya menjangka keputusan itu berlaku dan ianya menjadi kenyataan. Wang, kuasa dan wanita masih lagi menjadi kegilaan dan kebanggaan mereka. Perjuangan berasaskan keikhlasan untuk agama, bangsa dan negara adalah hanya modal percakapan mereka. Saya yakin keputusan untuk timbalan presiden dan MT UMNO juga akan di kuasai oleh perasuah-perasuah juga. Tunggu dan lihat.

Bakal presiden UMNO juga tercalit dengan pelbagai dakwaan yang tidak dapat dinafikan oleh pihaknya. Ini menimbulkan keraguan kepada rakyat untuk memberi sokongan kepada beliau. Bersihkan beliau dan bolehkan beliau menerajui negara ini dengan cekap, bersih dan amanah?? Mungkin tidak ....

Oleh itu, saya berpendapat UMNO tidak lagi relevan dan tidak mampu berubah. Parti ini akan menjadi sebahagian lipatan dalam sejarah negara. UMNO yang sinonim dengan bangsa Melayu dan sejarah Malaysia akan dikenang sebagai parti yang melahirkan ahli-ahli dan pemimpin yang rasuah.

Seperti para analisis dan pemikir politik berkata, UMNO hanya tinggal ahli-ahli yang lama, tidak berkualiti, tiada moral dan tiada nilai diri. Kebanyakan ahli-ahli dan pemimpin baru yang berkualiti lebih cenderung kepada parti pembangkang atau bebas. Mereka bukan menolak UMNO tetapi berpendapat UMNO tidak lagi sesuai dan tidak berjuang untuk agama, bangsa dan negara.

Nampaknya harapan untuk orang Melayu kepada parti politik adalah kepada PAS sahaja. PAS telah berjuang lama dan kini nampaknya telah diterima oleh rakyat seperti dari golongan ahli akademik, pemikir, professional, ahli agama, remaja dan wanita.

Pada hemat saya, PAS sudah mampu membimbing Melayu dan negara Malaysia. Cuma PAS perlu keluar dari Pakatan Rakyat, bergerak dengan sendiri dan perlu wasatiah tidak terlalu ekstrem dan ortodoks. Mereka perlu menerima hakikat yang Malaysia adalah "multi-racial country" dan sejarah itu tidak boleh di ubah.

HIDUP UMNO HIDUP RASUAH!!!
HIDUP UMNO HIDUP RASUAH!!!
HIDUP UMNO HIDUP RASUAH!!!

SELAMAT TINGGAL UMNO!!!


-NOH-

Salam TUN.
Telah pun terjawap akan siapa yang mengetuai sayap Pemuda UMNO.
Persoalan nya.
Apakah kemenangan KJ memang telah dirancang?
Apakah ada kompromi antara Najib dan Pak Lah didalam peralihan kuasa ini? Sehinggakan kuasa Lembaga Desiplin tidak mampu untuk membuat keputusan yang sewajar nya pada KJ. Bukan kah ini juga bersifat jenayah rasuah.
Saya ragu2 akan kemenangan mutlak KJ. Kerana sebelum pengundian pun dia dan penykong2 nya nampak confident.
Jadi nya moral disebalik kemenangan ini amat jelas Pemuda UMNO kini diketuai oleh seorang yang terlibat dengan rasuah dan telah didakwa salah laku rasuah politik tapi hanya diberi amaran sahaja.
It's another 'FLOP' chapter of Pak Lah.
Cuba menegakan institusi keadilan,tapi tidak di mandatory kan pada anak menantu sendiri.
Walau bagai mana pun setelah pak mertuaku melepaskan jawatan nya, KJ akan sendirian. Tidak ada lagi tongkat dan tangan2 ghaib membantu nya selepas ini. Dia kena buktikan kemampuan sendiri.
saya tidak kata KJ tu tidak berkemampuan dan dia sememang nya ada keboleahan dan berpelajaran namun sikap rakus nya dan kesombongan nya,keegoan nya takbur dan bongkak nya yang membuat ramai rakyat getik (kata orang perak) melihat gelagat nya.
Apa2 pun keputusan telah di buat oleh perwakilan. Kita sama2 akan lihat sejauh mana kepimpinan membuahkan hasil sebagaimana yang ucapkan nya didalam kempen2 nya. Meremajakan pemuda. Yang dah 40 tahun tu pun akan sentiasa kelihatan remaja.
Mengrakyat kan pemuda. Turun ke akar umbi bertemu rakyat.Kita nak lihat gerak kerja dan program yang akan dia nak buat dalam usaha membantu masyarakat desa terutama golongan belia dalam ekonomi, pelajaran lain bidang dan waktu yang sama menarik minat golongan sasaran untuk menjadi ahli UMNO.
Pemuda mestilah berperanan sebagai 'Pressure Group' dalam UMNO. Disamping itu sebagai hulubalang bersedia melakukan counter attack bila diserang oleh pehak lawan.
Apa2 pun Pak Lah tentu lah berasa lega akan kemenangan anak menantu nya. tapi itu bukan lah satu jaminan KJ akan terus berjaya dalam kerja politik nya. Jika tersalah langkah sekali lagi dia akan tersungkur juga. Keadaan akan menentukan. Hari ini kita bermegah2an dengan kejayaan kita. tapi mana tahu apakah kita akan dapat berkuasa lagi selepas PRU13. Renung2kan lah. Perjalanan maseh jauh lagi. Maseh banyak ranjau dan duri perlu di harungi.
Kesian Kak yong Pidah. Nak buat cam maner. Orang dah tak suka. Tak apa lah Kak yong. Pencen ler. Semua orang tahu dan menghargai jasa2 kak yong pada parti dan negara. Tak perlu sedeh. Saya yakin kalau Pak Lah terima gelaran TUN, kak yong pun berhak menerima gelaran tersebut.Caya ler. TUN Rafidah Abd. Aziz. TUN Abdullah Ahmad Bedawi. Boleh ler join club "TUN" serbaris duduk dengan TUN Dr.Mahathir.

Salam Tun,

Yesterday, I feel very sad on the loss of your son Datuk Mukhriz. I don't know what will become of UMNO later. If the head is corrupt, I cannot imagine the follower. In my humble opinion, the majority of UMNO youth delegates are brainless and are not interested to save the party. Look at the way they shout during the announcement of the ketua pemuda UMNO. The arrogance shown will reflect very badly, maybe on the coming by-election, and I'm sure for the next PRU. Let's see how DSN assemble his new cabinet whether DSN have the guts to make the changes/reform as mention in his(DSN) speech earlier.
FYI, I lost and have to entertain close friends to dinner since I was very confident that Datuk Mukhriz can win the seat. I hope DSN will appoint DM to be in his cabinet. The lost that I encountered is nothing compared to the disappointment that I faced when DM lost the race for youth leadership. Presently, I'm still an UMNO member but I'm thinking very seriously on the future.
As mentioned ealier, I am NOT a supporter of the opposition but it seems that I've being "pushed" to choose the opposition in the next PRU.
Sorry Tun, I would like to use your blog for some message to DM.

To Datuk Mukhriz,
I would like to commend on the brave front that you've shown and may ALLAH SWT bless you always. Be patience and I will always support you. The truth will prevail and when the time comes, pls. carry-out the responsibility diligently.


Assalammualaikum TUN berdua and DM.

Salam kepada Tun,

Ribuan terima kasih ingin saya sampaikan kepada Tun sekeluarga harap semoga Tun sentiasa berjuang demi menengakkan kebenaran yang kian malap dini hari.

Saya tertunggu-tunggu bingkasan atau snippet Tun tentang pemilihan Perwakilan UMNO bagi kali ke 59. Amat memberangsangkan apabila melihat perkembangan umum yang menjadi perhatian kini di Media, tentang Pemilihan UMNO kali ini. Masyarakat Malaysia terutama yang berbangsa Melayu kini mula meninjau kembali perkembangan UMNO setelah sekian lama kita merasakan UMNO menjadi sebuah parti yang hampir lumpuh. Banyak keputusan yang Tun ramakan menjadi nyata, atas tinjauan singkat saya dalam blog Tun.

Perubahan yang besar amat diharapkan oleh orang Melayu di Malaysia, melihat UMNO kembali ralevan di mata rakyat Malaysia. Mungkin pada masa kimni kita dapat melihat banyak perubahan besar yang berlaku dalam UMNO, tapi sejauh manakah, perubahan itu akan berlaku apabila masih ada sengelintir pihak di dalam UMNo yang cuba memusnahkan parti kesayangan orang Melayu ini.

Saya tidak mahu menembak mana-mana pihak, tapi, saya sebagai bangsa Melayuingin sekali melihat UMNO terus ralevan bagi memperjuangkan Agama Islam, Bangsa Melayu dan hak orang melayu.

Sekian, salam Tun

Assalamualaikum ayahanda Tun,

Saya berasa sedih dengan perkembangan Umno akhir-akhir ini. Nampaknya mimpi ngeri kita mengenai pemimpin korup yang menerajui parti Umno buat kesekian kalinya menjadi kenyataan. KJ yang didapati bersalah kerana terlibat dalam rasuah hanya sekadar dilepaskan dan diberi amaran serta berpeluang bertanding sebagai calon Ketua Pemuda Umno, dan kini "Bapa Mat Rempit" yang korup itu sudah sah menjadi Ketua Pemuda Umno. Habislah bangsa kita kali ini, akan datang nanti semakin banyaklah mat-mat rempit yang bermaharajalela di jalan-jalan raya dan di lebuh-lebuh raya, yang seterusnya boleh diupah menjadi "balaci-balaci"nya. Akhirnya, janji "perubahan" dalam Umno itu hanya tinggal janji dan Umno sudah pun menggali kubur sendiri untuk diisi pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti - yang tinggal sekarang cumalah memanggil pak imam untuk "membacakan talkin" buat Umno nanti.

Wassalam.

APA AKAN JADI KAT UMNO.....ADAKAH PEMUDA AKAN BERMINAT UTK MENYERTAI UMNO DENGAN KP BARU NI....SAYA TETAP SOKONG MUKHRIZ....HIDUP MUKHRIZ....BERANI BERUAH..........WALAU PUN PERWAKILAN MENGALAHKAN MUKHRIZ.....SAAYA SANGAT RESPECT MUKHRIZ COZ DIA BERANI........MUKHRIS PAHLAWAN MELAYU......BERANI KERANA BENAR

Salam Tun,

Hakikatnya KJ dah menang, tak kira undi sikit atau banyak, tak kira dia bersalah atau tak, dan tak kira betapa org2 diluar PWTC meluat ngan dia. Takde satu pun yg boleh halang hakikat ni, dan takde siapa pun yg mampu buat apa2...sebabnya kita cuma semut2 yg boleh dipijak oleh gajah2 kurop itu....

Apa yg mampu tun buat sudah tun laksanakan, terus memberitahu umum betapa bahayanya golongan tersebut. Tapi depa menang jugak, jadi kami ni terpaksa la ikut.

Tun rehat saja lah...semua dah terlambat...lupakan je la...

Saya cuma boleh pangkah yg lain utk pilihanraya akan dtg, begitu jugak yg lain2...itu pun kalu rajin...

Mungkin negara ni kena balik kepada sistem beraja,bukan demokrasi....itu pun kalu raja masih berdaulat, dihormati.

Saya cuma risau anak saya tidak dpt rasakan ketenangan, kedamaian dan mendapat peluang sama rata yg masih lagi boleh saya nikmati sepanjang 28 tahun ni. Tun akan cuma jadi sejarah kegemilangan negara dan bangsa.

Saya memilih BN cuma kerana memikirkan masa depan anak,bangsa dan negara. Itu sahaja tonggak bangsa melayu. Saya cuma mahu kehidupan yg tenang,sederhana.

Saya tak menyalahkan org cina dan india membenci melayu kerana mereka sudah disisihkan sejak dari peringkat sekolah lagi. Saya jugak tidak salahkan mereka jika mereka tidak dpt berbual mesra dengan saya kerana sukar menyebut dlm bahasa melayu disebabkan tiada pendedahan. Kita masih kuat dengan sikap perkauman wahai Tun kerana sistem pendidikan kita.

Saya cuma harap jika Tun ada cara untuk kembalikan segalanya kepada keadaan yg sepatutnya, bukan hanya terus membidas mereka yg lahir dari sedikit kesilapan Tun...

UMNO masih tidak sedar..

Kemenangan Khairy menjadi Ketua Pemuda UMNO jelas kelihatan Politik Wang masih berleluasa. Nampaknya UMNO tidak mengambil PRU-12 sebagai satu pengajaran.

Memang benar Khairy menang Ketua Pemuda Umno dan mendapat sokongan para perwakilan, tetapi Khairy tidak akan mendapat sokongan pengundi @ rakyat yang melihat UMNO memang lebih memikirkan kepentingan peribadi.

Apa sudah jadi sama UMNO??

TUN tolong komen..

The Fourth Floor Chief Has Snatched The Coveted Umno Youth Leader

Dr. M used to highlight much about the proxy war, notoriously engaged by the Jews in order to acheive their ends in this worldly life, and I believe most readers have really enjoyed his story telling.

Last night, however the nation has witnessed the climax of the proxy war between Dolah and Dr.M, and the nation was gripped with tense as the recounting of the votes went into the midnight when eventually Dolah's son in law emerged victoriuos over Dr. M's son Mukhriz.

Khir Toyo is really a toyol who plays nothing more than a spoiler in this proxy war. Probably Khir had been skillfully deployed in this war to avoid Mukhriz being terribly beaten and licking his wounds whilst the euphoria of the UMNO celebration has no times for the defeated.

That is so much about the defeat of Mukhriz in this proxy war between Dr. M and Dolah. Any way Mukhriz did not lose everything, there is a consolation for him who really started crying for Dolah to step down after BN failed miserably to hold the two-third majority in the 12th. general election, and Dolah in his gentle manners decided to do so.

By winning the coveted tropy, Najib has no reasons to bar Khairy from his cabinet, though Khary has been found guilty of money politic but given warning by UMNO powerful disiplinary committee.

Khairy would be marching into his destiny whilst Mukhriz would be assessing his days in UMNO, probably following the footsteps of his father and brother Mokhzani.

25 Mac 2009-Khairy menang Ketua Pergerakan Pemuda UMNO

Dengan ini,saya,salah seorang pemerhati senyap,yang akan diberi peluang mengundi buat pertama kalinya pada Pilihan Raya Umum ke-13, berjanji akan mengundi Barisan Alternatif atau pembangkang atau mana-mana parti atau parti gabungan selain daripada Barisan Nasional yang diketuai oleh Parti UMNO, selagi Khairy Jamaludin kekal/dilantik sebagai pemimpin di dalam parti UMNO atau barisan jemaah menteri atau pemimpin di dalam kerajaan pada masa akan datang sehingga tarikh rasmi Pilihanraya Umum ke-13.Saya tidak akan mengubah undi ini selagi tiada perubahan yang memungkinkan untuk saya mengubah pendirian saya.Saya sayangkan Malaysia dan saya sayangkan UMNO.Saya juga tidak mampu untuk membayangkan betapa teruknya keadaan sekiranya negara ini dipimpin oleh parti gabungan Barisan Alternatif atau pembangkang. Namun disebabkan suara untuk saya menzahirkan kata-kata melalui blog dan artikel mengenai kesilapan majoriti besar ahli atau perwakilan UMNO secara umum akan disekat oleh pihak tertentu, oleh itu hanya melalui jalan ini sahajalah UMNO boleh sedar dan kembali ke akar umbi.Saya ingin berterima kasih kepada Tun,kerana di laman web ini sahajalah suara mampu diluahkan.Terima kasih Tun.Sekian sahaja luahan saya.Salam.

Assalamualaikum.

1. Para pemuda UMNO telah memilih ketua mereka. Seorang muda dengan manifestonya setiakawan. Saya agak keliru apa yang cuba digambarkan oleh manifestonya itu. Adakah singkatan bagi setia kerana wang?

2. Apa pula pelannya untuk mengerakkan pemuda UMNO? Adakah menjadikan kumpulan pemuda berani sebagai ayam sabung yang akan dikorbankan dan kumpulan sedia berubah sebagai pekerja yang pembersih dan pembentang karpet merah untuk kumpulan setiakawan menerima anugerah kejayaan?

3. Kita jangan terkejut dengan kemenangan ini kerana golongan pemuda ini adalah gambaran mentaliti dan budaya yang diamalkan oleh UMNO selama ini. Mereka tidak peduli apa akan jadi pada UMNO yang penting hanyalah mereka sendiri. Mungkin selepas ini akan wujud 304 orang jutawan baru. Jika ini terjadi, ia adalah satu pencapaian yang gemilang bagi pemuda UMNO dan UMNO sendiri.

4. Adakah Dato Seri Najib berani untuk tidak melantik orang ini memegang jawatan kerajaan? Sanggupkah orang ini bekerja dulu membuktikan ketulusannya berkhidmat demi Agama, Bangsa dan Negara tanpa jawatan? Saya agak ragu jika dia sanggup tetapi jika dia sanggup beruntunglah UMNO dan bangsa Melayu.

5. Bagaimanakah pula agaknya keputusan pemilihan UMNO itu sendiri?
Adakah Muhammad Taib juga berjaya mengaburkan mata perwakilan untuk memilihnya? Berapa ramai pula bakal menjadi jutawan kerana menyokong Muhammad Taib?

Salam Tun,

Maaf,'lari' tajuk..

Apa nak jadi dengan UMNO ni saya pun tak tau la...dalam paper..Wanita dan Pemuda pun desak PPSMI ditukar ke bahasa malaysia.Tambah satu lagi contoh yang menunjukkan kita sememangnya sedang undur kebelakang.Zaman Tun PM dulu,sentiasa kehadapan sepertimana semua tahu.5 tahun kita dah reverse,macam2 hal dah berlaku.Tolong la nasihatkan DSN.

Moga sejahtera & bahagia selalu..

Ayahanda Tun,
Hari ini hari yang sedih buat saya. Buat pertama kalinya saya menangis sedih kerana UMNO. Jelas para perwakilan pemuda telah tidak amanah dalam mewakili suara akar umbi bahagian. Mereka ini tiada rasa tanggungjawab dan insaf langsung walau sekelumit. Mereka telah menggali kubur mereka sendiri dan terjun ke dalamnya dengan angkuh dengan anggapan kubur itu mahligai yang menjanjikan kebahagiaan hakiki.

Sistem pemilihan sediada ini wajib dirombak kepada sistem pemilihan langsung oleh semua ahli UMNO pada peringkat cawangan. Tak perlu lagi wakil cawangan ke bahagian, bahagian ke agung. Tapi mungkinkah ianya telah terlambat. PRU13 akan jadi penentunya.

Yang pasti saya 50% akan keluar UMNO. Terpulang dengan isu PPSMI pula. UMNO bukan lagi memperjuangkan Melayu iaitu kelangsungan bahasa, adat, agama dan bangsa Melayu. Mulut sahaja lantang melaungkan perjuangan untuk bangsa Melayu tapi tindakan tidak menunjukkan begitu. UMNO hanya jadi lubok kepada para pencari harta karun yang rakus. Majoritinya begitu. Malang, semalang-malangnya.

Dan yang paling malang, ayahanda juga bukan lagi menjadi tempat saya bergantung harap. Saya sedih, sesedih-sedihnya.

Persepsi umum terhadap pemimpin-pemimpin UMNO dari yang tertinggi hinggalah akar umbi adalah perasuah yang hebat, seolah-olah rasuah merupakan budaya UMNO yang dihalalkan. Inilah yang membuatkan masyarakat umum amat benci, jijik, dan meluat melihat pemimpin-pemimpin UMNO ini. Yang tinggal menyokong atau terpaksa menyokong hanyalah kerana semata-mata mereka mempunyai 'kepentingan' tertentu TETAPI jumlah mereka tidak ramai.

DSY AL-BALUNI
sazaliyusoff.blogspot.com

YABhg Tun,

1. Komen kemenangan KJ - Kita pesan anak - anak kita ( di peringkat bahagian semasa pencalonan/rujuk balik jumlah pencalonan ) pilih susu Cap Junjung tetapi sampai ke PWTC beli lah pula susu Cap Teh Ko. Mau pandangan " grassroots " macam mana lagi...??? Lain grassroots suruh buat..lain anak - anak nakal in buat sampai PWTC!

2. Komen kemenangan YB ...oops, YBhg. Shahrizat - Calon yang kalah dan ditolak oleh rakyat/grassroots DUN tetapi dipilih oleh Wanita UMNO Malaysia. Wanita memang suka di belai - belai di manja - manja tidak suka kerja, kerja dan kerja dan bising - bising macam mantan tu lah ! ( In my dictionary, you could have been the next PM ANYTIME !! nasip, you wanita.)

Ini case..sama juga pesan lain beli lain. Pandangan Grassroots..??!! it's all bullshit lah!! Already, the sign is on the wall..!!!

Khir Toyo: this fella deserves to lose...

KJ: and this fella as well, but.......... YUCKS!!!!

Assalamualaikum Tun..

Saya amat heran diatas kemenenangan KJ sebagai Ketua Pemuda... malah saya bertambah heran apabila anak Tun hanya mendapat tempat ke-3... nampaknya cita cita nak menjadi PM termuda akan tercapai dan cara untuk Jalan Ke Sana akan dihalalkan... hai labu apo nak jadi?

Since KJ won the Ketua Pemuda Umno, I definately will not support Pemuda Umno..UMNO and BN...why should I support corrupt party?. Bau busuk la..bau tahi..trust me..the Pemuda Umno election results did not reflect grassroot sentiments. Seluruh pemuda Malaysia yang bukan dirasuah oleh mana - mana individu..meluat dan benci KJ. Simple as that...

assalamualaikum ayahanda Tun...

semalam saya dan suami menunggu keputusan pemilihan Ketua Pemuda Umno sambil minum kopi.

saya tanyakan kepada suami. siapakah yang diinginkannya menjadi ketua pemuda? dia menjawab..asalkan bukan KJ. tak apa. kalau KJ. entahlah.
saya kata kepada suami. minta-minta DM..(Datuk Mukhriz)..sambil angkat tangan memohon kepada ilahi..saya memang tak suka KJ tak tau mengapa. sejak kemunculannya di persada politik tanahair saya tidak suka..
beberapa hari yang lalu saya telah membaca di dalam akhbar satu kajian/bancian telah dibuat terhadap orang awam. 52% memilih DM..hanya 11% KJ dan selebihnya DK...
Keputusan Ketua Wanita memang sudah dijangka...
Keputusan Puteri..saya dan suami tak ambil pot sangat..
Pukul 12.00..diumumkan keputusan ketua pemuda. sebelum itu ditunjukkan wajah mamat tu di tv. nampak ceria.
diumumkan saja..Ketua Pemuda dimenangi oleh KJ.....
memikirkan keputusan yang langsung tidak diinginkan...
kepala terus jadi sakit..
beberapa saat kemudian..
ucapan dari ketua pemuda baru...

"ramai orang kata..apabila perdana menteri telah tiada..he's gone..
makna habisslah saya..".
dengan nada takburnya....
tidak sempat mendengar ucapannya yang selebih dan melihat senyumnya yang melebar dan raut wajah yang megah serta bangga..skrin tv saya telah menjadi gelap..

adakah skrin tv di rumah saya sahaja yang menjadi gelap..atau lebih banyak lagi..menunjukkan rasa kebencian dan kemeluatan rakyat..sehingga tak mau mendengar atau melihatnya lagi..

akan tertegak ke kembali UMNO dan BN...?
bagaimana PRU13...?

..'kami rakyat semakin keliru..'

keputusan jawatan Timbalan Presiden ditunggu dengan penuh bimbang..
80% memilih DM(Datuk Muhyidin), kata akhbar itu..selebihnya Datuk Ali Rustam dan Datuk Muhamad Taib..Ali Rustam telah diketepikan..tinggal lagi dua calon..sekiranya keputusan tidak seperti keputusan kajian yang dibuat..(?)

...bimbang untuk memikirkan tentang bangsa melayu, UMNO serta keputusan PRU13...
semakin banyak ke demontrasi jalanan? semakin ramai ke yang tidur baring di atas jalan..dan bermacam kehuru-haraan lagi..

'rakyat semakin..muak dan meluat..


sekian..terima kasih..

salam tun..
saya hanya nak luahkan perasaan betapa sakitnya hati ini setelah melihat kj menang ketua pemuda semalam...sakit hati terhadap perwakilan yang menipu dan membelakangkan suara kami..suara akar umbi untuk memilih pemimpin yg tulen memperjuangkan bangsa...alih2 yang main wang pula yang menang...dorang ni (perwakilan) mmg murah la..senang di jual beli...ingat2lah balasan di hari kemudian...

Itu ja...salam wat Tun sekeluarga..

Assalamu alaikum wbt

Y.Bhg Tun Dr. Mahathir,

1.Saya sungguh kecewa dan dukacita dengan kekalahan Dtk Mukriz.(DMTDM)

2.Satu Malaysia menyebut antara DMTDM dan KJ, mereka memilih DMTDM. Walaupun ada antara orang yang berpihak kepada KJ, tapi bila ditanya, mereka tak berani nak jawab KJ. Cuma mereka berkata siapa pun jadi tak apa lah.

3.Semua orang berkata DMTDM menjadi pilihan, tetapi yang akan menang ialah KJ. Dan terbukti antara pilihan dan yang menang sungguh berbeza sekali.

4.Kekalahan juga boleh dilihat atas sebab tiga penjuru. Sekiranya tiada kecurian berlaku maka pasti DMTDM akan menang. Kalau dicongak undi DMTDM dan KToyo, melebihi undi KJ.

5.Atau sudah ada kesepakatan antara yang berdua dari tiga-tiga calon ini.

6.Apa pun, kebanyakan dari orang-orang UMNO sudah sungguh kecewa dengan percaturan ini, dan kesannya akan lebih lebih parah.

7.Ada orang berkata, adalah lebih baik menebang pokok balak yang sudah tua ini dan mula menanam semula. Hutan balak yang terlalu tebal dan sudah tidak berfaedah kepada orang lain lagi perlu ditebang dan di tanam semula.

Apa pendapat Tun?

RADZI A. RAZAK
Penang

Assalamualaikum Tun,

Nampaknya UMNO nak hena hantuk baru semua sedaq,kalo tak semua pakat dok lena..tak sedaq diri kata parti dah dok goyang...org Melayu dalam UMNO kena bukak mata luas2...jgn pasai duit semua boleh pangkah..tak dak duit tak pangkah...depa semua kena ingat tu semua duit haram yang dok bagi makan kat anak bini..
apapun pun saya harap barisan baru UMNO ni betul2 ikhlas nak buat kerja..jangan 'gila kuasa' ja..kit siang might be rude when saying UMNO gila but the part that 'gila kuasa' tu bukan 100% salah!
BANGKITLAH MELAYU !!!!!!!!!!!!!!!

assalamualaikum dear tun,

nampaknya perwakilan pemuda lebih mementingkan duit dari memikirkan tentang nasib dan masa depan bangsa melayu itu sendiri.calon yang diketahui mengamalkan rasuah dan didapati bersalah tetapi masih lagi menang.

Dulu boleh la saya pakai ayat "Pemuda Harapan Bangsa". Sekarang dah tak leh pakai dah... sebab dah jadik "Pemuda PEMUSNAH Bangsa". Sedih tak boleh nak cakap...

YABhg Tun,

I would like to comment, Malaysia4 Malaysian's comment dated 23 March, 2009 - 8.32am.

Firstly, I disagree but, I respect your views, sir. I'm a muslim, I go to mission school in the early 70's, from primary 1 to form 5 and it's no problem to me or to any of my muslim school mates.
The father and letter our Brother ( Principal ) during assembly always conducted morning prayers and it's not a problem and back then, I can't remember him mentioning Allah either. I'm still very much a muslim! Now, I still send my kids to mission school.
I think, it's all in our mind. Fear I mean....

For me, the think I fear most ( in my mind )...is Chinese New Year!
Because during that time,all the shops in our small town are closed....imagine you can't even buy a nail!! Now, how about that!! But, like I said, maybe it's all in the mind. But, since you are tellin us your fear...I'm telling you mine too.

And in our local Chinese School, the bumiputera teachers are called " kerbau " by their chinese teachers workmate including the head of the PIBG!! Ofcourse they don't say it to them in Malay or in English. They thought all bumiputeras don't speak Chinese. Then again, that's what they thought!
So, sir..my friend. It's all up to us. If you think you've got problems, fears, dislikes....hates...everybody too...has one. It's not privilege, if you want to call it as such... to any one race. I'm a bumiputera ..a muslim..I too have fear. Putting foods on the table for my family and good educations for my kids. The last thing I would want to take part in is to creating or to sow seeds of fear among our Malaysian Brothers..!! There are just too many suffering in the world ,outside our country for us to start one in our own backyard!!

Salam Tun,

Saya sungguh terpanggil untuk 'sign up' dan memberi komen apabila keputusan pemilihan pemuda UMNO diumumkan semalam. Saya merasakan pemilihan tersebut akan membawa banyak lagi kemusnahan dari kebaikan buat UMNO, orang Melayu dan negara. Saya pinta Tun dapat menggunakan pengaruh Tun untuk menasihati Dato' Najib untuk tidak melantik ketua pemuda UMNO yang baru dalam barisan kabinet yang akan datang atas alasan yang Tun sendiri lebih mengetahuinya. Pendapat saya ini adalah 'purely business and nothing personal' supaya UMNO akan terus relevan dan dapat memulihkan imej yang sudah tercelar.UMNO adalah bukan untuk pemimpin yang mempunyai agenda peribadi 'based on personal greed' tetapi untuk pemimpin yang bersih yang benar benar ikhlas dalam memperjuangkan wadah Melayu. Terima kasih Tun, wassalam.

Dengan izin Tun...Terima kasih.

Saya begitu yakin dan pasti BN akan menang di Bukit Gantang..sehinggalah saya lihat dalam New Straits Times Khamis 26 Mac 2009.

KJ 304
Khir Toyo 254
Mukhriz 232

Eh...? This can't be right..?

Qoute

" This was a tough contest ($$$).In the spirit of camaraderie ($$$)
let's close ranks to face challenges ahead " ( Challenges ?? What are they ?? )

I look closely again and again and the same tought keep knocking me off balance..

This can't be right??

The order should be the other way round...

Now I am definitely sure that BN will ( not are going to ) lose all those 3 seat...Definetely...

Najib are talking about reforms or die..Die is certainly is the results.

Finally please remember the number 304.This is the ingrate that kills UMNO.

304.

Salam Tun,

Kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu harus dikembalikan bukan sekadar terhadap ketua pemuda Umno, Ketua Wanita Umno, Ketua Puteri Umno tapi yang amat terpenting ialah Presiden Umno itu sendiri kerana Presiden Umno adalah juga PM negara kita. Pembersihan parti harus bermula dari atas. Sebagai seorang rakyat yang menulis dari jalanan dan mewakili "the silent majority", terus terang saya katakan bahawa bakal presiden Umno itu tidak mendapat kepercayaan yang sewajarnya dari hampir seluruh lapisan masyarakat. Beliau menang kerana appointed dan bukan elected. Nama beliau memang sudah terjejas teruk di mata rakyat dan selagi tidak dibersihkan di pucuk pimpinan, maka saya tidak nampak Umno akan bersih selamanya. Sedih tapi teramat-amat benar!

Salam Tun,

Kepercayaan rakyat khususnya orang Melayu harus dikembalikan bukan sekadar terhadap ketua pemuda Umno, Ketua Wanita Umno, Ketua Puteri Umno tapi yang amat terpenting ialah Presiden Umno itu sendiri kerana Presiden Umno adalah juga PM negara kita. Pembersihan parti harus bermula dari atas. Sebagai seorang rakyat yang menulis dari jalanan dan mewakili "the silent majority", terus terang saya katakan bahawa bakal presiden Umno itu tidak mendapat kepercayaan yang sewajarnya dari hampir seluruh lapisan masyarakat. Beliau menang kerana appointed dan bukan elected. Nama beliau memang sudah terjejas teruk di mata rakyat dan selagi tidak dibersihkan di pucuk pimpinan, maka saya tidak nampak Umno akan bersih selamanya. Sedih tapi teramat-amat benar!

Salam Tun Dr.M yg dikasihi,

1. Keputusan untuk pemilihan ketua pemuda UMNO menampakan perwakilan sudah pun buat keputusan tentang hala tuju pemuda. Sekaligus menolak pendapat bahawa KJ tak boleh "survive" setelah AAB umumkan akan letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan PM.

2. Mukhriz mendapat undi paling sedikit sekaligus menolak pendapat sesetengah pihak bahawa perwakilan akan sokong calon yg berani berubah dan tidak menggunakan sogokan-hanya berbekalkan semangat untuk memulihkan imej parti dan berjuang diatas nama perjuangan UMNO untuk membela ketuanan Melayu, agama dan Malaysia.

3. Para perwakilan bertepuk gemuruh apabila DSN menyebut nama TUN sebagai pemimpin paling berjasa.Ini tidak dapat dinafikan. Walaubagaimanapun, nampaknya perwakilan sudah "make-up their mind" untuk pilih calon-walaupun mereka sayangkan Tun tapi mereka ada agenda sendiri.

4. Apakah UMNO akan berubah dan berdiri gagah membela nusa bangsa atau rebah dan menjadi sekadar pemerhati dipersada politik tanahair dek kerana sayangkan pangkat, kuasa dan wang melebihi sayangkan bangsa, agama dan tanahair tempat tumpahnya darah....segalanya akan terjawab apabila perhimpunan agong dan pemilihan MT selesai. Sama-samalah kita nantikan....

Salam Tun,

Saya mengikuti Perhimpunan Agong UMNO dari awal ucapan DS Najib dan ulasan semalam bersama Datuk NC UiTM. Saya jelas dengan apa yang ingin dicapai oleh UMNO di bawah kepimpinan DSN.

Malangnya, setelah keputusan Pemuda diumumkan saya merasa amat kecewa kerana saya percaya rakyat semua telah mengenali siapa "budak-budak Tingkat 4" seperti yang Tun selalu ceritakan.

Semoga Allah melindungi kami semua daripada bencana dan kepupusan UMNO di dalam PRU13.

Saya mendoakan Tun sentiasa sihat dan dapat berkongsi pengalaman Tun lebih kerap untuk kami rakyat Malaysia. Aamin..

Assalamualaikum ayahanda,

Saya sangat2 kecewa dengan keputusan pemilihan Ketua Pemuda UMNO malam tadi. Ternyata ahli UMNO tidak serik dan tidak mahu belajar. Budaya rasuah tidak akan terhapus sekiranya pemimpin yang dipilih turut mengamalkannya.

Pastinya keputusan ini menjadi momokan dan ejekan parti-parti lawan. Sangat-sangat kecewa dan sedih.

Melayu memang kritikal...

"Anak kecil main api...terbakar..dirinya yang sepi. Bumi dipijak milikorang..."

Assalamualaikum Tun,

Harap Tun dan keluarga sentiasa dilindungi Allah..
Hari ini saya sedih melihat keputusan pemilihan Ketua Pemuda Umno. Nampaknya sikap perwakilan di kalangan pemuda jelas melalui terjemahan pengundian... Jika begini berlaku bagaimana agaknya pada tahun2 mendatang... kita berkata tolak politik wang, tetapi wang tetap bertahta di mata mereka. nampaknya yang jujur untuk tidak berpolitik wang memang akan ditolak. sekarang siapa yang tidak jujur?. Nyata sekarang yang memang kemaruk wang telah jelas. Kita mudah dibeli walaupun kita tahu apa nahtijahnya.
Harap Tun sentiasa memberikan buah fikiran yang bernas dan boleh kami berkongsi demi kesejahteraan kita semua.
Saya amat kagum dan hormat pada Tun.

Assalammualaikum w.b.t Ayahanda Tun & isteri,
UMNO sudah jadi parti sarkas, yang pemimpin-pemimpin mudanya dipilih dari monyet-monyet yang sukakan pisang. Pemilihan Pemuda UMNO malam tadi membuktikan segalanya. Ahli-ahli parti sarkas ini melompat, menjerit, menyokong ketua mereka yang dikenakan amaran sahaja walaupun memberi pisang kepada penyokong-penyokongnya. UMNO akan jadi parti yang akan kalah dan mati selepas PRU 13. Tiada pemuda/pemudi dan rakyat yang mahu menyokong pemimpin monyet yang memeberi pisang kepada kroni-kroninye. Selamat ke kubur, UMNO.


Salam Y.A.Bhg Tun,

SAya terpanggil harini untuk membuat sedikit komen dan msg..

Saya tak tahu apa yang KJ dah buat/bayar kapada semua perwakilan pemuda menyebabkan kemenangan dia...Jelas akar umbi memolak dia, tetapi pewakilan dipekakkan dan dibutakan dengan perlakuan dia..

SAYA TIDAK PERCAYA wujud perubahan, iaitu dari penolakan kepada mula menerima dia..

1) Banyak yang saya dengar, antaranya arahan pak loh untuk mewarisi kepimpinan UMNO kepada DSN adalah dengan memastikan KJ menjadi ketua umno.

2) Kempen KJ mengunakan Sri Perdana sebagai medan akhir mengugut/menawar janji kosong, dan juga merasuah...mungkin..


Juga saya pertikaikan kenapa KJ sekadar diberi amaran, sedangkan perlaku rasuah lain dikenakan tindakan??Arahan Bnj Pak lah ke??

Saya faham apa yng Tun risaukan khususnya 900 laporan salah laku umno sebelum pemilihan umno..

Dahulunya saya merasakan sudah wujud pembersihan "Jerung" perasuah dikalangan pemimpin umno, rupanya saya tersilap.."Bilis" juga memainkan peranan, mereka memilih pemimpin yang JELAS DITOLAK OLEH AKAR UMBI.

En. KJ: SETIAKAWAN---Jelas untuk kawan -kawan dan kroni,dijanjikan jawatan, projek kepada kawan2 kalau2 dia dipilih...JELAS KAN???

Dato' Mukhriz: BERANI BERUBAH---itu yang dikehandaki akar umbi kan??


Jadi saya nampak disini, akar umbi YANG DAHAGAKAN PERUBAHAN, tetapi perwakilan tetap memilih PENYEBAB UTAMA PENOLAKAN BN/UMNO PADA PRU12. Buta dan tidak sensitif..mungkin di MANDREM MASA SINGGAH DI SRI PERDANA HARITU...MUNGKIN..


Dengan ini, saya ingin mengumumkan SAYA KELUAR UMNO SERTA MERTA, surat keluar parti akan saya serahkan pada tghari ini..

Saya tahu walau saya seorang yang keluar umno tidak memberi kesan kepadA umno khususnya,tetapi setidak2nya, bukalah mata...

Harini SAYA UMUMKAN UMNO TIDAK LAGI RELEVEN, mungkin kerana pengkhianat, penyebab kemusnahan di lantik menjadi pemimpin..

UMPAMA MELANTIK DAJAL MENGETUAI KEPIMPINAN..

Saya dengan rasional akal fikiran, telah mengikuti langkan TUN, kerana apa yang TUN nampak dulu, saya sudah nampak.

SEKIAN..


ps:UMNO TIDAK LAGI RELEVEN SELAGI KJ ADA DI SAYAP KEPIMPINAN.

Mohd Zaki Morsin

Pelik...apa yang dipandang sangat pada KJ berbanding Mukhriz...da la disabitkan salah main politik wang, kena denda je pulak tu..pelik pelik..

Dear Tun,

1) Kadang-kadang saya kasihan kepada Pak Lah. Tun tembak dia bertalu-talu dan tak beri peluang langsung.Memang benar Pak Lah adalah seorang pemimpin yang lemah, tetapi dia sebenarnya mewarisi saki-baki kelemahan/kebobrokan/ketidak adilan/kerasuahan dan macam-macam penyakit kronik dari zaman pemerintahan Tun sendiri.Siapa yang sebenarnya memulakan Politik Wang? Siapa yang memulakan Kronisme? Siapa yang mula menyalahgunakan ISA? Siapa yang memulakan @#$%^&^%$#? [maknanya dan yang sewaktu dengannya].

2) Saya memang menghormati Tun sebagai negarawan terulung, tetapi tidak semua yang Tun lakukan adalah baik (maaf keran ini pendapat peribadi).Kenapa pada zaman Tun ada 3 orang TPM yang berlainan.Pembantu yang bagaimana yang Tun mahukan? Adakah semua orang kena mengikut sahaja apa yang Tun mahukan? Jika mereka tidak sependapat dengan Tun, maka mereka ini akan dicantas oleh Tun melalui Tuan Penasihat yang tak berapa pandai dan kurang bijak (aka bangang/bodoh/goblok/bungul dll).Memang pada permukaan (surface level) Tun tak terlibat langsung, tapi kalau ikut akal dan logik, kalau takde 'green light', tuan penasihat berani ke bertindak?

3) Saya bukan penyokong saudara Anwar, tetapi saya kasihan apa yang Tun telah lakukan terhadapnya. Fitnah yang keterlaluan dan memalukan oleh orang suruhan Tun amat menyakitkan hati saya sebagai orang Islam.Ingatlah bahawa "Fitnah itu lebih besar dosanya dari membunuh". Pastinya balasan yang setimpal akan diterima oleh orang suruhan ini, jika tidak di dunia pastinya di akhirat. Kini saudara Anwar telah kembali, tetapi saya percaya jika dia mendapat kuasa, pasti dia akan memaafkan Tun kerana telah memberinya peluang untuk bermuhasabah diri dan merasai keperitan hidup di penjara.Tetapi balasan di akhirat masih menanti....

4) Najib akan mewarisi parti yang semakin kronik ini untuk diperbetulkan. Tugas yang terlalu sukar buatnya kerana Najib sendiri membawa bebanan galas penyakitnya sendiri yang terlalu banyak.Keluarga di pihak Najib memang dihormati, tetapi yang menjadi masalah ialah di pihak yang "the other half". Kita tidak mahu menjadi rakyat Filipina di bawah pemerintahan Marcos. Sampai banyak mana duit yang mahu di "shoping"kan oleh beliau.Cukup-cukuplah tu, BRANDED ITEMS/6* HOTEL/PARIS/LONDON/NEY YORK ... BEST sangat ke? .. Boleh bawa dalam kubur ke? Kalau hafal Quran, ada jugak teman dalam kubur nanti....

5) Pemimpin UMNO yang akan dipilh kena "THINKING OUT OF THE BOX", jika mahu UMNO kekal berkuasa.Orang yang tidak bersih atau dilihat tidak bersih kena berani untuk "mengundurkan diri", sebelum UMNO diundurkan oleh rakyat nanti.Sudah cukuk-cukuplah tu "mendulang". Hasil yang dalam dulang tu pun sudah cukup untuk makan anak-beranak dan cucu-cicit anda, lagipun ..Boleh bawa dalam kubur ke?

6) Ada ke pemimpin UMNO yang ikhlas berjuang untuk orang melayu. Yang biasa kita nampak ialah mulut kata;
"SAYA BERJUANG DALAM UMNO UNTUK BANGSA MELAYU HINGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR".
Tetapi yang dalam hati berkata "Aku temberang je ni, aku akan janji bulan dan bintang asalkan aku dapat jadi Ketua Bahagian (a.k.a dapat PROJEK juta-juta untuk habuan aku anak-beranak. Peduli apa aku Halal ke Haram, janjI masyuuk....peluang jangan ditolak beb).

7) Untuk UMNO; Macam Nabil kata : "LU PIKIRLA SENDIRI......."

Salam Tun,

Pertama sekali mintak maaf and takziah atas kekalahan anak Tun, Datu Mukhriz yang bukan saja kalah oleh Khairy tetapi juga kalah kepada si Toyol... So, Tun kena faham lah kehendak ahli UMNO sekaranag. Tun juga kene faham yang Tun dah tak relevan lagi and sebaik nya Tun hanya memberi nasihat mebina dan bukan menghentam kerajaan..Sedar sedar lah Tun ya...

assalamualaikum tok det
satu yg telah pasti kemenangannya memegang KP akan menyebabkan BN akan gagal lagi gagal lagi dan gagal lagi
dan saya berharap telahan ini tidak benar =(

salam TUN...help malay..they are sinking.

TUN.
"The Purchasing Power".
1.Apa nak di katakan lagi. Teka teki siapa Ketua Pemuda telah pun diketahui.
2.Keputusan tersebut bukan satu kejutan tapi memang telah diramalkan apabila KJ telah dapat meloloskan diri dari dikenakan tindakan oleh LDU.
4.kini masa depan politik UMNO dan perjuangan bangsa Melayu telah ditentukan oleh hanya 340 undi perwakilan sahaja yang mewakili
3.4 juta ahli UMNO dan suara jutaan rakyat diluar. Sama ada UMNO akan "Berubah atau Di Ubah dan Rebah" Sama ada UMNO terutama Pemuda dapat merapatkan diri dengan rakyat atau dihambat oleh rakyat. Kita akan dapat lihat kemudian nanti.
5.Dalam cubaan dan usaha UMNO mahu 'berubah' sebagaimana yang telah diletakan 'priority' pada PAU kali ini telah pun GAGAL pada ujian kali kedua nya.
6.Ujian Pertama kalinya apabila Lembaga Desiplin UMNO gagal membuat keputusan yang adil dan tegas. Dilhat tidak ada ketelusan. Segala keputusan agak meragukan.
7.Dan ujian kedua apabila perwakilan pemuda maseh melantik calun yang telah pun di dapati bersalah oleh LDU dalam politik wang.
8.Dan hari ini UMNO akan meneruskan ujian ketiga nya dalam menentukan pucuk pimpinan tertingg parti. Apakah akan ada kejutan atau sememang nya telah diramalkan.
9.Kesimpulan nya apa justifikasi nya dengan hanya lebeh sedikit 300 undian sudah cukup untuk diterima sebagai satu keputusan mutlak oleh keseluruhan suara ahli akar umbi menentukan KP. Dan dengan hanya 2500 perwakilan sudah memadai untuk menentukan hak jutaan ahli parti dan puluhan juta keseluruhan rakyat Malaysia bagi menentukan pucuk pempinan negara.
10.Harapan saya agar perwakilan yang membawa amanah akar umbi dalam pemilihan pucuk pimpinan akan mengundi secara yang berhemah. Bukan kerana SI atau SK untuk menentukan kemenangan calun.Pilih lah calun yang benar2 layak.
11.Dan juga jika benar2 menyokong DSN sebagai President parti dan PM negara maka terima lah message nya yang jelas. Mahukan barisan pemimpin yang berintregrity, ikhlas dan berani dan berjiwa besar. Namun Pemuda telah tidak menyambut baik pesanan ini.
12.Terkilan Datuk Mukriz gagal dalam usaha nya namun itu bukan lah penamat dalam perjalanan nya di arena politik tanah air. Teruskan usaha dan berkhidmat lah dengan baik dan cemerlang. Hari itu pasti akan datang jika kita terus bekerja keras dan ikhlas.

Tun,

Saya terkilan mendengar keputusan yang dibuat oleh perwakilan malam tadi. saya tak tahulah sama ada perwakilan ni buta atau celik tapi hanya pejam mata. kami sebagai pemerhati luar dari umno cukup tidak bersetuju dengan kemenangan khairy jamaluddin. bagi saya, kita tidak patut pilih calon yang terang-terang ada kes. biarpun dia hanya diberi amaran, tapi dia didapati bersalah... keadaan ini menyebabkan org ramai di luar umno akan hilang kepercayaan dgn parti yang memimpin melayu... saya harap keadaan akan berubah satu hari nanti...

TUN,
SEDIHNYA KJ MENANG.KECEWA I.
TANIAHLAH KPD PEWAKILAN PEMUDA KERANA ANDA SILAP PILIH KETUA.

RAPATKAN BARISAN JALANKAN TUGAS.

Salam Tun,

UMNO telah memilih politik wang untuk berkuasa. Suatu kehendak yang tidak boleh diketepikan oleh ahli UMNO. Sudah pasti selepas ini khidmat UMNO tidak lagi percuma. Semuanya harus berlandaskan kepentingan peribadi. Untuk memastikan KUASA berterusan, maka korupsi harus diteruskan. Perjuangan bangsa dan agama juga akan diperjuangkan berlandaskan kepentingan peribadi.

Mungkin masa kehancuran telah hampir. Selepas ini kita akan melihat kesannya pada bangsa dan agama.

Setiakawan bukanlah moto perjuangan tulen kerana setiakawan boleh dibeli dengan wang.

Yang utama adalah kesedaran IKHLAS.

Saya amat yakin tanpa kesedaran IKHLAS, sudah pasti Tun tidak mampu untuk sampai sejauh ini.

Walaubagaimanapun, walaupun hanya saya tinggal seorang di tanah air ini, akan saya teruskan keinginan saya untuk memastikan negara ini milik Melayu dan orang Islam......untuk anak cucu saya. Tanah Melayu negara keramat, insyallah pertolongan dari Allah swt akan sampai apabila tiba masanya.

Wassalam.


Untuk semua para perwakilan UNMO ;


Sudah dinyatakan beribu2 kali kami tidak mahu KJ . Pemilihan diperingkat bahagian telah TERANG2 menterjemahkan suara itu.Lembaga Disiplin turut sama menekankan prinsip itu tapi kamu TAK sensitive kepada kehendak rakyat. Tak pandai menilai keiniginan rakyat . KJ yang saya sangat BENCI dan MUAK dengan sikap PERASUAH nya boleh menang sebagai KETUA PEMUDA.
Kalau kepalanya dah RASUAH sudah tentu ekor nya juga dua kali lima.

Saya TIDAK AKAN MENGUNDI UNMO dalam PR13.Tak yah gi jauh , BENCI nya akan diterjemahkan di dalam 3 pilihan raya kecil akan datang.


SALAM TUN,

SEMANGAT UMNO YG TINGGAL SEDIKIT TERUS HANCUR LEBUR BILA LIHAT MENANTU PAK LAH DAN SEKUMPULAN KRONI MASIH MENGUASAI UMNO. AHLI UMNO YG BESAR HANYA DPT MELIHAT KUMPULAN KECIL INI, AKAN TERUS MEWARNAI UMNO.......

HATI HANCUR LEBUR.....

HARAP SEMUA PILIHANRAYA KECIL NANTI UMNO AKAN KALAH....INI SAJA YG DAPAT MENGAJAR UMNO....

SAF NAJIB AKAN DIPENUHI OLEH PERAKUS2...BERMULA DARI ROSMAH ISTERI BELIAU

Kembali rapatkan barisan Pemuda – Khairy

KHAIRY Jamaluddin yang diumumkan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru dijulang oleh para penyokongnya di Pusat Dagangan Dunia Putra, malam tadi. Beliau menewaskan dua pesaingnya iaitu Mukhriz Mahathir dan Dr. Mohamad Khir Toyo.

KUALA LUMPUR 25 Mac – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin mahu seluruh ahli pergerakan itu terutama para penyokong dua pesaingnya merapatkan kembali barisan untuk mengukuhkan sayap kanan tersebut.

Beliau menyifatkan pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini berlangsung dalam suasana demokrasi yang cukup matang.

‘‘Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Saya dapat 304 undi daripada 793 perwakilan yang ini bukan satu majoriti. Ini hanya majoriti calon tiga penjuru.

‘‘Walaupun (saya) bertanding atas (slogan) Setiakawan, ada Berani Berubah (slogan dibawa oleh Datuk Mukhriz Mahathir) dan Pemuda Berani (oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo), kita sebenarnya berani menuntut perubahan demi setiakawan Pemuda UMNO,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangannya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini malam ini.

Difahamkan dalam pertandingan itu, Mohamad Khir memperoleh 254 undi manakala Mukhriz meraih 232 undi.

Dalam ucapannya pada majlis yang turut dihadiri Mukhriz tanpa kelibat Mohamad Khir itu, Khairy mengungkapkan:

‘‘Dalam kepimpinan Pemuda baru ini, ada Berani Berubah, jadi saya rayu supaya Berani Berubah berdiri bersama saya untuk berdepan dengan kubu-kubu pembangkang pada tiga pilihan raya kecil nanti (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai).

‘‘Kepada Pemuda Berani, apabila pikul amanah seperti mana kata Timbalan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) semalam kalau tidak berubah, kita rebah, maka tuan-tuan kena bersama-sama saya.’’

Kepada Pemuda Setiakawan (para penyokongnya), Khairy secara sentimental mengungkapkan:

‘‘Satu ketika dulu ada yang tulis kata saya tidak ada masa depan tanpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (bapa mertuanya)...habis, pencalonan (yang diterima saya) nyawa-nyawa ikan.

‘‘Bila turun ke bawah, arus menentang (kata mereka) tapi saya kembali kepada asas perjuangan, kalau tidak kerana Setiakawan (para penyokongnya), lama dah kita tinggalkan (UMNO).’’

Salam kasih dan hormat Ayahanda Tun. Minta di-izinkan sedikit ruang. Terima kasih.

There are those here who shoots down ideas without anything of their own yet. There are those here who could only think from within the box. Don't go fast calling even the likes of Shahidan Kassim as brainless for proposing that the incoming Cabinet team be a mix of professionals vs. MT. That may be one of the few tact to last save UMNO. The brainless may appear to be those who sits and wait for the buck to hit them flat.

Today, only Najib's ADMINISTRATIVE BOLDNESS could save the day and resuscitate UMNO back. The only other option is; perish. Perjuangan kami adalah bersama Tun.

MELAYU TETAP AKAN TERUS HIDUP TANPA UMNO. TETAPI UMNO AKAN TAMAT DAN LENYAP TANPA MELAYU.

I rest my case. Thank you Tun.

Salam kasih dan hormat Ayahanda Tun. Minta di-izinkan sedikit ruang. Terima kasih.

There are those here who shoots down ideas without anything of their own yet. There are those here who could only think from within the box. Don't go fast calling even the likes of Shahidan Kassim as brainless for proposing that the incoming Cabinet team be a mix of professionals vs. MT. That may be one of the few tact to last save UMNO. The brainless may appear to be those who sits and wait for the buck to hit them flat.

Today, only Najib's ADMINISTRATIVE BOLDNESS could save the day and resuscitate UMNO back. The only other option is; perish. Perjuangan kami adalah bersama Tun.

MELAYU TETAP AKAN TERUS HIDUP TANPA UMNO. TETAPI UMNO AKAN TAMAT DAN LENYAP TANPA MELAYU.

I rest my case. Thank you Tun.

Selamat pagi Ayahanda Tun,

UMNO is paralyzed by Pak Lah and has became more family and private organization that only protects the bumiputra's right not the rakyat and I know that bumiputras are the most aggressive investors in this financial meltdown. They will suffer just like what the Americans are suffering now.

The moment Sharizat forgot to mention Bukit Selambau in her ucapan, I believe the coming by-elections will loose out. UMNO has transformed to U-NATO (UMNO Never Act Talk Only) with KJ as the Pemuda UMNO.

I will only have confidence if TS Rafidah Aziz is elected as the Ketua Wanita UMNO during this economic crisis because she is good and has experiences & network in International and Domestic Trades which money cannot buy to engine our economy out from speculations to trades from this crisis. Since Sharizat is chosen, then we will see another 1st lady, DS Rosmah, who will show her true self because Sharizat is only good in PR skills (bodek skills), not the entrepreneur skills which our country needed so much for this economic crisis.

Whoever DS Najib chosen in his Cabinet, I believe they are from those "perasuah" because UMNO has no choice and will have to bailout the DEB companies.

Ayahanda Tun, I will pangkah DAP in the next elections as a chinese because I do have protect my race from being "tekan" by these biadap and bongkak UMNOPUTRA.

However, I will continue support chedet because Ayahanda is the true Stateman whom the rakyat needs Ayahanda to guide us through this storm.

Good day Ayahanda.


UMNO dalam era kejatuhan terutama selepas pengumuman senarai baru MT semalam. Calon yg terlibat politik wang juga terpilih.... wallahua'alam, masa depan UMNO. Yg pasti saya tidak lagi berminat pd UMNO selepas kegagalan demi kegagalan & kelemahan yg semakin ketara di kalangan pemimpin UMNO. Kami menanti pemimpin seperti Tun Dr Mahatahir di dlm UMNO & politik Malaysia... selamat tinggal UMNO.

salam tun,

semoga sihat sejahtera, izinkan saya mencelah sikit...
Skrng confirm KJ dah menang...kalau la lepaih nie MY pulak kalah so tuan2 boleh la mula pikir skrip apa pulak nak tulis...

mcm mana la org yg sabit salah dgn resuah boleh menang undi...tepuk dada tanyalah selera....

Semoga Allah kurniakan kesihatan yg baik kpd tun sekeluarga utk terus menulis....

UMNO = noktah.

Asalmualaikum bapak....
hemmmmmm..nampaknye segala nasihat bapak n pandangan tidak di amik pusing...kj tetap menang....ada can saye tak p ngundi lagik di masa2 akan datang...simpan dulu ar undi saya ni....
saya tak akan undi pas sbb ketuanya menyamakan sifat Allah dgn manusia satu ketika dulu....saya tau saya cetak ilmu agama tapi yg pasti saya tak boleh bertolak ansur dgn org yg ada perangai mcm tu..
no2....nooooo....Allah pun marah katanyer kerana menyokong shahnon ahmad yg mendapat kritikkan hebat satu masa dulu...
pkr...lagi lah saya tak akan sokong sbb dia nak jd pm....pasai aper saya nak sokong dia nak jd pm...aper yg dia dah buat utk org2 m'sia....
terima kasih bapak keranamu m'sia dikenali...terimakasih atas segalanyer....
p/s wahhhhh...llaki termacho melayu terakhir wat pose jambuuuuu...
he he he...suke tgk bapak amik gambar kat opis...he he he...

Assalamualaikum Tun,

Nampaknya belum nak jadi rezeki anak Tun jadi ketua pemuda.

Kita tidak sedih tentang itu. Apa yang sangat menyedihkan ialah ahli perwakilan UMNO masih memilih individu yang terbukti perasuah politik wang oleh lembaga disiplin UMNO sendiri; bahkan dibenarkan bertanding. Nampaknya Tun, UMNO kelihatan bakal lumpuh seluruhnya selepas ini.InsyaAllah keputusan ini bakal memberi impak yang begitu besar dalam PRU akan datang. Pengundi hantu pun tidak berupaya melawan arus perubahan itu.

Kepada Mukhriz, jangan bersedih. 'You are awaiting leader for UMNO'.Giatkan usaha dan terus dekati masyarakat. Ini baru suatu permulaan.Tanpa kepimpinan yang tidak bermoral dan perasuah, UMNO masih relevan sebagai payung orang Melayu. Dulu Tun pernah 'haramkan' UMNO untuk menyelamatkan orang Melayu dan negara pada masa itu. Mungkin selepas ini, caranya berbeza.

Majoriti Orang Melayu selepas ini bakal beralih arah kepada parti pembangkang. InsyaAllah dengan cara ini, UMNO akan hilang kuasa dan pada waktu itu, kepimpinan UMNO yang sudah hilang integriti dan perasuah akan didesak untuk meletak jawatan. Hanya pemimpin yang tulen; berwawasan, bersih dan berkaliber sahaja yang akan dipilih.

Percayalah! Orang Melayu masih sayangkan UMNO dan mereka akan kembali menyokong UMNO bila UMNO telah dipulihkan.

Sementara itu, perjuangan kita mesti diteruskan. Walaupun kita tidak berjuang dengan senjata, tujuannya tetap sama iaitu membela agama, bangsa dan tanahair. Pepatah ada mengatakan, 'lidah itu lebih tajam dari mata pedang'.Inilah cara kita.

Sekian, terima kasih.

Selamat berjuang Tun !!

Yang dikasihi Tun,

Melihat keputusan pemilihan pemuda UMNO Malaysia memilih KJ sebagai ketuanya menggembirakan perwakilan yang mengundinya. Mereka pilih untuk mereka, tapi saya bersama-sama kebanyakan rakyat merasakan perwakilan pemuda yang memilihnya telah gagal membaca persepsi rakyat terhadap KJ. KJ telah didapati bersalah oleh lembaga disiplin UMNO, tapi hukuman diberikan amaran saja. Namun kesalahan tetap kesalahan dan perwakilan yang mengundinya nampaknya telah gagal membuat keputusan terbaik dan gagal juga untuk menilai dari aspek moral dan tidak membaca sama ada yang dipilih itu boleh juga diterima rakayat. Dalam ucapan perasmian perwakilan pemuda, DSN beri indikasi nak pinda perlembagaan UMNO supaya akan datang politik wang boleh dilenyapkan. Maka agaknya menjelang keesokan harinya pelacur-pelacur politik yang hina dari kalangan perwakilan pemuda mengambil peluang terakhir untuk menjual undi kerana bila dah dipinda peluang ini dah tak dapat lagi dan orang tak rebut lagi nak jadi perwakilan. Begitu juga yang nak melanggani pelacur-pelacur politik ini agaknya membeli perkhidmatan mereka buat kali terakhir kerana lepas ini kalau nak beli dah tak mampu lagi sebab pelacur tak boleh beroperasi lagi selepas pindaan, kalau ada pun terlalu mahal dan tak terbeli samapai mati.

Apa pun, kalau perwakilan pemuda telah memilih semata-mata untuk mereka sendiri tanpa memikirkan persepsi rakayat terhadap orang yang telah dipilih, saya percaya rakyat akan persoalkan kredibilti kepimpinan pemuda yang dipilih oleh perwakilan. Kalau dah begitulah kehendak perwakilan pemuda memilih untuk mereka sahaja, bentuklah kerajaan sendiri dalam PARTI UMNO TANPA RAKYAT...... Berkubur lah maksudnya. Calun dan perwakilan yang terlibat dalam politi wang, sedarlah bahawa rasuah yang kamu amalkan meresap dalam sel-sel darah kamu yang mengundang tenaga-tenaga yang tidak elok pada rahsia JIN dan IBLIS. Perkara buruk ini telah melanggar hukum keseimbangan alam menyebabkan atom-atom bercelaru dan mencelarukan sikap dan perangai mereka membawa kepada keburukan dan kehancran.

Sebagaimana lafaz sumpah saya dalam komen saya pada 22 March 2009 jam 1.06 pagi, saya dengan ini berpegang kepada tuntutan sumpahan itu tidak akan mengundi BN pada PRU XIII sekiranya KJ dipilih sebagai ketua pemuda Malaysia. Sekarang saya confirmkan demikian setelah perwakilan gagal memilih yang terbaik untuk bangsanya dan juga diterima rakyat. Good luck to pemuda umno yang baharu dipilih dan diharap kepimpinan ini tidak menjadi liabiliti kepada UMNO dan BN. Saya dah tak kisah kalu kena pecat dari UMNO. Saya tak rugi apa-apa dari segi moral dibandingkan dengan pemimpin-pemimpin pelahap mengamalkan politik wang dan perwakilan hina yang pelahap juga meminta dan menerimanya. Hiiie jijik........................

Namun saya mengalu-alukan niat serta perjuangan jujur kerana Allah dalam apa jua yang dilaksanakan oleh siapa sahaja pemimpin yang benar-benar boleh memikul amanah Allah yang mana ianya tak sanggup dipikul oleh bumi,terutama diatas bumi dimana Tanah Melayu yang kita warisi. Hidup Melayu dan berkuburlah Pengkhianat2 bangsa.

Sekian, Wassalam.

Assalamualaikum Tun Dr. Mahathir,

Pendapat saya, UMNO perlu back to basic, saya sebagai seorang MELAYU merasakan UMNO sekarang ini tiada suatu agenda yang benar-benar dapat membawa dan memimpin bangsa Melayu....apatah lagi rakyat Malaysia ini yang berbilang kaum.

Kalau kita lihat, UMNO sekarang ini tak ubah seperti suatu sindrom program realiti TV, memalukan kerana perlu meraih simpati masyarakat UMNO yang mungkin telah siang-siang nya telah dibeli oleh seseorang untuk menjadi pemenang program realiti tersebut. Mungkin sebab itulah mereka betul-betul concern tentang SMS fitnah dan sebagainya semasa pemilihan kali ini.

Rata-rata apa yang saya rasakan, UMNO kena ingat bahawa yang dikatakan akar umbi disini adalah "Masyarakat MELAYU". Saya tidak yakin bahawa UMNO dapat bertahan hingga pilihanraya yang akan datang, mungkin terhapus terus parti MELAYU yang amat tersohor suatu masa dulu, UMNO kini......suatu persoalan???.

Kemelut perebutan kuasa yang tak ubah seperti drama dalam TV masa kini berlaku dalam UMNO, tak meyakinkan saya dan mungkin masyarakat MELAYU yang lain. MELAYU perlukan pemimpin.....bukan bergelutkan kuasa yang merugikan bangsa.......ini amat menyedihkan

Kerap terlintas difikiran ingin bersua muka dengan Tun untuk meluahkan pendapat saya untuk bangsa MELAYU dan NEGARA. Jika diizinkan ingin saya meluahkan pendapat saya tentang "REVOLUSI MELAYU"

Diharap permintaan saya yang tidak seberapa ini mendapat pertimbangan Tun dengan sewajarnya

Sekian, Terima Kasih

Yang Benar,
Rezal

TUN,

SAYA SUNGGUH SEDIH DIATAS KEKALAHAN MUKHRIZ PADA MALAM INI. INI MENUNJUKKAN RASUAH DIDALAM UMNO TERLALU SEGAR. INI JUGA BERMAKNA UMNO AKAN BERKUBUR TERUS.

SEDIH..SEDIH..SEDIH.

Good day Tun, Khairy won the post. For me is a signal that Umno or even BN going to lost the government to Pakatan in the next general election.

Salam Hormat dan Kasih buat Ayahanda Tun dan Keluarga,
1. Ini adalah kali pertama sy tergerak hati utk membuat komen di blog Ayahanda yg selama ini tak terlintas pun utk mengomel apa2 melainkan drpd jadi pembaca dan penyokong Tun yg setia.
2. Saya cuma nak meluahkan rasa sedih saya dan juga seluruh ahli keluarga sy berkenaan keputusan Pemilihan Ketua Pemuda yg baru sahaja berakhir tadi...kekalahan anakanda Tun amat mengecewakan kami.
3. Kami amat sangat berharap akan berlaku satu perubahan yg insaf di dalam Pemuda, namun dari apa yg kami saksikan adalah sesuatu keputusan yg amat mengecewakan .....,daripada reaksi pemuda yg meraikan kemenangan penghulu mereka di Tkt 4 yg ada di dewan itu pun sudah tidak menampakkan yg mereka ini tidak peka pada apa yg sedang di tuntut oleh sekalian rakyat Malaysia terutama golongan muda seperti sy nie...
4. Perasaan kecewa ini amat menyakitkan hati sbb kami menaruh harapan yg sgt tinggi pd transformasi UMNO untuk membolehkan mereka diterima oleh rakyat.
5. Saya tak sanggup utk menerima hakikat Malaysia ini kelak akan di tadbir oleh Pembangkang.....sy sedih dan takut melihat kan semua ini masih lagi berlaku walaupun dah banyak sgt petanda dan yg menunjukkan rakyat menolak beberapa pemimpin korup yg ada sekarang.
6. Tak tahu lah ayahanda, sy sebenarnya sudah lama sgt rasa kecewa dgn UMNO nie itupun selepas shj ayahanda lepaskan jawatan....sy rasa sgt kecewa dgn pentadbiran Pak Lah dan sy amat tak suka dgn segala perancangnan dia selama dia memegang tampuk pemerintahan dan kalau boleh sesiapa shj yg ada kaitan kekeluargaan dgn dia nie pun sy tak mahu lihat ada di dalam kepimpinan baru UMNO ataupun kerajaan.
7. Perasaan kecewa sy ini tak lg mewaraskan otak saya untuk teruskan memberi komen lg disini,mmg otak sy dan perasaan sy tgh tersgt hangit.....
8. Semoga Ayahanda dan keluarga akan sentiasa sihat dan di rahmati Allah....kpd Datuk Mukhriz....teruskan perjuangan jgn lah berputus asa.

Ex SMSAH Jenan 89


Dear Tun,

As I said earlier a leopard will never change its spots. I am very disappointed with the results. I don't think UMNO will ever change. It is all just gimmick.

I feel sorry for UMNO. Now I am not bothered what is going to happen to UMNO, as I feel that by getting concern in the affairs of UMNO, it makes my intelligence very low indeed. I don't want to be associated with a party whose members are so deeply corrupted and whose thinking faculty is too shallow.What a pity.

I think it is enough for me to express my opinion about UMNO affairs in your blog. Not worth to contributing anything at all.Respect is to be earned and UMNO has lost my respect.

kj win


yep its official
UMNO u just sign up for ur doom!
you officially lost my love and millions of Malaysians

you'll see in PRU13
i want you to lose
i want you to feel what its like as opposition party
i want you to learn
i want you to grow up

Pemilihan Ketua Pemuda UMNO have been done..
now 'the youngest prime minister of Tanah Melayu wannabe' have won the seat..
Dato' Mukhriz have lost but we all know Dato'Mukhriz have his own class and standards.
me myself can only regrets with the result..
Tun,any comments??

IPTS Act Amended To Allow Conditional Participation Of Students In Party Politics

KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- The Private Higher Education Bill (Amended) 2008, which was passed by the Dewan Rakyat today, will allow students in private institutions of higher learning (IPTS) to be involved in party politics.

comment:

I don't think it is a good move. It will be bacfired.



Salam buat Tun dan keluarga, semuga diberkati Allah dan dilimpahi rahmatnya.
Aduhai Tun..kecewa saya dan isteri serta kawan-kawan.
Perwakilan pemuda Umno malam ini telah membuat pilihan. Mereka memilih RINGGIT MALAYSIA dan bukanya harapan RAKYAT MALAYSIA! Tahniah! Kamu semua akan menang sorak tapi maruah dan bangsa mu akan tergadai! Tunggulah saat dan ketika nya. Bersoraklah kamu semua malam ini esok, lusa, tulat ....tapi jangan lupa saya akan menyorak kamu semua bila BN tumbang di Bukit Gantang, Bukit Selambau juga mungkin di Batang Ai tak berapa hari saja lagi. Perwakilan pemuda Umno malam ini telah menambahramaikan golongan belia yang membenci Umno. Kamu yang memilih perasuah sebagi ketua kamu! Kamu perasuah! Kamu mata duitan! Ya ALLAH YA TUHAN KU KAU AMPUNKANLAH DOSA KU SERTA AMPUNKANLAH JUGA DOSA PERASUAH DAN PENDOKONG RASUAH ITU! Amin!. Tunggu esok pula apa nak jadi.
Wassalam.

Salam TUN Mahathir
Semoga allah memberi rahmat dan kesejahteraan kepada tun dan rakyat malaysia semua....
saya merupakan antara ahli pemuda umno yang berasa terkilan dengan cara pemilihan wakil ketua pemuda umno yg baru yang dijalankan oleh cuma 793 perwakilan yg mewakili seluruh warga pemuda di malaysia yg mana golongan cerdik pandai dan cendiakawan kononnya idak dapat menbezakan yang mana satu permata dan kaca..
tag line pemilihan umno kali ini adalh transformasi tetapi ape yg berlaku adalah sebaliknya..mengapa calon yg telah terang didapati mengamalkan politik wang masih berada dan juga mendapat tempat lagi didalam umno(miskin sangat ker wakil pemuda yd dtg ke mensyuarat kali ini kerana memilih untuk meneruskan politik wang dalam UMNO)..perasaan sebak dan sedih yang dapat saya sertakan disini kerana cara pemilihan yang berlaku tidak mencermainkan apa yang diingin oleh akar umbi..pencalonan asal adalan yang mencerminkan aper yg dimahu oleh akar umbi dan itulah yang dipanggil transformasi yg sepatutnya berlaku seperti yg berlaku pada sayap umno yg lain iaitu wanita dan puteri...umno perlu berubah dari segala sudut dgn segera supaya dapat menjadi sebuah parti yg kuat dan dipercayai untuk memperjuangkan nasib dan hak org melayu yg sekarang ini sedang dihapuskan oleh org melayu sendiri ....seperti sekarang bukannyer pembangkang yg kuat tetapi umno sendiri yg lemah kerana tidak dapat memperjuangkan bangsa melayu itu sendiri sehingga org melu kurang keyakinan terhap UMNO....sekiranya perkara ini berterusan tidak mustahil PRU13 nanti negara malaysia akan hilang bangsa melayu tapi wujudnya bangsa malaysia yg hak2 keistemewaan sama untuk semua rakyat malaysia..sebagai generasi muda dan pengundi pada PRU13 nanti saya juga merasakan hilangnya lambang BN dari pandangan saya pada kertas undi sekiranya perubahan tidak berlaku pada UMNO sebelum PRU13..Saya juga minta maaf sekiranya coretan ini ada menguris mana2 pihak tapi inilah suara hati seorang pemuda UMNO dan pengundi pada PRU13 nanti setelah mendengar keputusan Ketua Pemuda UMNO untuk sesi 2008-2011 pada Mensyuarat Agung UMNO 2008 tadi.marilah kita berdoa agar tidak terjadi perkara yg sama pada pemilihan Majlis Tertinggi UMNO pada malam ini dan berharap perwakilan memikirkan pada generasi akan datang sebelum mengundi...
Sekian dan kita sama2 berdoa agar UMNO terus diberkati oleh ALLAH S.W.T AMIN!!!

Dear Tun,

Well, that's the thinking quality of UMNO delegates. What a pity !!
I feel like vomitting.Best of luck to UMNO !!

Tun, pls guide us. kenapa perwakilan jd bodoh & undi KJ? saya bukan ahli UMNO, tapi mmg menyokong UMNO. 2004 (1st time menmgundi) saya undi UMNO sebab Tun baru letak jawatan, semanagt utk membuktikan sokongan kepada Tun sebenarnya saya undi UMNO. 2008 saya tak mengundi sebab saya marah dgn pak lah. next PRU 13, mungkin saya akan undi pembangkang. Masalahnya, UMNO tak nak berubah. bukan tak boleh berubah, tapi tak nak berubah. masih memilih perasuah.

Tun, pls guide us. saya tak nak sokong pembangkang, tapi kalau UMNO tak nak berubah, apa pilihan saya?

Dear Tun,

Nampaknya perjuangan tun hampir berkubur..., segala keputusan telah dibuat. Calon Perasuah dan konco konco nya masih dipilih perwakilan.
Saya kecewa.., segala usaha tun berkempin untuk negara dalam blog ini hanya sia sia..

Diharap tun dapat menggunakan segala pengaruh dan kekuatan yang ada untuk kembali menyertai UMNO dan menjadi penasihat kepada Presiden UMNO yang baru.

Tun tiada pilihan.... Jika tidak..., Malaysia dan UMNO hanya tinggal kenangan sedikit masa nanti...

A corrupt man by conviction has won the Pemuda top post. Bye-bye UMNO...R.I.P

Dear Tun..,

Keputusan pemilihan pucuk pimpinan WANITA, PEMUDA dan PUTERI telahpun diketahui. Para perwakilan telahpun membuat pilihan masing masing. Apa pendapat Tun dengan keputusan itu?

Assalamualikum TUN yang dihormati,


Saya dengan rendah diri merayu kepada TUN supaya kembali ke UMNO dengan segera. Ubatilah UMNO yang sakit teruk ini. KJ telah menang kerusi Ketua Pemuda. Tak payahlah kita berselindung lagi bagaimana dia boleh menang. Masa hadapan sungguh gelap untuk orang Melayu di PRU13 akan datang dengan kemenagan KJ ini.

Terimakasih TUN.

Salam Tun,
KJ menang. Rafidah kecundang. Shahrizat naik. Bagaimana nasib UMNO? Keputusan negara ditangan bakal PM. Baik percaturan, baiklah jadinya, silap percaturan..., maka kita doakan moga Malaysia tetap aman, damai dan dijauhi dari malapertaka untuk kemakmuran generasi kita yang akan datang. Amin.
Berdagang Biar Menjadi, Berrumah Biar Perpahat, Bersatu Biar Menjadi, Agar Hidup Rakyat Tidak Melarat...

SALAM AYAHANDA RAKYAT TUN
IZINKAN,

TAHNIAH KAMI UCAPKAN KEPADA KJ (KORAP JANTAN)
YES, HE MAY HAVE WON THE BATTLE BUT UMNO WILL SURELY LOSE THE WAR COMES PRU 13.
THE UPCOMING BY-ELECTIONS WILL BE A VERY STRONG INDICATOR.

WE HAD THIS HUNCH WHEN A RECOUNT HAD TO BE UNDERTAKEN THAT IT WILL BE BETWEEN THE TWO 'Ks' (KORAP lwn KORAP).

NOW, WE KNOW WHY BOTH ESCAPED THE 'WRATH' OF THE UMNO DISCIPLINARY COMMITTEE .
NOW WE KNOW WHY UMNO IS INFESTED WITH 'CORRUPT' REPRESENTATIVES
NOW WE KNOW WHAT THE TRANSFORMATION IS ALL ABOUT
NOW WE KNOW WHERE UMNO AND NAJIB WILL BE COMES PRU 13.

BYE, BYE PUTRAJAYA, WELCOME TO THE OPPOSITE BENCH.

ALFATIHAH, AMIN.
Ps. From this day on, UMNO has been ERASED from our mind.

Salam Tun yg dikasihi,

Izinkan saya memberi post ini...

11.10 pm. Amat sedih apabila mendapati calon ketua Pemuda UMNO yang berintegriti tinggi tidak dipilih. Sebaliknya calon yang telah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin dan diberi amaran telah menang dengan undi sebanyak 304. Nampaknya 304 orang perwakilan ini amat sanggup menggadaikan masa depan UMNO dengan sanggup memilih ketua mereka yang telah didapati bersalah (oleh Lembaga Disiplin UMNO) mengamalkan politik wang. Kini terpulang kepada DSN untuk membuat tindakan berani untuk membetulkan keadaan. DSN harus sedar keputusan pemilihan UMNO kali ini akan memberi kesan yang besar, kesan mati atau hidupnya UMNO selepas ini, dalam persepsi rakyat terhadap UMNO. Isu ini akan digunakan oleh Pakatan Rakyat untuk menyerang UMNO dan BN dan sudah pasti akan memberi kesan yang signifikan terhadap UMNO dan BN dalam PRU13. Jangan disebabkan oleh 304 ini, UMNO musnah. Presiden dan Lembaga Disiplin harus bertindak bagi membetulkan keadaan walaupun selepas persidangan ini. Yang penting adalah survival UMNO. Saya lebih rela 304 + 1 ini dihapus atau dilenyapkan daripada melihat risiko UMNO akan lenyap selepas PRU13. Bak kata Utusan, "DSN adalah benteng terakhir UMNO", maka buktikanlah DSN. Dan kepada para perwakilan yang lain, esok (26/3) buatlah pemilihan untuk tidak memparahkan lagi keadaan UMNO. Dan akar umbi UMNO dan rakyat hanya nampak TSMY sahaja yang layak untuk jawatan Timbalan Presiden.

By hook or by crook, DSN dan teamnya harus merombak semula cara pemilihan pimpinan UMNO. Dalam masa yang sama siatan terhadap taktik MAIN KOTOR harus segera dilaksanakan dalam post mortem pasca persidangan. Worst come to worst, adakan semula pemilihan kepimpinan di peringkat akar umbi. Kepimpinan UMNO harus sedar, kempen PRU13 sebenarnya telah bermula. Tindakan untuk membaik pulih UMNO itu sendiri merupakan aspek penting dalam menjana kempen untuk PRU13. Pemimpin-pemimpin UMNO harus sedar, PR tidak bodoh. Dalam keadaan yang digembar-gemburkan kononnya PR ini bermasalah, mereka sebenarnya sedang mengatur strategi. Mereka amat opportunist terhadap isu-isu kritikal seperti politik wang dan main kotor ini. Jika UMNO tidak membetulkan keadaan, pemimpin-pemimpinnya tidak peka terhadap kehendak ahli-ahli akar umbi dan rakyat atas pagar, maka tunggulah sahaja nasib UMNO, yang pasti akan menjadi lipatan sejarah. Pada masa itu, apa-apa tindakan untuk ambil hati rakyat sudah terlambat. Persoalannya, bolehkah DSN dapat merubah persepsi rakyat terhadap syndrom korupsi dalam UMNO? Jawapannya adalah bergantung kepada pemilihan kali ini oleh para perwakilan dan tindakan susulan oleh Presiden dan kepimpinannya. Yang diharapkan adalah KEBERANIAN.


ASSALAMUALAIKUM AYAHANDA TUN...

APAKAH POLITIK SEBENAR PADA HARI INI. ADAKAH POLITIK HARI INI HANYA POLITIK YANG HANYA PANDAI BERKATA-KATA, TAPI KURANG BEKERJA. ADAKAH POLITIK HARI INI ADALAH POLITIK UNTUK MENGUMPUL HARTA.

APABILA SAYA MELIHAT SEDIKIT SEBANYAK DALAM PEMILIHAN UMNO PADA KALI INI, SAYA PERCAYA SATU MASALAH BAHARU AKAN TIMBUL DAN AKAN MENJADI MODAL POLITIK PIHAK PEMBANGKANG. DAN KESANNYA AKAN KITA LIHAT MULAI SELEPAS INI.

DAN PADA PANDANGAN SAYA PEMILIHAN PEMUDA YANG TELAH DI JALANKAN PADA HARI INI ADALAH SATU KESILAPAN BESAR KE ATAS UMNO DAN BN.

SATU PERTANYAAN SAYA KEPADA SEMUA. KENAPA SEORANG YANG TELAH DI SIASAT TERLIBAT DENGAN RASUAH DALAM PARTI DAN DI DAPATI BERSALAH BOLEH BERTANDING DAN MENANG. INI BERMAKNA PEMUDA UMNO MEMILIH ORANG YANG TERLIBAT DENGAN RASUAH SEBAGAI KETUA DAN NAMPAKNYA WUJUD KUMPULAN BARU DALAM SATU EMPAYAR YANG BARU AKAN TERBINA.

SEMUANYA ADALAH KERANA MENGEJAR KUASA. LIMA TAHUN KITA AKAN LIHAT APA YANG AKAN BERLAKU.

W A S S A L A M...

TUN

KECEWA SUNGGUH KAMI DENGAN PERWAKILAN PEMUDA

AKHIR NYA TEORI "TROJAN HORSE" BERJAYA JUGA MASUK KE UMNO.

MUSUH DI LUAR NYATA TETAPI MUSUH DI DALAM LICIK.

SAMA SAMA LAH KITA SAKSIKAN "KEJATUHAN" EMPAYAR UMNO PADA PILAHANRAYA KECIL AKAN DATANG DAN SETERUS MYA PRU 13.

SAYANG SUDAH TERLAMBAT.

Assalamualaikum.

Tun yang dikasihi, semoga dalam keadaan sejahtera hendakNya. KJ dah menang ketua pemuda Umno. Saya percaya ini merupakan faktor politik wang yang sangat jelas dimainkan oleh KJ dan peraihnya. Harap ada satu penyelesaian untuk pimpinan Umno yang baru untuk menyiasat sedalamnya kegiatan politik wang oleh KJ sehingga dia menang. Terus terang saya katakan, berlinang air mata saya bila KJ diumumkan sebagai ketua pemuda. Betapa bodoh dan murah maruah perwakilan pemuda Umno yang dengan senang dibeli oleh KJ. Keseluruhan akar umbi menolak sepenuhnya KJ. Namun dek kerana murahnya maruah perwakilan pemuda, maka KJ di isytihar sebagai ketua pemuda. Saya yakin Umno akan lupus, musnah dan lenyap dalam arus politik semasa kerana umum mengetahui siapakah KJ. Saya sendiri seperti tidak dapat menerima hakikat yang KJ menang.

Jika Dato Seri Najib tidak memperbaiki keadaan ini maka SELAMAT TINGGALLAH UMNO SAYA UCAPKAN. SAYA TAKKAN AMBIL TAHU LAGI PASAL UMNO SELEPAS INI. BENCI YANG AMAT SANGAT KEPADA KJ.

Sekian, wassalam
Tun jaga diri.

>>

ASSALAMUALAIKUM AYAHNDA N BONDA,

KEPADA SEMUA PEMBACA BLOG TUN,

KITA KECEWA NAMUN BETULLAH TELAHAN KITA SELAMA NI, BILA WANG JADI TARUHAN, YANG JUJUR DIKETEPIKAN, YANG TERANG2 MERASUAH DAN MENERIMA RASUAH BERMAHARAJALELA. RAJA ANAI2 DAN ANAI2 MEROSAK UMNO. TUNGGU DAN LIHAT APA AKAN JADI...
MACAM MANA DSN NAK BEKERJA SEKIRANYA YG DI BAWAH BELIAU KAKI MELAWAN DAN BERSEKONGKOL DGN PIHAK LAWAN LAGI...NTAHLAH.

PERSOALANNYA, KENAPA KEPARAT JEBON TU DIBENARKAN BERTANDING WALAUPUN TERBUKTI MENYALAHUNAKAN WANG????

SERAH KEPADA ALLAH TA'ALA BELAKA...

KEPADA DATOK MUKHRIZ, ANDA TELAH BUKTIKAN BAHAWA TANPA WANG KITA TAK DAPAT KEDUDUKAN DALAM PEMUDA...MEREKA MEMANG GILAKAN WANG, JADI ANDA TIDAK AKAN BERJAYA MENAMBAT HATI MEREKA DENGAN HANYA BERLAKU JUJUR.

APAPUN KAMI TETAP MENYAYANGIMU DATOK SEBAGAIMANA KAMI MENGASIHI AYAHNDAMU DAN BONDAMU. TERUS BERANI BERUBAH. HENTAM KEPARAT JEBON TU BILA DIA SILAP LANGKAH...

WASSALAM.

JUST MY BRAIN WAVE...

Dear Tun,

It is indeed a very very sad day for UMNO.

Khairy Jamaluddin, the 4th Floor boy won the UMNO Youth Chief.

This boy should been banned from contesting in the first place. Now no matter what UMNO does, UMNO will still perceive as a party with money politics and corruption.

As long as this boy KJ is here, UMNO is doomed.

Take care